familuv By: Shaidah Shafie May 5, 2020 @ 2:21pm

The Rock didera anak perempuan

Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock sering mengingatkan kita kepada selebriti bertubuh sasa yang badannya bercacah dengan pelbagai corak tatu pada bahagian lengan serta bahu.

Mula dikenali sebagai peninju sebelum membina nama sebagai ahli gusti, The Rock kemudian menceburi dunia lakonan dan sejak itu tidak menoleh ke belakang lagi, malah disenaraikan antara selebriti yang memperoleh pendapatan paling tinggi sepanjang 2019.

Kebanyakan filem yang dibintanginya, jika tidak pecah panggung sekali pun, mendapat sambutan hangat peminat antaranya The Mummy Returns (2001), Driver (2010), Fast & Furious (2013), Hercules (2014) dan Jumanji (2019).

Pada 2016, The Rock meminjamkan suaranya sebagai Maui untuk filem animasi Disney yang cukup terkenal dalam kalangan kanak-kanak iaitu Moana.

Bagaimanapun, siapa sangka di sebalik badan yang sasa itu, The Rock adalah bapa penyayang dan sentiasa kalah dengan kerenah anak perempuan bongsu, Tia yang cukup gemar dengan lagu daripada filem Moana lakonan bapanya sendiri.

The Rock mempunyai tiga anak, Simone Alexandra daripada perkahwinan pertama dengan Dany Garcia, manakala Jasmine Lia dan Tia Giana pula adalah anaknya daripada perkahwinan kedua bersama-sama Lauren Hashien.

Dwayne Johnson atau The Rock bersama anak perempuan keduanya, Jasmine Lia. Foto: Instagram @therock.

Menerusi laman media sosialnya, Instagram @The Rock, beliau sering juga menyelitkan video perbualannya dengan Jasmine yang dipanggil Jazzy dan Tia yang mungkin belum memahami bahawa bapa mereka adalah pelakon terkenal.

Akaun Instagramnya yang memiliki 182 juta pengikut itu kebanyakannya dipenuhi hantaran The Rock mengenai kegiatan lakonannya, namun ada beberapa yang menarik perhatian mengenai hantaran membabitkan Jazzy dan Tia.

Sempena sambutan Hari Ibu pada 10 Mei ini, jom kita lihat bagaimana The Rock cuba memujuk Tia supaya mengakui bahawa bapalah yang terbaik dan bukannya ibu mereka.

Hantaran yang mendapat 20,204,705 tontonan (view) ketika artikel ini dihasilkan ternyata mencuit hati kerana beliau tidak berjaya mempengaruhi si kecil Tia yang berwajah selamba menyebut ibu adalah yang terbaik dan tidak memandang pun wajah bapanya.

Dalam satu hantaran lain, The Rock menulis beliau menyanyi sebanyak 1,927 kali untuk memujuk Tia supaya tidur, tetapi tidak berjaya kerana anak perempuannya itu tetap mahu menyanyi lagu yang sama.

Perkongsian yang mendapat 7,777,023 tontonan itu jelas memperlihatkan sisi kebapaan The Rock dan mungkin benar tanggapan mengenai anak perempuan lebih rapat dengan bapa.

The Rock juga ternyata menghargai wanita kerana mengajar anaknya menyebut perkataan Hari Wanita Antarabangsa, kuasa wanita dan beberapa perkataan lain yang mencuit hati.

Sepintas lalu, beliau yang kelihatan bersifat lasar dan lasak itu sebenarnya adalah bapa yang baik dan penyayang kerana sentiasa ada masa untuk melayan kerenah dua anaknya.

Alangkah bagusnya jika ramai bapa melayan anak perempuan mereka seperti The Rock melayan Jazzy dan Tia, pasti ramai wanita bahagia tak terkata dalam hidup.

SUMBER FOTO: Instagram @the rock

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Dec 2021

Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Badrul Muhayat Didakwa Bawa Lari Anak-Anak

Seorang wanita yang dikenali sebagai Julia Ma’wa memberitahu di sebuah hantaran Facebook miliknya bahawa bekas suaminya yang merupakan pelakon drama tempatan, Badrul Muhayat telah melarikan anak-anaknya. Julia menerusi hantaran itu menjelaskan terdapat kesan umpil di […]

Featured Sat, 26 Nov 2022

“Jangan Pandang Rendah Diri Sendiri” – Bicara Comel Mika Buka Mata Netizen

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat warganet. @mika_and_daddy Jangan pandang rendah dekat diri sendiri ya. Kena percaya. […]

Featured Thu, 5 Jan 2023
Featured Wed, 29 Mar 2023

[VIDEO] “Tak Boleh Tidur Fikir Lebih 10 Benda…” – Bella Astillah Dedah Ada Masalah Otak ‘Bising’

“Bukan fikir satu benda, kadang-kadang otak bising fikir sampai 10 benda…” – Bella Astillah

familuv Mon, 24 Dec 2018

Inilah Trend Nama Bayi Di Amerika Untuk Tahun 2018, Pelik-Pelik Belaka!

Ada juga yang letak nama makanan untuk nama anak mereka.

Featured Wed, 5 Oct 2022
Featured Fri, 27 Aug 2021

“Suara Bagus Tapi Tak Ada Pakej Lengkap” – Hazama Cari Bakat Muda

Penyanyi rock Hazama mengakui ada pelapis baharu yang ingin mewarnai dunia nyanyian mempunyai vokal bagus tetapi tidak mempunyai pakej yang lengkap. Bakal tampil menjadi juri menerusi program pencarian bakat baharu atas talian, COF LOCKSTAR, Hazama […]

Featured Sun, 1 Oct 2023

Konsert Setengah Lima Menuju Senja Parade Hujan X Sore Berjaya Buai Hampir 5,000 Peminat Malaysia!

Terbaik! konsert ni min memang kena hadir❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥