Featured By: Yanie Baharom June 26, 2018 @ 2:30pm

Takut Legam Semasa Penggambaran Pulang, Puteri Aishah Lumur Sunblock Setiap Masa

Siapa yang sudah menonton trailer filem Pulang? Gempak bukan? Rasa tidak sabar untuk menonton keseluruhan ceritanya di panggung wayang apatah lagi filem ini sebuah karya adaptasi daripada kisah benar yang berlaku kepada ahli keluarga Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Ahmad Izham Omar sendiri.

Pengarah Kabir Bhatia diberi mandat sebagai pengarah manakala Mira Mustaffa bertindak selaku penulisnya.

Berlatarbelakangkan era 1940-an hingga tahun 2010, sebahagian besar penggambaran filem ini diadakan di Terengganu, yang menjadi plot awal kisah percintaan antara Othman dan Che Tom yang dibawakan oleh Remy Ishak dan pelakon baru cantik, Puteri Aishah.

Berpanas terik ketika penggambaran, perlu meredah laut dan muara antara cabaran yang dilalui kedua pelakon ini sepanjang pembikinan filem Pulang.

Remy Ishak mungkin tidak begitu kisah dengan cahaya matahari yang membakar kulitnya. Tetapi tentunya tidak bagi Puteri Aishah kerana orang perempuan memang takut sangat menjadi gelap atau hitam.

Foto: Facebook Pulang

Justeru kesempatan menemui Puteri Aishah pada siri promosi filem terbitan Primeworks Studios yang diadakan di pusat membeli-belah Pavilion, Ahad lalu, Hijab & Heels sempat mengemukakan beberapa pertanyaan mengenai penjagaan yang diamalkan sepanjang penggambaran filem berkenaan.

Katanya, setiap hari dia tidak pernah lupa memakai sunblock SPF50 dilumur di seluruh kulit wajah dan badan sebagai pelindung kulit daripada terbakar atau menjadi gelap.

“Faham-faham sajalah cuaca di Terengganu apatah lagi lokasi menginap dan penggambaran diadakan sekitar pantai, memang rentunglah jawabnya kalau tidak memakai sunblock.

“Walaupun adakalanya cuaca redup terutamanya sebelah petang saya tetap pakai sunblock sebabnya angin laut memang boleh menjadikan kulit seseorang gelap. Rasanya berbotol juga sunblock habis saya gunakan.

“Selain penggunaan sunblock, saya juga mengamalkan pengambilan air putih 3.5 liter sehari untuk bekalan tenaga, kelancaran darah dan sistem pencernaan. Ada kalanya saya minum lebih daripada itu,” katanya.

Foto: Facebook Pulang

Jangan lupa saksikan filem Pulang yang bakal menjengah pawagam pada 26 Julai 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Aug 2019

5 bahan makanan ini dapat lindung anda daripada kesan jerebu

Selain topeng muka, makanan pun boleh bantu.

Featured Mon, 23 May 2022

Aplikasi Cari Jodoh ‘Punca’ Kanak-Kanak 12 Tahun Dirogol 

Allahuakbar, 12 tahun dah cari jodoh.. Tak memasal hm

Featured Tue, 14 Mar 2023
Featured Tue, 22 Aug 2023

“Kalau Dah Curang Tu, Mengaku Je La” – Nabila Huda Bengang Abang Tesla Buat Content Murahan.. Tak Perlu Biasakan Poligami

‘Konon ketua kelurga tapi mudah kau selingkuh dengan kesetiaan seorang wanita bernama isteri’ – Nabila Huda

Events Tue, 12 Jul 2022
familuv Tue, 5 May 2020

Cara tanam uri bayi tanpa dikesan binatang liar, wahai ayah ini caranya!

Panduan berharga buat mereka yang bakal bergelar bapa

Featured Tue, 19 May 2020
Featured Fri, 5 Aug 2022

[VIDEO] Lagu Meski ‘Wasiat’ Ezad Lazim & Nana Karia Pada Pasangan Hidup – “Kematian Adalah Topik Paling Berat Buat Suami Isteri”

Sebaknya min.. Nana kehilangan nadi selama 10 saat ketika menjalani rawatan IVF kali kedua. Lagu ini sangat mendalam maknanya, kalau dengar dengan teliti boleh jatuh air mata beb!