familuv By: Shaidah Shafie May 4, 2020 @ 6:16pm

Tiga anak petugas barisan hadapan, ibu mana tidak risau

Tiga anak bertugas dalam bidang perubatan adalah satu kegembiraan yang tidak terhingga bagi Datin Wan Setia Norlina Wan Hussin kerana tahu tugas berkenaan adalah antara kerja mulia yang sering diimpikan ketiga-tiganya.

Namun begitu, dalam keadaan seluruh dunia dilanda wabak COVID-19, hati ibu mana yang tidak risau kerana ketiga-tiganya turut terlibat sebagai petugas barisan hadapan (kesihatan) dan sudah hampir dua bulan tidak bertemu.

Wan Setia Norlina Wan Hussin dan Dr Aini Nabilah Abd Raub ketika percutian keluarga. Foto: Ihsan Wan Norlina Wan Hussin.

Wan Norlina yang juga seorang pesara guru mengakui beliau mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan ketiga-tiganya, tetapi dalam keadaan begini, hanya telefon yang menjadi penghubung.

“Kerisauan sudah tiada dalam diri, setiap hari saya berdoa semoga Tuhan sentiasa melindungi mereka bertiga. Sudah menjadi rutin, mereka akan menghubungi saya sebelum dan selepas selesai tugas di hospital.

“Saya paling risau dengan anak ketiga, Dr Aini Nabilah Abd Raub, yang bertugas di Hospital Umum Sarawak, Kuching. Dia sudah dua kali disaring, setakat ini kedua-dua keputusan saringan adalah negatif,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Wan Setia Norlina (kiri) bersama tiga anak, Dr Syadidi Zikri (depan kiri), Dr Aini Nabilah dan Sayyidi Hamzi yang ketiga-tiganya adalah petugas barisan hadapan. Foto: Ihsan Wan Norlina Wan Hussin.

Anak sulung Wan Norlina, Dr Syadidi Zikri Abd Raub, pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di Hospital Serdang, anak kedua pula, Sayyidi Hamzi ialah penyelidik di Hospital Pantai Kuala Lumpur, manakala Dr Aini Nabilah juga dalam bidang O&G.

Sehubungan itu, Wan Norlina berharap masyarakat peka dan patuh dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha membendung COVID-19.

Dr Aini Nabilah Abd Raub dalam pakaian seragam PPE ketika bertugas. Foto: Ihsan Wan Norlina Wan Hussin.

Bagi individu yang saudara-mara mereka bukan petugas barisan hadapan, mungkin tahap kerisauan mereka tidak sama dengan apa yang dilaluinya setiap hari kerana memikirkan bagaimana keadaan kesihatan dan keselamatan anak-anak.

“Saya berpesan kepada anak-anak saya supaya berkhidmat sebaik mungkin, santuni pesakit yang mereka hadapi di hospital dengan ikhlas sebagaimana mereka menyantuni ibu bapa dan saudara-mara sendiri. Itu sahaja yang jadi pegangan kami untuk menyedapkan hati selain doa supaya semuanya selamat.

“Begitu juga dengan masyarakat, kasihanilah barisan petugas hadapan baik doktor mahupun anggota keselamatan seperti polis dan askar. Mereka bertungkus lumus berkhidmat untuk kesejahteraan negara, sama-samalah kita berdoa semoga keadaan cepat pulih daripada bencana ini,” katanya mengakhiri perbualan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Tue, 14 Sep 2021

Pengecualian Bayaran Faedah Bagi Penerima Moratorium Pinjaman Bank – Tengku Zafrul

Proses dipermudahkan agar semua golongan dapat dibantu

Featured Sun, 12 Feb 2023
Featured Sun, 1 Oct 2023

Konsert Setengah Lima Menuju Senja Parade Hujan X Sore Berjaya Buai Hampir 5,000 Peminat Malaysia!

Terbaik! konsert ni min memang kena hadir❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Featured Tue, 13 Jun 2023
Featured Wed, 2 Nov 2022

“Dia Beritahu Apa Saya Patut Buat…” – Pernah Alami Depresi, Alyph Dedah Sifat Caprice

Sebab tu kita tak boleh judge orang sebelum mengenali mereka…

Featured Fri, 28 Oct 2022
Featured Mon, 2 Sep 2019

Sangkar bagaikan filem pertarungan MMA sebenar!

Saksikan di pawagam yang berhampiran dengan anda!