Featured By: Fadzlena Jafar March 20, 2020 @ 1:27pm

Tentera dikerah Ahad ini bantu kawal pergerakan rakyat

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mula digerakkan Ahad ini bagi membantu menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula Rabu lalu di seluruh negara.

Bagaimanapun, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan berkenaan hanya bagi membantu mengawal pergerakan rakyat dan bukannya satu perintah darurat.

Katanya, keputusan itu diambil selepas mesyuarat jawatankuasa khas mengenai COVID-19, pagi tadi apabila mendapati masih ramai masyarakat yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan itu.

“Kerajaan berterima kasih kepada rakyat yang semakin sedar akan bahaya penyakit ini dan patuh pada arahan itu untuk berada dalam rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, masih ada insiden yang mana masih ramai yang tidak peduli perintah itu. Ramai juga yang tidak mempedulikan arahan polis untuk beredar apabila ada yang membawa anak-anak ke tempat permainan atau makan di premis makanan walaupun sudah ditegur,” katanya pada siding media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan, sebentar tadi.

 

Anggota Tentera bakal dikerah membuat pemeriksaan bagi membantu menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai Ahad ni. NSTP/FATHIL ASRI.

Semalam, Kabinet mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas dianggotai 19 kementerian bagi menyelaras peranan dan tindakan susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan.

Pemantauan polis sejak tiga lalu mendapati hanya 60 peratus sahaja rakyat yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

Ismail Sabri berkata, kegagalan mematuhi perintah berkenaan boleh dikenakan tindakan termasuk tangkapan oleh pihak polis.

“Polis boleh mengambil tindakan berdasarkan Akta Polis 1967 untuk mengambil tindakan lebih keras, namun pada peringkat awal ini tindakan berhemah diambil.

“Tetapi sekiranya sudah sampai satu tahap jika pihakpolis tidak boleh berkomporomi, tindakan undang-undang akan dilaksanakan,” katanya.

Anggota polis memberi nasihat kepada orang awam ketika melakukan sekatan jalan raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh hari ini. (Gambar BERNAMA) 

Sementara itu, beliau berkata, pihak polis akan meneruskan sekatan jalan raya termasuk pemeriksaan kenderaan bagi memastikan hanya rakyat yang mempunyai surat kebenaran perjalanan dibenarkan bergerak.

Katanya, rakyat yang pulang ke kampung ketika ini juga tidak dibenarkan untuk kembali ke kediaman masing-masing sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 May 2020
Featured Mon, 19 Sep 2022

Terpaling Juara: Berada Di Bottom 2, Shaz Tak Putus Semangat!

Its okay Shaz! Tema duet Minggu ke-6 bangkit ok? 💪🏻💪🏻

Featured Sat, 8 Sep 2018

Anak Sulung Jessica Alba Dah Besar Panjang & Mirip Rupa Ibunya

Tak sangka yang Jessica Alba dah menjadi ibu selama sedekad.

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Fri, 30 Dec 2022

Mimpi Jadi Kenyataan! Kugiran Masdo Kongsi Pentas Bersama The Changcuters, Hiburkan Hampir 2,000 Peminat!

Kugiran Masdo dan The Changchuters menghiburkan hampir 2,000 peminat di konsert Kugiran Masdo x The Changcuters yang berlangsung meriah di Zepp, Kuala Lumpur, malam tadi. Menurut Ali, kolaborasi tersebut adalah salah satu impian Kugiran Masdo […]

Featured Sat, 28 May 2022

“Saya Tak Nak Jadi Budak-Budak…”- Ini Penjelasan Siti Nurhaliza Mengenai Isu Papan Iklan Digital

Sepatutnya bangga lah kan Siti wakil warga Malaysia dalam kempen EQUAL…