Featured By: Shaidah Shafie May 11, 2020 @ 9:33pm

Tahap disiplin terhadap keselamatan, kawalan kendiri dalam kalangan orang awam meningkat

Orang ramai diminta terus mengamalkan kawalan kendiri bagi memastikan diri tidak dijangkiti COVID-19 selain mengambil kira keselamatan ahli keluarga terdekat terutama anak yang masih kecil.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kepatuhan rakyat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) agak tinggi, malah orang ramai dilihat mempunyai kesedaran untuk menjaga kepentingan dan kesihatan diri masing-masing.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.
 Foto: BERNAMA/Faisal Jaafar

Bagaimanapun, katanya, tindakan segelintir ibu bapa yang dilihat membawa anak kecil ke pusat beli-belah seolah-olah tidak prihatin akan keselamatan si kecil yang termasuk dalam senarai golongan berisko.

“Kerajaan menerima laporan daripada PDRM yang memaklumkan kadar kepatuhan orang ramai terhadap PKPB adalah 95 peratus, walaupun Kerajaan tidak mengenakan peraturan ketat sebagaimana yang dilakukan ketika pelaksanaan PKP fasa satu, dua dan tiga.

“Namun begitu, kita mendapati masih ada sekitar lima peratus rakyat yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk kelihatan ibu bapa yang membawa anak kecil mereka ke pusat beli-belah sedangkan mereka sepatutnya menjaga keselamatan anak,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya hari ini.

Ibu bapa diminta tidak membawa anak ke kawasan yang menjadi tumpuan umum bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 – gambar hiasan. Foto: NSTP/Mohd Huzaini Daud.

Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang diguna pakai Kerajaan setakat ini tidak mempunyai peraturan terhadap ibu bapa yang cuai mengenai keselamatan anak dengan membawa ke tempat umum.

Sekiranya keadaan tidak terkawal, Kerajaan boleh meletakkan hal berkenaan di bawah Akta 342 bagi memastikan ibu bapa dilarang membawa anak kecil ke kawasan tumpuan demi keselamatan mereka.

Orang ramai mula mengawalkan kawalan kendiri yang tinggi sejak PKPB – gambar hiasan. Foto: NSTP/Zulfaidi Muhammad.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berharap ibu bapa tidak menggunakan kebebasan PKPB sehingga boleh membahayakan nyawa ahli keluarga.

“Pada masa ini tiada peraturan dalam Akta 342 yang menegah ibu bapa daripada membawa anak ke kawasan awam seperti pusat beli-belah.

“Bagaimanapun, seperti yang kita katakan, tanggungjawab untuk menjaga kepentingan anak adalah tanggungjawab ibu bapa itu sendiri,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Jan 2018

6 Makanan Perangsang Metabolisme

Menurut buku ‘Of Thin For Good’ yang ditulis oleh Fred Pestacore, makan menu ringkas dan mempelbagaikan jenis makanan sebenarnya sangat baik. Ia boleh meningkatkan kadar metabolisme di samping membantu tubuh badan membakar kalori dengan lebih efektif.

Featured Fri, 23 Sep 2022
Gaya Hidup Tue, 24 Jul 2018
Gaya Hidup Sat, 19 Jan 2019

This man creates mini works of art using fried eggs!

Well, when the inspiration hits you, you just can’t stop!

familuv Tue, 24 Jul 2018

Ini Antara Punca Yang Anda Tidak Tahu Tentang Kenapa Bayi Boleh Tersedak Susu

Jangan disebabkan kelalaian kita, nyawa anak tergadai!

Eat Travel Tue, 18 Dec 2018
Gaya Hidup Wed, 5 Sep 2018
Featured Tue, 16 Nov 2021

“Best Juga, Dapat Gaduh Dengan Orang…” – Chacha Maembong

Pelakon Chacha Maembong ingin menyahut cabaran mencuba karakter yang belum dibawakan olehnya. Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Ismail ingin membawakan karakter antagonis atau pun watak aksi. “Saya nak cuba satu watak yang lain yang

| Live TV