Featured By: Nani Ramlee April 28, 2020 @ 8:30pm

Tidak pasti jangan kongsi, tindakan tegas akan diambil!- Ismail Sabri

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sehingga semalam sudah membuka sebanyak 238 kertas siasatan membabitkan penyebaran berita palsu COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, sejumlah 170 masih dalam siasatan, 24 sudah didakwa di mahkamah dan 13 mengaku salah.

penyebaran berita palsu

Kredit gambar: ISMAWeb

“Saya ingin meminta supaya orang ramai lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya. Orang ramai boleh menyemak kesahihan berita tersebut di portal sebenarnya.my.

“Saya perlu beri peringatan, jika tidak pasti, jangan sesekali kongsi kerana mereka yang sebar dan berkongsi berita palsu juga boleh dikenakan tindakan tegas oleh PDRM dan SKMM,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan pergerakan (PKP), di Putrajaya, hari ini.

penyebaran berita palsu

Kredit gambar: BH Online

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan sebanyak 832 sekatan jalan raya di seluruh negara dengan jumlah 616,917 kenderaan diperiksa.

“Daripada jumlah itu, pihak polis menangkap seramai 489 individu berbanding 606 pada hari sebelumnya kerana ingkar PKP.

“Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam ialah 21,106 individu dan daripada jumlah itu, 741 individu dituduh di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 5 Feb 2018

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Makan Ikan

Suka makan ikan? Mungkin ada di antara anda yang tidak berapa gemar dengan makanan laut ini berbanding ketam, sotong, dan udang. Tetapi tahukah anda ikan sebenarnya punya banyak manfaat pada kesihatan. Malah, sangat baik untuk program diet kerana ia rendah kalori serta tinggi protein.

Featured Fri, 8 May 2020
Featured Tue, 19 Mar 2019

Bakal pengantin jumpa mesej sedih mendiang ibunya pada tapak kasut kahwinnya

Ibunya tidak sempat untuk bersamanya pada hari bahagia itu.

Gaya Hidup Fri, 9 Feb 2018

Dah Pukul 3 Pagi Tapi Tak Boleh Tidur? Ini 5 Cara Efektif Untuk Cepat Lena

Memang tension kalau kita kepenatan setelah bekerja seharian tapi apabila kita rebah ke katil, tak boleh pulak mata nak pejam.

Acara Fri, 19 Jun 2020

Dapatkan Huawei MatePad Pro hanya pada harga RM2,898 sempena Karnival  Huawei AppGallery

Ringan, kecil dan pelbagai spesfikasi berteknologi tinggi

Featured Sat, 15 Dec 2018

Lihat 12 Watak Kartun Haiwan Popular Apabila Dibandingkan Dengan Haiwan Yang Sebenar

Ada yang sama, ada juga yang pelukis dah “ubah suai” rupanya.

Featured Fri, 8 May 2020

Seri jadi isteri, Zahirah MacWilson wajah Lebaran Innai Red

Lawa-lawa koleksi Lebaran Innai Red tahun ini

Gaya Hidup Mon, 3 Jun 2019
Featured Wed, 17 Jan 2018

8 Tip Diet Imran Ajmain

Penyanyi yang popular dengan lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain berkongsi kejayaan menurunkan berat badan daripada 129 kilogram ke 110 kilogram dalam masa 5 bulan. Jelas Imran dia melakukan secara perlahan kerana tidak mahu terlalu memaksa […]

| Live TV