Featured By: Ad Ops May 6, 2020 @ 9:44pm

Surau, gerai makan di R&R ditutup sepanjang pergerakan rentas negeri

Rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan rentas negeri bermula 7 Mei hingga 10 Mei 2020 disaran untuk melakukan pergerakan secara terus bagi mengelakkan berlaku pertembungan pengguna lebuh raya dalam jumlah yang tinggi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sepanjang pergerakan itu hanya penggunaan tandas di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sahaja yang dibenarkan sepanjang tempoh berkenaan.

“Pergerakan perlu dilakukan secara terus kecuali mereka yang hendak menggunakan tandas di R&R. Gerai makan ditutup, justeru saya nasihatkan mereka yang melakukan perjalanan jauh membawa bekalan makanan sendiri. Begitu juga dengan surau, akan ditutup.

“Penggunaan tandas pula hanya dibenarkan seorang sahaja setiap keluarga pada satu masa. Bagi mereka yang penat memandu kerana perjalanan jauh, boleh berhenti di R&R, tapi tidak boleh keluar dan merayau di R&R. Hanya boleh duduk dan berehat di dalam kenderaan sahaja.

kawasan R&R tutup pergerakan rentas negeri PKPB

Kredit gambar: Plus Malaysia

“Pihak berkuasa akan ada di setiap R&R untuk memastikan pematuhan pada setiap prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB),” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat menteri kanan mengenai pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, perjalanan merentas negeri menerusi aplikasi Gerak Malaysia pada 7 Mei 2020 hanya dikhususkan kepada mereka yang terkandas di Kuala Lumpur dan ingin pulang ke kediaman masing-masing di negeri lain.

Katanya lagi, kebenaran juga diberikan terhadap mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan ingin mengambil keluarga atau anak-anak di kampung yang sebelum ini terkandas di kampung ekoran pelaksanaan PKP.

“Esok dikhususkan untuk orang ramai di Kuala Lumpur pulang ke kediaman masing-masing di negeri lain serta mereka yang ingin ambil keluarga, anak misalnya. Bila cuti mereka hantar anak balik kampung untuk tinggal bersama-sama datuk dan nenek.

kawasan R&R tutup pergerakan rentas negeri PKPB

Kredit gambar: Goody Malaysia

“Mereka dibenarkan untuk balik ke kampung, namun perlu memaklumkan kepada pihak polis mengenai perjalanan mereka termasuk tarikh untuk mereka pulang dari kampung. Boleh tinggal dalam sehari dua jika perjalanan jauh, bagaimanapun kita menggalakkan mereka untuk terus balik ke Kuala Lumpur,” katanya.

Menerusi jadual perjalanan Gerak Malaysia yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), selepas Kuala Lumpur (7 Mei), pergerakan rentas negeri diikuti dengan perjalanan serentak dari Perak, Johor dan Kelantan (8 Mei), Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang (9 Mei) serta Selangor, Negeri Sembilan, dan Terengganu (10 Mei).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Dec 2022

Adrian Edy Lawat Bapa Kepada Mangsa Dibaham Buaya – “Dia Reda, Nanti Dia Akan Jumpa Anak Dia Di Syurga…”

Minggu lalu, tular sebuah perkongsian di media sosial mengenai seorang bapa gagal untuk menyelamatkan anaknya yang dibaham oleh buaya ketika sedang berkayak di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Lahad Datu, Sabah. Hantaran tersebut telah mengundang […]

Featured Wed, 27 Jul 2022
Featured Thu, 11 Mar 2021
Featured Thu, 7 Oct 2021
Featured Thu, 15 Sep 2022

Bawa Watak ‘Sugar Mommy’, Fasha Sandha Sedia Dikritik – “Banyak Babak ‘Daring’, Penonton Kena Buka Minda”

Fasha Sandha kata dia tahu akan dikritik oleh Jabatan Netizen Malaysia (JNM). Tapi, adegan panas macam mana tu? Nantikan dalam drama bersiri Rampas Cintaku akan datang 23 September ini! 😚

familuv Sat, 25 Apr 2020

4 kemahiran hidup si kecil boleh belajar ketika COVID-19

Ibu bapa perlu nyatakan kebenaran mengenai pandemik ini

Featured Thu, 19 Sep 2019
Featured Fri, 16 Dec 2022