Featured By: Yanie Baharom December 10, 2019 @ 5:50pm

Transisi perubatan ke bidang peragaan, Engku Sulwani tidak menyesal!

Figura Disember, menongkah arus kebiasaan kolum ini yang cenderung tertumpu pada kisah selebriti ternama dengan membuka ruang kepada pembaca mendekati personaliti media sosial, Engku Sulwani Engku Ismail.

Siapakah gerangan wanita cantik manis persis aktres popular, Sherry Ibrahim ini?

Engku Sulwani atau mesra disapa sebagai Esul, bukanlah asing dalam kalangan pengguna media sosial khususnya Instagram.

Berusia 28 tahun, wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini sering menjadi pelaris kepada jenama busana Muslimah tempatan dan produk kecantikan. Aktif dalam bidang peragaan sejak 2011, Esul sudah menjayakan ribuan fotografi membabitkan ratusan jenama.

Kecintaan yang mendalam terhadap dunia peragaan menyebabkan bekas pelajar straight A’s ini sanggup melepaskan gelaran doktor perubatan yang pernah dicita-citakan suatu ketika dahulu.

Namun begitu, semangat untuk membantu komuniti masih tetap membara. Melalui Engku Sulwani Management (ESM), wanita berjiwa besar ini berhasrat memberi kehidupan yang lebih baik kepada wanita agar lebih menghargai ketidaksempurnaan diri mereka.

Selanjutnya, ikuti temu bual bersama Esul menerusi coretan NORHADIANI BAHAROM.

 

Hijab & Heels (H&H): Boleh kongsikan latar belakang pendidikan anda?

Esul: Saya merupakan bekas pelajar cemerlang sepanjang persekolahan dan memperoleh straight A’s bagi kesemua ujian besar seperti UPSR, PMR dan SPM, serta mendapat skoran 4.0 ketika belajar.

Memulakan kerjaya modeling sejak 2011 dan ketika itu merupakan pelajar Sarjana Muda Perubatan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Akan tetapi saya tidak meneruskan cita-cita sebagai doktor, sebaliknya memilih peragaan sebagai kerjaya utama saya.

H&H: Anda mungkin sudah bergelar doktor sekarang ini jika tidak memilih dunia peragaan, mengapa peragaan menjadi pilihan anda?

Esul: Peragaan merupakan minat utama saya dan keghairahan terhadap bidang peragaan cukup mendalam.

Saya masih ingat lagi ketika zaman belajar, pensyarah saya pernah bertanya “Esul, awak mekap cantik-cantik ni nak pergi mana?”, malah saya selalu ke kuliah berkasut tinggi.

Ketika belajar dulu suara hati saya selalu berkata-kata, “Esul, jiwa raga kamu bukan pada bidang perubatan kerana ada orang lain yang lebih layak”.

Saya turutkan kata hati. Dengan kesungguhan berserta minat mendalam, itulah permulaan di mana saya sekarang!

H&H: Tidak rasa menyesal dengan keputusan yang dibuat meninggalkan bidang perubatan?

Esul: Bagi saya kejayaan bergantung kepada diri seseorang. Kejayaan seorang doktor, peguam, model mahupun ahli perniagaan, jika kita buat dengan penuh minat dan dedikasi, kita tetap mendapat penghormatan daripada orang ramai.

Saya tidak menyesal, malah berbangga memilih jalan ini. Melalui dunia peragaan saya masih dapat menabur bakti kepada komuniti sebagaimana doktor membantu pesakit.

Memberi harapan baharu kepada mereka yang inginkan kehidupan yang lebih baik, yang mana ESM bersedia menghulurkan bantuan buat mereka.

H&H: Ceritakan penubuhan ESM, bagaimana misi dan visinya untuk membantu wanita?

Esul: ESM ditubuhkan atas dasar minat dan keinginan untuk membantu golongan wanita, peragawati hijab dan usahawan di Malaysia secara amnya.

Pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan, antaranya kelas motivasi untuk melatih wanita tampil lebih berkeyakinan termasuk perancangan untuk melatih lebih ramai lagi model hijab di Malaysia bagi melahirkan peragawati profesional, berdaya saing dan beridentiti.

Di samping itu , ESM bertindak sebagai agensi untuk mengetengahkan bakat peragawati hijab melalui suai padan kerjaya (job matchmaking), latihan dan menyediakan landasan bagi mereka untuk lebih dipercayai, diyakini dan dikenali dalam industri.

Agensi ini juga menyediakan perkhidmatan untuk membina kempen, iklan dan katalog bagi usahawan dalam pelbagai industri.

Pakej yang disediakan juga menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk membantu  usahawan dan jenama baharu yang memerlukan khidmat fotografi bagi produk jenama mereka. Usaha ini adalah untuk membantu usahawan tempatan memperkenalkan jenama mereka dengan strategi pengiklanan yang baik.

H&H: Apakah bentuk-bentuk latihan yang disediakan ESM?

Esul:  Menyedari akan perkembangan pesat industri halal di Malaysia terutamanya fesyen dan kosmetik, saya melihat potensi untuk melahirkan lebih ramai peragawati muslimah dan bertudung, supaya mereka dapat menjadikan bidang peragaan ini sebagai satu kerjaya profesional sekali gus membina reputasi yang baik dalam industri.

Penghujung Oktober lalu, julung kalinya ESM menganjurkan Kelas Peragaan Hijab (Hijab Modelling Class) bagi melatih pendatang baharu yang berpontensi termasuk mereka yang ingin meningkatkan keyakinan diri.

Apa yang mengejutkan, peserta pelbagai peringkat usia, latar belakang dan kerjaya menghadiri kelas kami. Mereka ini termasuklah arkitek, polis, usahawan, akauntan dan pramugari.

Selain topik mengenai cara bergambar dan penggayaan tudung, program itu mengajar wanita dari segala aspek penjagaan diri termasuk penjagaan kulit, keterampilan, tutur bahasa, meningkatkan keyakinan diri dan peranan wanita dalam mengangkat golongan wanita sendiri.

H&H: Melalui program yang dianjurkan, apakah kebimbangan utama wanita apabila bercakap mengenai keyakinan diri?

Esul: Tidak yakin pada keupayaan diri sendiri itulah yang menjadi musuh utama wanita. Contohnya menerusi Kelas Peragaan Hijab yang saya anjurkan baru-baru ini, ramai wanita berminat untuk menjadi model tetapi bimbang untuk bergambar.

Takut kalau-kalau postur badan tak cantik, nampak besar atau kurus sangat. Sebenarnya ada tip dan helah untuk mereka kelihatan cantik. Saya sendiri pun tidaklah tinggi, malah bentuk badan saya juga bukanlah kategori sempurna.

Dulu saya pernah memakai pendakap gigi, tetapi itu tidak menghalang saya untuk bekerja. Ini kerana saya menerima ketidaksempurnaan saya.

Melalui program ESM, saya tidak hanya menyasarkan seseorang yang cantik, sempurna tubuh badannya atau cukup ketinggian. Saya mahu semua wanita tidak kira apa juga bentuk fizikal mereka dan warna kulit, menyedari bahawa mereka istimewa.

Saya mahu menerima semuanya. Saya mahu wanita tahu kurus itu tidak semestinya cantik dan bersaiz comel tidak semestinya kurang menarik. Sebaliknya wanita yang menyayangi diri mereka dan berani mengekspresikan diri  sebenarnya wanita yang menawan.

H&H: Impak atau maklum balas positif yang anda terima daripada peserta program?

Esul: Ada beberapa pelajar saya yang mula mendapat tawaran modeling daripada jenama-jenama tempatan, namun kepuasan utama apabila pelajar saya tidak lagi terperangkap dalam zon selesa mereka.

Mereka keluar daripada kepompong dan tampil sebagai wanita yang lebih yakin dan menghargai diri. Seperkara yang wanita harus tahu, mereka perlu belajar menyayangi diri juga fizikal mereka.

Fikir secara positif, kerana tubuh mereka itulah mereka mampu berjalan, melakukan kerja, bertutur dan buat apa saja. Gunakan tubuh  yang berjasa itu untuk menunjukkan pada dunia bahawa anda seorang yang hebat.

Kalau tidak percaya cuba anda bergambar dengan penuh keyakinan, pasti hasilnya hebat!

H&H: Difahamkan anda sebelum ini mempunyai masalah performance anxiety, bagaimana anda mengatasinya?

Esul: Saya mengalami masalah gugup di atas pentas (performance anxiety) atau stage fright sejak zaman sekolah lagi. Saya mungkin boleh beraksi dengan baik ketika sesi fotografi, tetapi tidak berkomunikasi  di hadapan kamera.

Melihat peragawati yang mempunyai keupayaan bertutur, mereka kini menyerlah sebagai pengacara dan pelakon.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, saya mengambil inisiatif untuk keluar daripada zon selesa saya dengan mengikuti kelas pengucapan awam (public speaking).

Jujur saya katakan, walaupun cemerlang dalam pelajaran, saya tidak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Saya tidak yakin sehinggalah saya mengikuti kelas pengucapan awam sekitar tahun ini juga.

Alhamdulillah sekarang saya sudah berani bertemu dengan ahli perniagaan dan tokoh-tokoh ternama di dalam mahupun luar negara untuk merangka usaha sama pada peringkat antabangsa.

 

H&H: Selain aktif dalam dunia peragaan, khabarnya anda juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Tak kekok ke?

Esul: Seperti saya katakan, saya memang gugup kalau diminta melontarkan dialog. Tetapi kerana keinginan mencabar diri sekali gus mengatasi masalah performance anxiety, saya terima lamaran pengarah dan pelakon terkenal, Sabri Yunus, untuk memainkan watak utama dalam drama arahan Sabri Yunus iaitu Hassan Turbo yang sudah pun ditayangkan di TV3.

Ternyata kerjaya pelakon bukan mudah. Selain menuntut masa yang panjang di set penggambaran, dialog yang perlu diulang berkali-kali hanya untuk menyempurnakan satu babak, memerlukan fokus yang tinggi.

Pengalaman itu adalah satu perjalanan yang memenatkan tetapi mengujakan. Ianya lebih rumit berbanding pengalaman berlakon di dalam video muzik.

Jika diberikan peluang, tentu saja saya tidak keberatan mencubanya lagi. Saya yakin mampu melakukan dengan lebih baik!

H&H: Apakah perancangan ESM dalam masa terdekat ini?

Esul: Insya-Allah pada Disember ini, ESM akan menganjurkan satu bengkel untuk ibu tunggal di Johor Bahru. Peluang datang secara tiba-tiba. Saya percaya tenaga saya yang membuka peluang ini.

Sebenarnya saya sudah lama menyimpan impian untuk bergelar penceramah bagi saya menyampaikan mesej kepada wanita betapa mereka perlu menyayangi dan menghargai diri mereka.

Foto: Nizarhafiz Mustafa

Klik video di bawah untuk rakaman temu bual dan di sebalik tabir sesi fotografi bersama Engku Sulwani.

 

 

Penaja Lokasi:

Ramzastudio training I makeup photography

Alamat: B-1-3, Alam Avenue,

Jalan Serai Wangi G16/G,

Seksyen 16, Shah Alam.

Instagram: @ramzastudio

Penaja Busana: 

  1. Locka Kuala Lumpur

Instagram: @locka.my

  1. Larney

Instagram: @larneyofficial

Jurugambar

NIZARHAFIZ MUSTAFA

Instagram: @nizarhafizmustafa

Videografi

Muhammad Muctaar & INK Studio

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 8 May 2018

Nak Travel Tapi Takut Turbulence Ketika Menaiki Kapal Terbang? Ikuti Tip Ini Untuk Mengatasinya

Nak melancong ke luar negara akan rasa tak syok kalau anda ada fobia naik kapal terbang.

Featured Thu, 13 Oct 2022
Featured Wed, 31 May 2023

“Saya Takut Beranak, Tapi Buatnya Sed*p” – Kongsi Pengalaman Melahirkan 6 Orang Anak, Rebecca Nur Islam Pilih Proses Pembedahan

Alamak! Cerita dalam kain ni kalau diambil dari sudut positif maka banyak benda korang boleh belajar okay!

Featured Wed, 23 Nov 2022

Tak Kisah Jawatan Perdana Menteri Lambat Diumumkan, Aeril Zafrel Harap Keputusan Capai Kata Sepakat

Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel bersabar menanti pengumuman bakal Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Menurut Aeril, lebih baik keputusan yang akan dibuat mengambil lebih masa bagi mendapatkan kata sepakat semua pihak dalam menentukan keputusan yang […]

Featured Thu, 16 Dec 2021

Undang Sebak Netizen… Isteri Excited Sambut Suami Balik Kerja Dengan Kek Birthday, Tapi Tak Dilayan!

Berkahwin dan hidup bahagia selamanya adalah harapan setiap pasangan apabila ikatan suci sebagai suami isteri dilafazkan. Sudah tentu setiap daripada kita mengimpikan kehidupan bahagia tanpa adanya perselisihan faham yang boleh membawa kepada perceraian. Namun berbeza […]

Featured Wed, 14 Jun 2023
Featured Thu, 25 Nov 2021

Polis Siasat Insiden Lelaki Nyaris Digilis Lori Kontena Ketika Isi Angin Tayar Motosikal

Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian membabitkan seorang lelaki yang hampir digilis sebuah lori kontena di pekarangan sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman pada pagi Rabu. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner […]

Featured Mon, 12 Nov 2018

Ketahui Logo Halal Dari Seluruh Dunia Yang Diiktiraf Jakim

Teliti dahulu logo halal sebelum membeli!