Sertai misi di www.jomheboh.com.my dan berpeluang memenangi 5 juta koin Shopee, barangan Xiaomi dan beras ERA! Penyertaan dilanjutkan sehingga hari Jumaat 7 Mei 2021. Sertai sekarang!
Eat Travel By: Yanie Baharom April 4, 2020 @ 2:00pm

Tawar hadiah motor BMW G310 GS, Hype Motorsports Hotel pertama di Asia bertemakan permotoran

Selepas berakhir penularan wabak COVID-19 nanti, mungkin sudah ada yang merancang percutian singkat bersama keluarga selepas terperap sekian lama.

Jika Port Dickson, Negeri Sembilan, menjadi pilihan anda, jangan lupa menginap di Hype Motorsports Hotel Port Dickson, kerana anak-anak pasti suka. Apatah pula perjalanan dari Kuala Lumpur ke pusat peranginan berkenaan, mengambil masa 90 minit sahaja.

Lebih mengujakan saat melangkah masuk ke hotel ini, setiap penjuru hiasan dalamannya sarat dengan elemen dunia permotoran.

Ketua Pegawai Eksekutif Hotel Pro Sdn Bhd, Johari Mohd Yusof, berkata Hype Motorsports Hotel Port Dickson adalah butik resort pertama di Asia berkonsepkan dunia permotoran sepenuhnya kerana menampilkan imej, gaya dan reka bentuk ruang dalaman serta luarannya yang menepati tema permotoran tempatan dan antarabangsa.

Johari Mohd Yusof, memaklumkan Hype Motorsports Hotel Port Dickson adalah yang pertama membawakan konsep permotoran. Foto: Hijab & Heels

“Setakat ini belum ada lagi mana-mana hotel atau resort di Malaysia, mahupun di Asia yang tampil dengan konsep sebegini dan ini peluang terbaik bagi kami untuk menawarkan pengalaman baharu kepada pelancong tempatan dan Asia.

“Meskipun konsepnya permotoran, ia sesuai dijadikan lokasi hari keluarga, mesyuarat, seminar atau majlis perkahwinan dan sambutan majlis perayaan seperti Tahun Baru Cina atau Hari Raya.

“Abang-abang dan geng bikers atau kelab-kelab kereta boleh menjadikan hotel ini sebagai lokasi pertemuan kerana kawasan hotel ini cukup luas untuk menganjurkan pelbagai acara yang dirancang,” katanya yang juga bekas pelumba.

Johari Mohd Yusof bersama isterinya, adalah individu yang bertanggungjawab menguruskan Hype Motorsports Hotel Port Dickson. Foto: Archive Hijab & Heels

Bersesuaian konsep yang diketengahkan, anda boleh merasai sensasi trek perlumbaan apabila alat ganti motor dijadikan aksesori misalnya tombol pintu, manakala tayar kereta lumba Ferrari diubah suai menjadi meja.

Foto: Archive Hijab & Heels

Foto: Archive Hijab & Heels

Foto: Archive Hijab & Heels

Ruangan kafe pula diilhamkan daripada kawasan paddock di litar perlumbaan, malah terdapat permainan simulator kereta lumba, litar mini bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, snuker dan foosball table ditawarkan buat pengunjung.

Foto: Archive Hijab & Heels

Foto: Archive Hijab & Heels

Jika anda peminat dunia permotoran, hotel ini pastinya memberikan keterujaan yang diinginkan.

Menawarkan 64 bilik kesemuanya, dari susun atur kerusi, katil, paparan grafik serta dekorasi segalanya menceritakan mengenai dunia perlumbaan.

Jenis bilik disediakan iaitu bilik Standard Twin atau Standard Queen, Superior Twin atau Superior King, Deluxe Twin atau Deluxe King dan Premier Triple yang ditawarkan pada harga dari RM180 ke atas termasuk sarapan pagi.

Foto: Hype Motorsports Hotel PD

Dilengkapi kemudahan Internet, jangan terkejut apabila melangkah ke bilik deluxe, premier dan family premier, kerana ia dilengkapi kerusi urut yang boleh digunakan tanpa had.

Sementara aktiviti yang paling disukai kanak-kanak, apa lagi kalau bukan bermandi-manda di kolam renang.

Sekiranya teringin bermain di pantai, anda hanya perlu keluar dari pagar hotel kerana pantai Teluk Kemang terletak bersebelahan sahaja. Di situ anda boleh melakukan pelbagai aktiviti sukan air bersama keluarga seperti menaiki banana boat dan jet ski.

Mencipta suasana romantis bersama pasangan atau teman-teman, bolehlah merakam detik matahari terbenam di Sunset Cafe yang terletak berhampiran kolam renang sambil menikmati minuman kegemaran.

Foto: Archive Hijab & Heels

Tidak terbatas pada percutian keluarga saja, syarikat korporat, persatuan atau individu yang ingin menganjurkan seminar, bengkel atau mesyuarat, boleh menggunakan kemudahan bilik Mezzanine di aras 1 dan dilengkapi sistem siar raya (PA system) termasuk skrin projektor.

Foto: Archive Hijab & Heels

Sedikit latar belakang mengenai Hype Motorsports Hotel, dulunya tapak lokasi hotel ini merupakan resort milik Telekom Malaysia (TM).

Bagaimanapun, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah mengambil alih resort berkenaan dan melabur lebih RM10 juta untuk melengkapkan Hype Motorsports Hotel PD dengan pengurusan diletakkan dibawah Hotel Pro Sdn Bhd.

Pengubahsuaian dilakukan secara menyeluruh membabitkan kesemua bilik, kafe termasuk membina kolam kanak-kanak.

Hotel berkenaan menawarkan bilik bertemakan legenda permotoran dunia seperti pelumba pasukan Ferrari Formula Satu (F1) terkenal, Michael Schumacher selain pelumba motosikal terkemuka, Marc Marquez, Valentino Rossi, pelumba motocross Tony Cairoli, pemandu rali, Sebastian Loeb dan pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin.

Ciri menarik hotel ini, kesemua bilik menghadap kolam renang dan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pendingin hawa, kunci pintu dengan kad sentuh, pengesan asap, akses Internet WiFi percuma serta televisyen yang lengkap dengan saluran siaran tempatan.

Kemudahan Pit Stop yang terletak di bahagian lobi pula menawarkan pelbagai pilihan barangan cenderahati seperti kemeja-T, topi, rantai kunci, cawan dan aksesori asas untuk menunggang atau memandu.

Berita baik buat pengunjung, mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berupa sebuah motor BMW G310 GS bernilai RM29,500. Penyertaan dibuka sehingga 30 Disember 2020 dan pengumuman pemenang cabutan bertuah akan dilakukan pada hari berikutnya.

Foto: Archive Hijab & Heels

Untuk tempahan, boleh layari laman sesawang www.hypehotelpd.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 16 Jun 2019

Prof Raha mahu UTeM  jadi ‘kilang’ lahir ahli teknologi berkemahiran tinggi

Lakar sejarah sebagai wanita pertama dilantik NC MTUN

Featured Tue, 31 Jul 2018

Review: Sediakan Tisu Sebelum Menonton Filem Pulang!

Filem ini betul-betul main dengan emosi anda!

Featured Tue, 28 May 2019

Prestasi pekerja wanita menurun ketika berada di dalam pejabat yang terlalu sejuk – kajian

Minda mereka terbukti lebih produktif jika suhu pejabat lebih tinggi.

Featured Fri, 17 Aug 2018

6 Jenama Makeup Antarabangsa Yang Popular Dan Selalu Diciplak

Barangan makeup jenama luar negara dijual dengan harga yang sangat murah di pasar malam. Logik ke?

Featured Sun, 17 May 2020
Featured Wed, 27 Jun 2018

Lepas Tengok Gambar Scary Ini, Anda Takkan Lagi “Terlupa” Untuk Tanggalkan Maskara Sebelum Tidur

Seorang wanita tak tanggalkan maskaranya dengan betul. Inilah akibatnya.

Featured Thu, 19 Mar 2020

Ekstrak tumbuhan padang pasir, zaitun bantu kulit kekal sihat

Bahan daripada alam selamanya bermanfaat untuk kulit

Eat Travel Wed, 12 Dec 2018

Universal & Six Flags Mungkin Akan Ambil Alih Projek Terbengkalai Taman Tema Genting Highland

Six Flags merupakan syarikat taman tema dari Amerika Syarikat dan merupakan syarikat taman tema terbesar di dunia.

Featured Fri, 20 Jul 2018

Jika Anda Alami Kemurungan, Makan 7 Jenis Bahan Ini Untuk Melawannya

Apa yang anda makan boleh bantu perbaiki mood anda!

Acara Thu, 20 Feb 2020

| Live TV