Acara By: Nani Ramlee September 2, 2019 @ 12:20pm

Tugas pelawak bukan mudah, siapa yang bakal diangkat Artis Komedi Popular ABPBH 32

Menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelawak bukan semudah yang disangka. Jika lawak atau komedi yang disampaikan tidak berjaya, ia mungkin akan membuatkan suasana menjadi hambar.

Justeru, tugas pelawak dalam menghiburkan orang lain wajar diberi penghargaan. Bagi mengiktiraf peranan serta populariti artis komedi, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) mengambil inisiatif memperkenalkan kategori Artis Komedi Popular pada 1992.

Pelawak serta pelakon, Jalil Hamid dan Wan Maimunah merupakan pemenang anugerah Artis Komedi Lelaki dan Wanita Popular pada edisi pertama penganjurannya. Bagaimanapun, pada ABPBH 29, penganjur buat pertama kalinya menggabungkan kedua-dua kategori tersebut menjadi satu.

Zizan Razak. Foto: NSTP/Nurul Shafina Jemenon.

ABPBH 30 dan ABPBH 31 menyaksikan pelawak Zizan Razak merangkul trofi Artis Komedi Popular berturut-turut. Ini merupakan kemenangan keempat Zizan bagi kategori tersebut sepanjang penganjuran ABPBH. Anak jati Dungun, Terengganu ini juga pernah memegang takhta Artis Komedi Popular pada edisi ABPBH 2010 dan 2012.

Selain Zizan, calon lain yang turut bersaing bagi kategori sama ialah Jep, Mark Adam, Sherry Alhadad dan Jihan Muse.

Merangkul trofi Artis Komedi Lelakai Popular di ABPBH 2013, populariti pelawak, penyampai radio, pengacara serta pelakon Jep tidak boleh dipandang enteng. Membina populariti menerusi kumpulan Sepahtu, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri bin Zainal Abidin pernah memenangi banyak anugerah antaranya juara Raja Lawak Musim 3, Maharaja Lawak serta Maharaja Lawak Mega 2013, Artis Lawak Lelaki Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2013, 2014 dan 2015 serta banyak lagi.

Jihan Muse. Foto: Faiz Anuar.

Pelakon, pengacara dan pelawak Jihan Muse juga tidak kurang hebatnya. Jihan pernah memenangi Artis Komedi Wanita Popular pada ABPBH 26. Pelawak berusia 36 tahun itu turut menyandang gelaran Pelakon Komedi TV Wanita Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2015 serta Selebriti Komedi Pilihan Online pada 2016.

Mark Adam. Foto: NSTP/Khairul Azhar Ahmad.

Memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada tahun 2012, Mark Adam turut memiliki bakat semula jadi sebagai pelawak. Pelantun lagu Pencuri dan Si Katak ini pernah menyertai program lawak muzikal, Juara Parodi dan lawak spontannya sentiasa mencuit hati peminat. Mark pernah memenangi kategori Selebriti Komedi Pilihan Online di Anugerah Pilihan Online 2016 dan dicalonkan dalam kategori Artis Komedi Popular dan Artis Versatil Popular pada ABPBH 2017.

Sherry Alhadad. Foto: NSTP/Khairul Azhar Ahmad.

Biarpun pelakon, pengacara serta pelawak Sherry Alhadad belum pernah berjaya memenangi sebarang anugerah, namun dia mempunyai bakat serta kelebihannya yang tersendiri. Memiliki rancangan bual bicaranya sendiri, The Sherry Show, gadis berusia 35 tahun itu juga mengacarakan program Muzik-Muzik, Perang Bibir, Rockanova dan banyak lagi.

Pemilik nama Shariffah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad itu turut diberi kepercayaan untuk menggalas tugas besar sebagai pengacara Drama Festival Kuala Lumpur 2014 dan Anugerah Juara Lagu ke-32. Pada ABPBH 2017, Sherry dicalonkan dalam kategori Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular dan Artis Komedi Popular.

Siapakah yang bakal menggondol trofi Artis Komedi Popular ABPBH 32? Adakah pemilik nama Mohd Razizan Abdul Razak bakal membuat kemenangan haterik pada ABPBH kali ini?

Jangan lupa untuk mengundi di laman sesawang www.abpbh.com.my (ABPBH 32) dan undian secara pukal boleh dilakukan menerusi DuitNow. Undian boleh dilakukan sehingga 15 September 2019. Malam kemuncak ABPBH 32 bakal berlangsung pada 22 September 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Mar 2019
familuv Wed, 29 Apr 2020

Ketahui 4 cara menyantuni ibu baru bersalin ketika PKP

Bertanya khabar adalah tindakan paling berkesan

Featured Mon, 3 Sep 2018

Jangan Tidur Dengan Gaya Ini Jika Tak Nak Nampak Lebih Tua

Gaya tidur pun boleh buatkan kulit muka anda berkedut!

familuv Mon, 18 May 2020
Featured Fri, 15 May 2020
Featured Sat, 9 Nov 2019

Dapatkan Kotak Bertuah Botaneco Garden, hanya pada 11 November sahaja!

Produk penjagaan diri yang sangat mengujakan menunggu anda!

Featured Mon, 9 Mar 2020

Cik Puan Sofie kesayangan rakyat Kelantan!

Sentiasa tampil manis, kelibatnya dinanti.

Featured Sat, 11 Jan 2020

Dulunya gaya rempit, kini beg silang jadi kegilaan ramai!

Ikat pada pinggang and ready to go!

Featured Fri, 20 Dec 2019

| Live TV