Featured By: Ad Ops July 25, 2018 @ 11:00am

Tumit Kaki Pecah & Merekah? Jom Guna Bahan Ini, Gerenti Licin!

Tumit kasar, pecah dan merekah memang akan mencacatkan penampilan kaki dan juga diri. Menurut pakar, punca tumit merekah dan kering disebabkan beberapa faktor antaranya kurang minum air, kaki sering terdedah kepada suhu sejuk, penggunaan sabun yang tidak sesuai,  amalan pemakanan tidak sihat, obesiti, kencing manis dan banyak lagi.

Foto: The Fit Indian

Meskipun ramai yang tidak memandang serius mengenai permasalahan ini, namun ia sebenarnya juga sama penting dengan merawat wajah. Kalau lambat dirawat, silap-silap menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit ketika berjalan serta menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri.

Berikut merupakan cara merawat tumit kaki pecah secara semula jadi yang boleh dilakukan sendiri di rumah.

1. Bawang putih + Limau nipis

Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapukan pada tumit kaki anda yang pecah. Amalkan selalu sehingga menampakkan hasilnya.

2. Bawang merah

Foto: Mother Nature Network

Bawang mengandungi komponen antibakteria yang juga boleh membantu memperbaiki sel kulit. Belah dua biji bawang merah dan gosokkan pada tumit kaki yang kering. Lakukan selalu sehingga kesan pecah dan rekahan semakin hilang.

3. Gambir + Minyak kelapa

Campurkan sedikit gambir dengan minyak kelapa. Gosokkan pada tumit selama beberapa minit sebelum dibilas bersih. Lakukan setiap hari hingga menampakkan hasilnya.

4. Asam keping

Foto: Tokopedia

Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam besen mandian yang berisi air suam. Rendamkan tumit kaki pecah tersebut selama setengah jam. Lakukan dengan kerap sehingga memperoleh tumit kaki yang halus dan cantik.

Cara lain, anda juga boleh masukkan asam keping bersama beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Kemudian rendamkan kaki anda selama 10 minit.

5. Belimbing buluh

Foto: WOM.my

Anda boleh juga menggunakan belimbing buluh. Caranya, lenyek kasar belimbing tersebut dan kemudian gosokkan pada tumit anda perlahan-lahan selama beberapa minit. Amalkan selalu dan hasilnya, masalah kulit pecah dan merekah pada tumit akan hilang. Ia juga membantu menghaluskan kulit pada bahagian tersebut.

6. Asam jawa + Garam

Foto: Jahe Jaya Kroya

Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendam kaki dalam air suam berisi garam (seelok-eloknya anda menggunakan garam bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki anda yang pecah menjadi licin.

7. Betik muda

Foto: Keluarga

Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan dua kali seminggu dengan konsisten sehingga mendapat hasil yang diinginkan.

8. Lemon + Garam

Foto: Yummy Ph

Lemon mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kulit, manakala garam pula boleh mencegah jangkitan pada luka atau kulit kaki yang merekah. Caranya, rendam kaki anda di dalam air suam yang di campur dengan perahan lemon dan garam. Boleh juga gantikan garam dengan baking soda.

9. Tepung beras + Madu

Foto: Qthee

Madu memiliki banyak kebaikan dan boleh berfungsi sebagai pelembab pada tumit kaki. Sementara itu, tekstur kasar daripada tepung beras pula membantu menghapus rekahan dan kulit kering. Gaulkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes dan skrubkan pada tumit anda dengan kerap. Boleh juga dijadikan air rendaman.

Selain itu, anda juga boleh merendam kaki anda dalam air suam selama 15 minit, sapu losyen atau krim khusus untuk penjagaan kaki serta geselkan pada rumput yang berembun pada awal pagi. Paling penting, jaga kebersihan serta kesihatan kaki, minum banyak air dan amalkan pemakanan yang sihat

Moga bermanfaat!

Sumber: WOM.my dan Her Inspirasi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Mar 2020
Featured Fri, 30 Dec 2022

Lucu! Bonda Rozita Terkejut Dapat ‘Gift’ Di TikTok – “Sudah… Jangan Bagi!”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda di laman Instagram yang memaparkan dia dan anak, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sedang membuat sesi live di aplikasi TikTok. Menerusi […]

Featured Wed, 19 Oct 2022

“Berkat Doa & Usahanya” – Oktovia Manrose Syukur Bapa Jadi Asbab Penghijrahan

Dunia ni bukan kehidupan abadi, tapi kehidupan bermula selepas kematian – Oktovia Manrose

Featured Fri, 28 Oct 2022

Merajuk Tak Dapat Lipstick, Celoteh Anak Izara Aishah Raih Perhatian

Tular sebuah video pelakon Izara Aishah bersama anaknya, Irisa Alaia yang pada awalnya ceria bertukar monyok hanya kerana tidak mendapat gincu. Memek muka Irisa yang mencebikkan mulut lalu menangis dalam video berdurasi 17 saat yang […]

Featured Wed, 25 Jan 2023
Featured Tue, 7 Aug 2018

Gelaran Puteri Muslimah Asia 2018, Dedikasi Cinta Uyaina Kepada Negara

Figura menerusi edisi perdananya bersempena bulan Kemerdekaan Negara yang ke-61, menampilkan gadis dengan nama yang cukup unik Uyaina Arshad, sebagai cover girl.

Featured Mon, 27 Nov 2023
Featured Fri, 19 Mar 2021
Gaya Hidup Fri, 16 Aug 2019

Pernah ditipu secara ‘online?’ Ini apa yang anda perlu buat & cara pencegahan

Tahap kesedaran warga Malaysia nampaknya masih rendah.