Featured By: Ad Ops June 11, 2019 @ 12:20pm

Tiada selera makan dan cirit-birit, ketahui tanda jangkitan kuman pada paru-paru

Berita kematian 14 penduduk Orang Asli di Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan dalam tempoh sebulan lalu ternyata menggemparkan negara.

Difahamkan setakat ini, Kementerian Kesihatan mengesahkan dua orang meninggal kerana pneumonia atau jangkitan pada paru-paru manakala lokasi mayat 12 orang lagi masih dikesan. Selain itu, seramai 50 penduduk juga masih dirawat di hospital.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melawat sebahagian daripada orang asli suku kaum Batek yang menerima rawatan di Hospital Gua Musang. GAMBAR IHSAN Twitter KKM Putrajaya

Biarpun punca sebenar kematian masih belum dikenal pasti, namun Kementerian Kesihatan telah menguatkuasakan perintah kuarantin dengan larangan pergerakan keluar masuk orang awam di penempatan itu bagi mengelakkan jangkitan lebih meluas.

Berdasarkan laporan awal daripada Jabatan Kesihatan, pneumonia yang disahkan sebagai punca kematian dua penduduk terbabit bukan daripada pencemaran air, tetapi penyakit bawaan udara.

Jom kenal pasti tanda-tanda penyakit pneumonia dan ketahui beberapa langkah mudah yang mampu mencegah penyakit ini.

Apa itu Pneumonia?

Pneumonia ialah jangkitan paru-paru yang melibatkan pundi udara. Pundi-pundi udara akan dijangkiti bakteria (nanah) dan mengakibatkan tanda-tanda pneumonia seperti demam, sukar bernafas dan menggigil.

Pneumonia boleh disebabkan oleh bakteria, fungus, virus atau parasit. Bakteria yang mengakibatkan penyakit pneumonia adalah streptokokus dan mikoplasma (pneumonia yang biasa digelar ‘walking pneumonia’). Virus pula adalah virus demam selesema (influenza) dan virus sinsitium pernafasan (RSV).

jangkitan kuman di paru-paru

Foto: Pulmonology Advisor

Bagi individu dengan sistem ketahanan badan (imun) yang lemah, penyakit pneumonia boleh diakibatkan oleh organisma ‘pneumocystis jiroveci.’ Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.

Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda penyakit Pneumonia

jangkitan kuman di paru-paru

Foto: theAsianparent

1. Kesukaran bernafas.

2. Demam dengan suhu bawah 38.5 C.

3. Rasa tidak selesa.

4. Simptom selesema seperti sakit tekak, menggigil, sakit kepala.

5. Batuk kering dan tanpa henti.

6. Bernafas dengan laju dan berdehit.

7. Sakit perut.

8. Sakit dada.

9. Menggigil.

10. Muntah atau cirit-birit.

11. Hingus berdarah atau berwarna hijau atau kuning.

12. Hilang selera makan (untuk kanak-kanak) dan menolak susu (untuk bayi).

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

1. Pernafasan laju.

2. Sukar untuk bernafas.

3. Bibir menjadi biru.

4. Batuk berdarah.

5. Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing.

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

rawatan pneumonia

Foto: Daily Asian Age

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.

Anda juga boleh mencuba rawatan ini di rumah:

1. Mengambil Paracetamol/Panadol.

2. Rehat yang secukupnya.

3. Minum air yang banyak.

jangkitan kuman paru-paru

Foto: Asian Scientist Magazine

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan. Jika jangkitan kuman pada paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, segeralah ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Sumber: MyHealth dan theAsianparent Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 16 Apr 2022
Featured Thu, 10 Nov 2022

11 Pelajar Upsi Cedera, Bas Terbabas Ke Dalam Gaung

Satu kemalangan bas yang melibatkan kira-kira 60 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyebabkan 11 orang cedera di Jalan Slim Lama dekat Kota Malim Prima, pada petang Rabu. Bas yang dinaiki penuntut UPSI itu terbabas […]

Featured Wed, 11 Sep 2019

Panduan minum kopi dengan betul

Hidup cergas dan sihat dengan secawan kopi

Featured Fri, 25 Nov 2022

Tunai Janji, Anwar Ibrahim Tolak Gaji Perdana Menteri – “Saya Ingin Pulihkan Keyakinan Rakyat”

Pelantikanan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesepuluh telah mendapat liputan meluas dari dalam dan juga luar negara. Sudah menjadi simbolik untuk pemimpin mengotakan janji manifestonya setelah diberikan mandat untuk […]

Featured Wed, 23 May 2018

Meghan Markle Tak Dapat Menahan Gelak Bila Seekor Lebah Menganggu Harry Berucap

Punyalah manis si pengantin baru, sampai lebah pun nak hinggap.