Berita lebih mengujakan daripada sebuah kunjungan, Siti dan anaknya didatangi dengan kontrak jutaan ringgit oleh beberapa produk terkemuka yang ingin melamar mereka berdua. Rezeki sangat, penantian berbaloi buat Diva Pop negara itu selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa.

Difahamkan Siti dan Fatimah Az-Zahra menerima lebih daripada 3 tawaran menjadi duta kepada jenama penjagaan bayi selain produk slimming. Bagaimanapun jenama produk tidak dapat didedahkan selagi Siti tidak memberi kata putus, sama ada bersetuju mahupun tidak.

Yang penting bagi Siti ketika ini dia mahu menjalani proses berpantang dengan tenang dan lancar, melakukan yang terbaik untuk diri dan bayinya. 

Foto : Instagram

Menurut sumber terdekat penyanyi nombor satu negara itu, Siti begitu enjoy menjalani proses berpantang, bahkan amat teruja menguruskan sendiri bayinya. Semakin hari Siti nampak bertenaga dengan pengambilan multi vitamin selain makanan berpantang dijaga dengan baik oleh Natalis_berpantang_bersalin. 

Recap semula detik-detik indah Siti bergelar ibu, beliau melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 19 Mac lalu. 

Namun, terdahulu, Datuk K turut memaklumkan nama sebenar anaknya hanya akan diumumkan dalam tempoh seminggu sebagai mengikut Sunnah Nabi. Datuk Khalid juga turut memaklumkan bahawa panggilan Fatimah Az-Zahra hanyalah gelaran anaknya untuk tempoh seminggu sebelum nama sebenar diumumkan.

Ramai yang keliru sebenarnya kerana menyangkakan Fatimah itu adalah nama kekal. Itu hanya gelaran yang kami berikan kepada bayi kami sebelum mengumumkan nama yang sudah pun kami pilih,” katanya.

Foto : Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza