Featured By: Shaidah Shafie May 21, 2020 @ 12:03pm

Ubah ruang tamu kepada ruang kerja, hasilnya amat mengagumkan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9Jun 2020, namun ada sesetengah majikan sudah mengarahkan kakitangan kembali semula ke pejabat dan meneruskan tugas seperti biasa.

Bagi yang masih bekerja dari rumah, tentunya agak mencabar untuk bekerja di kediaman sendiri dalam tempoh yang lama, lebih-lebih lagi jika persekitaran di rumah tidak merangsang semangat bekerja.

Najah Athirah ubah ruang tamu rumah menjadi ruang kerja sepanjang PKP – gambar hiasan. Foto: Najah Athirah Asri.

Bagi Najah Athirah Mohd Asri, beliau pada mulanya berasa agak sukar untuk bekerja dari rumah kerana suasana di rumah tidak begitu sesuai dengan persekitaran tugasnya sebagai Juruaudit Dalaman di Tenaga Nasional Berhad.

Namun begitu, beliau mengatasinya dengan cara mengubah kediaman seperti suasana di pejabat.

“Saya mula terfikir untuk mengubah susun atur ruang tamu rumah teres dua tingkat yang didiami sejak tahun lalu. Kebetulan tuan rumah juga bersetuju dengan idea saya.

“Kami mengubah kedudukan perabot dan meletakkan meja kerja bagi menimbulkan mood bekerja,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Selain meja kerja, sofa juga menjadi ruang selesa bagi Najah untuk bekerja di rumah. Foto: Najah Athirah Asri.

Najah Athirah berkata, sebagai individu yang menggemari aktiviti lasak seperti mendaki gunung, beliau berasa agak terkurung apabila berada terlalu lama di rumah.

Namun begitu, beliau bernasib baik kerana berpeluang membentuk ruang kerja yang diinginkan sekali gus membolehkan beliau mewujudkan persekitaran yang sangat kondusif.

Selain meletakkan meja kerja seperti di pejabat, beliau juga memastikan ruang tamu di rumah ada kawasan seperti surau, gimnasium, perpustakaan dan kafe bagi memberi kelainan sewaktu bekerja.

“Saya membuat perubahan pada ruang dengan meletakkan alat senaman (treadmill), penimbang dan juga dumbbell dengan tujuan selepas habis waktu kerja, saya boleh terus melakukan senaman seolah-olah seperti ke gimnasium.

“Sejadah saya letakkan di hadapan rak buku bagi memberi gambaran kawasan berkenaan adalah surau dan ada set binaan air terjun kecil bagi menghidupkan suasana segar seperti taman. Meskipun ruang agak terhad, saya dan pemilik rumah berjaya mengubah suasana dan kami suka bekerja dalam susun atur begini,” katanya yang turut membela ikan laga dan memperuntukkan sedikit masa untuk bermain keyboard selepas habis waktu kerja.

Pilihan pelbagai buku menjadikan ruang kerja lebih hidup dan kondusif. Foto: Najah Athirah Asri.

Anda juga boleh melakukan pengubahsuaian sama di rumah, alih sedikit kedudukan sofa dan letakkan meja kerja serta hias dengan beberapa peralatan yang digemari, pasti semangat bekerja muncul seperti biasa.

Bukan tidak boleh bekerja dari rumah, gunakan daya kreativiti untuk wujudkan kelainan, siapa tidak mahu bekerja di rumah andai ada bunyi air mengalir dan kemudahan seperti perpustakaan juga tersedia di depan mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Dec 2022

Suka Lihat ‘Sisterhood’ Rozyana Roslan & Kieda Amy, Netizen Doakan Persahabatan Mereka Berkekalan

Pasti ada yang mengenali pempengaruh dan usahawan Rozyana Roslan atau lebih dikenali sebagai Rozy yang sering memuat naik pelbagai video solekan sehingga berjaya menarik perhatian ramai. Baru-baru ini, Rozy selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah […]

Featured Sun, 11 Jun 2023

Disney In Concert: Live Your Dream Bakal Diadakan Di Genting Highlands!

Wahh Disney In Concert akan datang lagi Julai ni! 😍

Featured Sat, 12 Nov 2022

Iron Baju Umrah Ibu, Aksi Anak Wan Maimunah Undang Sebak Warganet

Pelakon terkenal Malaysia , Wan Maimunah yang akan mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi telah meraih perhatian warganet di media sosial. @aidahshermerican Semoga dipermudahkan urusan Ibu Dunia Akhirat… Salam rindu kami buat Rasulullah SAW. #wanmaimunah […]

Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Thu, 23 Jun 2022