Featured By: Ad Ops March 15, 2020 @ 11:50pm

Topeng muka DIY tidak kalis virus?

Jumlah kes positif jangkitan virus COVID-19 di negara ini merekodkan peningkatan mendadak iaitu sebanyak 190 kes baharu, sekali gus menjadikan angka kes keseluruhan jangkitan COVID-19 berjumlah 428 kes sehingga malam Ahad.

Penyebaran wabak yang semakin runcing itu membuatkan ramai orang mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah virus berkenaan.

Cecair pembasmi kuman dan topeng muka kini menjadi antara produk terhangat di pasaran sehingga kehabisan stok. Ekoran stok yang terhad, ramai yang cuba membuat sendiri cecair pembasmi kuman dan topeng muka.

Membuat sendiri atau DIY memang menjimatkan, namun jika salah penggunaan bahan dan caranya, ia mungkin akan lebih memudaratkan kesihatan.

Seperti menjahit sendiri topeng muka mengunakan kain, kemungkinan untuk terkena jangkitan lebih tinggi kerana penapisannya tidak berkesan. Menurut Facebook Public Health Malaysia, 97 peratus partikel mampu menembusi topeng DIY menjadikan tidak mampu melindungi daripada jangkitan virus.

topeng muka kain DIY risiko penyakit lebih tinggi

Kredit gambar: Public Health Malaysia

Topeng muka jenis kain DIY itu juga mempunyai tahap retensi kelembapan yang tinggi dan mampu menyebabkan kuman berkumpul serta membuat ‘sarang’. Risiko tercemar dengan kuman juga tinggi kerana topeng muka itu diguna semula selepas dibuka, diletakkan di atas meja, dalam poket atau beg.

Pendek kata, penggunaan topeng muka jenis itu tidak mampu melindungi seseorang daripada jangkitan penyakit, malah mungkin menyebabkan risiko jangkitan lebih tinggi.

topeng muka kain DIY risiko penyakit lebih tinggi

Kredit gambar: Pinterest

Sekiranya anda menggunakan topeng muka jenis DIY atau jenis kain yang dijahit pastikan penggunaannya tidak melebihi tiga jam dan pastikan ia dibasuh dengan bersih serta dijemur sebelum dipakai semula.

Paling penting, utamakan membasuh tangan dengan sabun sebagai kaedah untuk mencegah penularan wabak berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Aug 2018
Featured Wed, 3 Apr 2024

Bekas Isteri Safee Sali Impi Berbuka & Sambut Hari Raya Aidilfitri Bersama Anak-Anak

Sebaknya! Ibu mana yang tak terkesan bila berjauhan dengan anak-anak😭

Featured Wed, 13 Jul 2022

[VIDEO] Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Noh Salleh Buka Mulut – “Apa Yang Boleh Saya Katakan….”

Tak ada angin, tak ada ribut tiba tiba muncul desas desus sebegini. Jangan terus mendakwa, dengar dulu apa kata tuan badan ya ☺️

Featured Wed, 15 Apr 2020
Featured Fri, 26 Aug 2022

Gara-Gara Nak ‘Cancel’ Fazura, Individu Ini Dikecam Netizen

Alamak, ni apa kes? Tak ada angin tak ada ribut, kenapa individu ni sampai nak cancelled Fazura? Sendiri cari penyakit, kan dah kena kecam 😌

Featured Tue, 23 Nov 2021