Featured By: Yanie Baharom July 16, 2018 @ 5:00pm

Tragedi Telur Kari, Isteri Mati Ditembak Suami

Sudahlah pulang dalam keadaan mabuk, ditembaknya pula isteri sampai mati gara-gara enggan memasak telur kari.

MasyaAllah apa punya jenis suamilah macam ni? Jangan fikir ini sebuah drama ya, ia adalah kejadian benar yang berlaku di kampung Devdas di daerah Shahjahanpur, Uttar Pradesh.

Lelaki yang dikenal pasti sebagai Navneet Shukla, menggunakan pistol berlesen bapanya untuk membunuh isterinya, Mangesh.

Kejadian berlaku, apabila isteri malang berkenaan dikatakan enggan memasak kari telur seperti yang diminta oleh suaminya, dalam kejadian pada Khamis lalu.

Semuanya berlaku apabila Shukla, yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk menyuruh isterinya masak kari telur. Namun isterinya enggan, mungkin kerana sakit hati melihat perangai buruk si suami lalu menyebabkan pertengkaran berlaku.

Dalam keadaan marah, Shukla keluar rumah dan kembali dengan pistol berpeluru sebelum menembak isterinya. Dia kemudian melarikan diri dari tempat kejadian, lapor The Times of India.

Selepas itu penduduk tempatan bergegas ke rumah mereka dan mendapati Mangesh terbaring dalam keadaan berlumuran darah. Dia dibawa ke sebuah hospital berdekatan dengan ambulans, namun sudah terlambat.

“Mangesh berkahwin dengan Shukla hampir 12 tahun yang lalu dan pasangan itu mempunyai tiga anak. Shukla adalah seorang petani dan mempunyai beberapa ekar tanah di kampung itu. Dia tinggal di rumah yang sama dengan ibu bapanya.

“Anak-anaknya pergi ke sekolah dan ibu bapanya pergi berjumpa doktor pada masa kejadian,” kata pegawai balai polis Roza, Jasveer Singh, memetik The Times of India.

Pihak berkuasa berjaya menangkap Shukla pada Jumaat dan didakwa di bawah seksyen 302 (pembunuhan) Kanun Keseksaan India. Dia telah dihantar ke penjara daerah Shahjahanpur.

Sumber: mStar

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 May 2018

12 Cadangan Hidangan Sahur Yang Sihat, Mudah Dan Bekalkan Tenaga

Tak ada idea nak bersahur dengan apa? Di sini ada beberapa cadangan mudah dan ringkas.

Featured Mon, 13 Mar 2023
Featured Fri, 27 Mar 2020
Eat Travel Mon, 5 Nov 2018

Ini Resipi Sorbet Buah-Buahan Yang Hanya Guna 2 Bahan Ramuan, Berkhasiat Tapi Sedap!

Di bawah ini ada resipi untuk 4 jenis buah berlainan.

Featured Wed, 29 Apr 2020
Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Fri, 22 Oct 2021

Ginjal Khinzir Berjaya Dipindahkan Ke Dalam Badan Manusia

Buat pertama kalinya pembedahan pemindahan buah pinggang khinzir ke dalam tubuh manusia berjaya dilakukan tanpa sebarang komplikasi atau penolakan daripada sistem imun penerima. Kejayaan yang berpotensi besar ini dapat membantu mengurangkan kekurangan organ manusia untuk […]

Featured Tue, 4 Apr 2023

Hakim Tak Benarkan Penyerang Kamal Adli Diikat Jamin

Semoga Kamal Adli dapat keadilan yang sewajarnya