Featured By: Ad Ops April 5, 2020 @ 2:00pm

Terpijak mainan anak memang tidak lawak, ketahui idea kreatif untuk simpan mainan anak

Selain pening memikirkan menu apa yang hendak dimasak ketika berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), wanita khususnya golongan ibu pasti pening melihat keadaan rumah yang berselerak.

panduan simpan mainan anak supaya tidak bersepah

Kredit gambar: Daily Rakyat

Itu belum lagi dengan barang mainan anak yang penuh di segenap ruang, boleh jadi ‘singa’ dibuatnya. Bayangkan kalau terpijak mainan kecil seperti Lego, dinosaur dan sebagainya, sakitnya memang tidak boleh dibawa berbincang.

Sepuluh kali kemas, tetap bersepah. Apapun, ibu kenalah banyak bersabar sebab memang menjadi lumrah bagi anak untuk bermain pada fasa umur mereka sekarang. Banyak benda baharu yang sedang diterokai anak dalam proses pembelajaran mereka.

panduan simpan mainan anak supaya tidak bersepah

Kredit gambar: Diari Ummi

Apa yang penting, ibu bapa perlu mendidik anak agar berdisiplin untuk mengemas semula mainan mereka sendiri. Berikut adalah foto-foto kreatif dan menarik yang dikongsi dalam laman Facebook Ilham Media mengenai idea tempat penyimpanan barang mainan anak.

Semoga dapat memberi inspirasi kepada ibu di luar sana. Rumah cantik dan kemas, kepala pun sudah tidak pening. Semoga bermanfaat!

Kredit gambar: Ilham Media

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 12 Nov 2018

Menurut Kajian, Pelajar Malaysia Paling Hormat Kepada Pengetua Berbanding 35 Negara Lain

Rakyat Malaysia memang mempunyai nilai sahsiah yang baik!

Featured Wed, 24 Feb 2021

Tarikh Tutup Pendaftaran BPR 2021 Dilanjutkan Sehingga…

Tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini yang dibuka sehingga 15 Februari 2021, kini dilanjutkan sehingga 25 Februari esok. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata,

Featured Mon, 11 Feb 2019

Anda suka melengahkan kerja? Inilah akibatnya terhadap badan dan minda anda

Sikap ini boleh memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang.

Featured Fri, 6 Aug 2021

JKN Selangor Sahkan Sektor Kilang Cetus Kluster Terbesar, Ramai Minta Kilang Ditutup

Umum maklum, angka kes COVID-19 di negara ini yang melepasi angka 20,000 semalam. Justeru, menerusi sidang media khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, beberapa perkara penting telah diperjelaskan termasuk punca kluster kes meningkat di

#tilljannah Sat, 3 Dec 2022

Jarak Usia 9 Tahun, Dai Syed Bergelar Suami Hana Ismail Dengan Sekali Lafaz

Pendakwah selebriti, Dai Syed, 27, sah bergelar suami dengan sekali lafaz kepada pengacara televisyen, Hana Ismail, 36. Majlis akad nikah dijalankan di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada jam 11.40

Eat Travel Tue, 19 May 2020
Featured Fri, 11 Nov 2022
Cahaya Mata Sat, 24 Dec 2022

Norman Hakim Sangat Peramah, Memey Suhaiza Dedah Dah Terbiasa Menanti – “Tak Payah Tunggu, Sila…”

Pelakon Memey Suhaiza mendedahkan sifat suaminya, Norman Hakim yang ‘kuat borak’ ketika bertemu sesiapa sahaja. @memeysuhaizaofficial_Mummy dgn anak6 dah terlebih paham.. Klu dia dah start borak.. Tak payah tunggu berdiri😆 Sila lah duduk dgn selesa..

Featured Wed, 8 Feb 2023

| Live TV