familuv By: Fadzlena Jafar April 12, 2020 @ 4:40pm

Talian Kasih 15999 dibuka khusus untuk kes keganasan rumah tangga

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan segera bagi setiap panggilan membabitkan isu keganasan rumah tangga atau penderaan kanak-kanak yang dilaporkan ke Talian Kasih.

Talian berkenaan yang dikendalikan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) sebelum ini ditutup sementara waktu berikutan pelaksanaan PKP, tetapi dibuka kembali berikutan bantahan pelbagai pihak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata talian berkenaan diharap dapat menangani pelbagai isu keganasan rumah tangga sama ada membabitkan wanita mahupun kanak-kanak yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri–menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bangunan Perdana Putra hari ini. (Gambar BERNAMA)

“Kita mendengar ada aduan mengenai masalah dalam rumahtangga dan ada juga kebimbangan mengenai kes penderaan sewaktu PKP ini.

“Oleh itu, dalam usaha menangani keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak, KPWK dengan kerjasama PDRM mewujudkan talian khas bagi membantu mangsa iaitu Talian Kasih nombor 15999 atau menerusi aplikasi  WhatsApp pada nombor 019-2615999d,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya dekat sini, hari ini.

Talian Kasih yang sebelum ini dikenali sebagai Talian Nur 15999 adalah hasil cetusan idea bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan dilancarkan pada 5 Disember 2007 oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mangsa keganasan rumah tangga perlukan sokongan moral daripada keluarga atau rakan. (Gambar hiasan/NSTP/ROHANIS SHUKRI).

Talian berkenaan adalah pusat panggilan bersepadu yang bertanggungjawab terhadap semua pertanyaan, aduan ataupun permohonan berkaitan aspek kebajikan dan sosial di bawah kementerian itu yang dulunya dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kelmarin, BH melaporkan jumlah panggilan dan aduan mengenai keganasan rumah tangga di negara ini yang diterima Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) meningkat sehingga 14 peratus sejak PKP dilaksanakan.

Peningkatan mengenai keganasan rumah tangga turut dilaporkan di seluruh negara sejak penularan wabak COVID-19 terutama apabila kebanyakan negara yang terkesan akibat wabak berkenaan menguatkuasakan PKP.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 15 Jun 2022
Featured Mon, 15 Jan 2024
Featured Tue, 2 May 2023

Tak Berminat Beli Barang Berjenama, Nabila Huda Ikhtiar Cari Pil Dapat Zuriat Hingga Ke London?

Insya-Allah ada rezeki Abil dengan suami, semoga dipermudahkan

Featured Sun, 5 Dec 2021

“Langgar Traffic Light Selamat… Bila Ikut, Accident Pula”- Netizen Kesian Dengan Nasib Myvi Dilanggar Motosikal Walaupun Ikut Peraturan Lampu Isyarat

Satu video tular yang memaparkan sebuah rakaman ‘dashcam’ menunjukkan sebuah motosikal telah melanggar sebuah kereta Myvi hitam di persimpangan lampu isyarat Lebuh Macallum, Pulau Pinang. Menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosial Sukan […]

Eat Travel Sun, 16 Dec 2018

Guna Mi Segera Indomie Untuk Hasilkan Sebuah Kek Kahwin. Biar Betul?

Teringat zaman universiti selalu makan mi segera!

Featured Wed, 14 Jul 2021

Jemaah Menteri Sebulat Suara Sokong Muhyiddin

Ahli Jemaah Menteri hari ini sebulat suara kekal memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Ahli Jemaah Menteri dalam kenyataan ringkas berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet yang berlangsung […]

Featured Tue, 28 Apr 2020

MKN kaji SOP beri kelonggaran penduduk zon hijau keluar rumah

Keputusan akan dibentangkan minggu hadapan

Featured Mon, 20 Mar 2023