Eat Travel By: tex_admin December 12, 2018 @ 8:00pm

Universal & Six Flags Mungkin Akan Ambil Alih Projek Terbengkalai Taman Tema Genting Highland

Semua daripada kita sudah sedia maklum tentang isu pembatalan taman tema jenama Fox di Genting Highland yang pastinya mengecewakan rakyat Malaysia. Yela,  sudah lama menunggu pembukaan taman tema ikonik ini, tiba-tiba dengar berita dibatalkan. Punah harapan!

Tapi, baru-baru ini terdapat khabar angin menyatakan dua syarikat akan mengambil alih projek yang terbengkalai disebabkan 20th Century Fox.

Dikhabarkan, Universal dan Six Flags akan menyambung projek terbengkalai tersebut. Namun, perkara ini belum diketahui kebenarannya lagi. Sekiranya pihak Universal mengambil, ianya bukan sesuatu yang mengejutkan. 

Foto: Sini

Kalau anda nak tahu, Universal Studios Singapore dimiliki dan dikendalikan oleh Genting. Malah, sekiranya Genting mahu bekerjasama dengan Six Flags, ia juga mungkin bukan satu perkara yang mengejutkan kerana Six Flags memang ‘pakar’ membawa masuk permainan yang laju dan mencabar ke Malaysia. Six Flags merupakan syarikat taman tema dari Amerika Syarikat dan merupakan syarikat taman tema terbesar di dunia.

Harapnya berita ini benar akan berlaku dan projek taman tema Genting dapat diteruskan sebab ianya amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. 

Sumber: The Vocket

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 22 Jan 2020
Eat Travel Fri, 21 Dec 2018

Nikmati BBQ Buffet Dinner Dengan Suasana Penuh Kemewahan Di Hotel Perdana Kota Bharu

Makan sampai puas dengan satu harga yang sangat berpatutan!

Featured Sat, 11 Dec 2021
Eat Travel Thu, 10 Jan 2019

Resipi tart telur ala Hong Kong

Makan satu saja memang takkan cukup!

Featured Wed, 7 Feb 2024
Eat Travel Tue, 7 Aug 2018

11 Perkara Yang Anda Perlu Buat Sebelum Anda Pergi Bercuti

Kena buat supaya perjalanan anda lancar dan tidak bermasalah.