Featured By: Yanie Baharom April 7, 2020 @ 6:00pm

Tetap glamor pada pagi Lebaran, meski terpaksa beraya cara PKP

Ketika seluruh negara berkurung di rumah sepanjang Perintah Kawalan pergerakan (PKP), pasti ramai yang masih belum menempah atau membeli pakaian bagi menyambut kedatangan Lebaran.

Secara logiknya, agak kurang kena gaya apabila bercerita mengenai hal ini. Bukan saja kerana belum melangkah masuk ke bulan Ramadan, bahkan dalam situasi sekarang harapan seluruh masyarakat cuma satu, agar wabak COVID-19 segera dihapuskan.

Hanya dengan kejayaan memutuskan rantaian COVID-19 ini, barulah dunia kembali aman dan Lebaran lebih bermakna apabila dapat berkumpul bersama keluarga serta sanak-saudara.

Berbalik pada topik persiapan Hari Raya, meskipun dibelenggu kebimbangan wabak COVID-19, takkan sampai tidak mahu beraya langsung? Dapat sehelai baju baharu pun jadilah, walaupun mungkin tahun ini terpaksa beraya cara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Khusus kepada wanita yang tidak sempat menempah pakaian anda, bolehlah mendapatkan variasi busana Lebaran melalui pembelian atas talian.

Cuma seperkara yang anda perlu tahu, membeli-belah atas talian memerlukan pengguna membuat persiapan lebih awal untuk memastikan anda mendapat pakaian dan saiz yang diinginkan.

Rizalman for Zalora adalah antara jenama awal yang memperagakan koleksinya yang sudah mula dijual dalam laman e-dagang ini.

Begitu juga dengan jenama Petra dan Rico Rinaldi yang hadir dengan koleksi glamor dan praktikal, mempromosikan dalam laman sosial mereka.

Selain itu, anda pasti jatuh cinta dengan rekaan Leeyana Rahman dan Arared tahun ini, termasuk Azuredzua, yang tampil dengan rekaan menawan dan feminin.

Sekiranya anda seorang yang suka pada gaya minimalis, Mek Kembang Cotton tentu sahaja memenuhi cita rasa anda.

Mengetengahkan rekaan yang praktikal, fabrik yang digunakan bukan sahaja selesa, tetapi memberi suntikan ceria pada si pemakai.

Jika tidak percaya, boleh lihat kempen Lebaran jenama ini yang dijayakan oleh pelakon kecil molek, Ruhainies!

Berdasarkan pemerhatian penulis, rata-rata pereka fesyen cenderung pada fabrik bercorak tidak lagi kosong dan polos seperti sebelumnya.

Agak-agak sudah jumpa kurung yang berkenan di hati? Sebelum anda rambang mata, ingat pesanan ini berbelanja secara berhemah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Selepas Tular Harga Jam Mewah RM4 Juta… Fazura Kongsi Foto OOTD, Tapi Jenama Beg Dikaburkan 

Simple je ootd Faz, tapi terpegun min tengok beg tangan aktres jelita ni 😚😚 Ramai kata jenama Hermes tuu 🤩🤩

Featured Wed, 5 Sep 2018

Cantiknya Sara Iftekhar, Memang Layak Dipilih Sebagai Peserta Ratu England

Sara Iftekhar harap untuk menjadi Muslim pertama yang memenangi pertandingan Ratu England.

Featured Mon, 31 Oct 2022

Lagu Casablanca Ada Versi Arab & Inggeris, Sesuai Untuk Crush!

Korang dah dengar belum? Versi Arab punya dah keluar tau

Oh Lawa Fri, 16 Mar 2018

6 Model Cilik Yang Berpotensi Untuk Menakluki Dunia Fesyen. Kecil-Kecil Dah Stailo!

Ada ramai model kanak-kanak yang dah pun berjaya melakar nama di persada dunia. Dan mereka ni memang tak dinafikan berbakat!

Featured Wed, 8 Sep 2021

Cara Mohon Bantuan Bekalan Makanan Asas RM300 Menerusi Prihatin Kasih Mulai September

Untuk makluman,  program PRIHATIN Kasih menerusi insentif PEMERKASA adalah merupakan bantuan yang disalurkan kepada golongan isi rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad. Penerima yang layak akan menerima RM100 sebulan selama 3

Featured Wed, 13 Oct 2021

Hadir Ke Mahkamah Syariah Bersama Suami, Siti Saleha Fail Tuntutan Cerai

Pergolakan rumah tangga aktres jelita, Siti Saleha menjadi persoalan ramai apabila pelakon itu didakwa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes perceraiannya. Menurut laporan sebuah portal, prosiding dilakukan di

Oh Lawa Sat, 23 Jun 2018
Oh Lawa Tue, 6 Feb 2018

Sneakers Setiap Hari?

Gelombang stail luxe sport atau suntikan elemen sukan dalam gaya harian menjadi trend sejak 5 tahun kebelakangan. Impak keselesaan dalam masa sama kekal stylish memungkinkan stail ini terus jadi pilihan sekurangnya 5 tahun lagi. Siapa tahu?

Featured Mon, 25 Oct 2021

| Live TV