Eat Travel By: Ad Ops September 24, 2018 @ 10:00am

Tengah Diet Tapi Teringin Nak Makan Mac & Cheese? Ikuti Resipi Alternatif Ini

Salah satu hidangan cheese yang digemari ramai adalah Mac & Cheese. Kanak-kanak pun suka!

Ia merangkumi pasta rebus yang digaul dan diselaputi dengan keju cheddar. Gabungan kedua-dua ramuan tersebut memang mengasyikkan!

Walau bagaimanapun, untuk mereka yang tengah jaga badan, mungkin hidangan ini tak sesuai kerana pasta mengandungi karbohidrat.

Tak apa! Mereka masih boleh menikmati Mac & Cheese jika mereka menggunakan ramuan alternatif. Tak semestinya mereka mesti abaikan makanan kegemaran mereka jika mereka nak berdiet, kan? 

Ramuan keju dalam Mac & Cheese mungkin tak patut diubah kerana itulah elemen paling penting dalam resipi itu.

Sebaliknya daripada menggunakan pasta, anda boleh gantikannya dengan cauliflower yang pastinya lebih sihat.

Ambil sebiji besar dan potong atau carikkan kepada kepingan-kepingan kecil (tapi jangan kecil sangat pula!). Rebus selama 5 minit dan tuskan.

Kemudian, biarkannya cauliflower di dalam periuk yang sama. Masukkan secubit garam, lada hitam dan sedikit krim masam atau Greek yogurt (ikut citarasa anda).

Kacau dan masukkan keju cheddar. Kacau lagi hingga rata. Hiaskan dengan potongan daun parsli. Dah siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Tips & Tricks

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Sep 2022
Featured Fri, 11 Oct 2019

Dr Amani, saintis wanita Malaysia pertama bekerja dengan NASA

Tiada halangan yang tidak boleh diatasi

Featured Wed, 10 Aug 2022

[VIDEO] Alif Hadi & Yasmin Hani Rancang Nikah Hujung Tahun Ini – “Kalau Boleh Nak Cepatkan”

Alahai comellll je pasangan ni! Masing masing so lovey dovey gituuuu

Featured Tue, 23 Feb 2021
Featured Tue, 19 Mar 2024

“Jangan Ambil Kesempatan Atas Kebaikan Saya”- Adira Suhaimi

Haa, agak-agak statement tu Adira tuju pada siapa??? Cuba teka…