Featured By: Yanie Baharom May 13, 2020 @ 5:59pm

Tidak kekok membantu di dapur, anak dara Tunku Azizah buat ramai kagum!

Ruangan @airtangan_tunkuazizah antara yang diminati dan dikunjungi ramai warga siber sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pelbagai hidangan hebat lagi lazat disediakan oleh susuk insan disegani rakyat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Bahkan ruangan Instagram Tunku Azizah, mempunyai seramai 530,000 pengikut, sekali gus mendahului beberapa akaun selebriti tempatan.

Setiap hidangan yang disediakan baginda pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur, malah Tunku Azizah sangat versatil dalam menyediakan pelbagai hidangan tempatan mahupun Barat.

Lebih mengagumkan, cara didikan baginda terhadap puteri-puterinya. Baginda bukan sahaja seorang ibu yang handal memasak, malah menurunkan ilmu di dapur kepada puteri kesayangannya, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, supaya dapat meneruskan legasi keluarga ini kelak.

Foto: Instagram Tunku Azizah

Menjelang lebaran bakal disambut tidak lama lagi, baginda telah berkongsi saat di dapur menghasilkan aneka biskut raya.

Namun apa yang paling mencuri tumpuan ialah keberadaan dua puteri baginda iaitu Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan di dapur yang sama. Kedua-dua anakanda baginda dilihat tenang menghasilkan pelbagai biskut raya di samping Raja Permaisuri Agong.

Tunku Azizah dalam pada itu terpanggil untuk berkongsi pengalaman zaman kecilnya bersama peminat.

Foto: Instagram Tunku Azizah

Titah baginda di Instagram Air Tangan Tunku Azizah, “Kami adik-beradik memang dididik oleh Bonda lagi kecil, dibawa masuk dapur dan setiap Ramadan kami semua buat biskut sendiri. Tak pernah order (tempah).

“Buat fruit cake (kek buah), harissa dan siapkan dewan untuk hari berbuka. Dan saya teruskan tradisi itu apabila saya mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Agong. Setiap raya, saya buat sendiri semua dan sekarang saya sedang didik anak dara saya Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan pula.” katanya.

Foto: Instagram Tunku Azizah

Perkongsian Raja Permaisuri Agong itu menyentuh hati banyak pihak. Meskipun baginda mempunyai pembantu, namun tetap mahu menyediakan air tangan sendiri buat keluarga. Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan pula walau berstatus puteri raja tetapi kedua-duanya kelihatan tidak kekok berada di dapur.

Antara biskut raya yang dimasak Raja Permaisuri Agong dan puterinya yang cantik, adalah biskut cornflakes, chocolate crinkle, kacang, tart, Milo, semperit, anzac, biskut manik, spumoni biscuit termasuk kek buah air. Semua bikin terliur dibuatnya!

Sumber foto: Instagram Tunku Azizah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Jan 2018

7 Bahana Kanta Lekap

Jika dulu kanta lekap digunakan sebagai alternatif untuk menggantikan penggunaan cermin mata bagi mereka yang mengalami masalah rabun, namun seiring dengan arus kemodenan, penggunaan kanta lekap kini menjadi trend popular untuk wanita bagi tujuan fesyen […]

Featured Fri, 29 Mar 2024

“Asyik Nak Tunjuk Kau Punya Sabar”- Kakak Adira ‘Sound’ Datin Red, Dedah Adira Suhaimi Selalu Kena Buli

Betullah tu, mana ada kakak yang sanggup tengok adik dia kena buli 🔥🔥🔥

Featured Mon, 1 Aug 2022
Featured Wed, 29 Mar 2023
Featured Fri, 15 May 2020
Featured Sat, 14 Jan 2023

Nafas Naga Gabungan Mantap Filsuf & Black Hanifah

Kerjasama antara rapper Filsuf dan Black pastinya membawa satu lagi warna dan kejutan kepada seluruh pencinta muzik tanah air menerusi lagu ‘Nafas Naga’. Lagu ‘Nafas Naga’ hasil ciptaan Filsuf dan lirik oleh Arisz Ab Rahman […]