Featured By: Fadzlena Jafar April 15, 2020 @ 5:28pm

UPSR dan PT3 dibatalkan, SPM, SVM dan STAM ditunda ke suku pertama 2021

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan, manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ditunda kepada suku pertama 2021.

Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), tarikh peperiksaan Semester 2 diubah kepada Ogos 2020, manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin. (Gambar NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN)

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kaedah baharu bagi menilai tahap penguasaan calon UPSR dan PT3 termasuk untuk pemilihan kemasukan ke sekolah khas.

“Pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.

“Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu pada prestasi akademik semata-mata,” katanya pada sidang media, hari ini.

UPSR dan PT3 bagi tahun 2020 dibatalkan dan kaedah penilaian baharu bakal diperkenalkan.

Bagi calon PT3, kaedah baharu yang diperkenalkan itu akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti SBP, kolej vokasional dan sekolah teknik.

Menyedari bahawa penundaan tarikh peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM akan memberi kesan pada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi, KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga bersetuju untuk menangguhkan tarikh kemasukan baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat diploma sehingga Julai atau Ogos 202, manakala program ijazah pada September atau Oktober 2021.

Peperiksaan SPM, SVP dan STAM ditunda kepada suku pertama 2021. (Gambar hiasan/NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.

Dr Mohd Radzi berkata, sesi persekolahan hanya akan dibuka berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dibendung sepenuhnya.

“Keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan ini hanya akan dibuat apabila kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih dan KPM akan mengumumkan tarikh pembukaan sekolah sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka.

“Pada peringkat ini, pembukaan sekolah hanya melibatkan kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM, STAM dan peperiksaan antarabangsa yang setara,” katanya.

Bagaimanapun, KKM akan menyediakan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca-PKP bagi memastikan semua aspek keselamatan, kebersihan, dan pengawalan penularan jangkitan termasuk amalan penjarakan sosial akan diberi keutamaan apabila sesi persekolahan dibuka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022
Featured Wed, 11 Aug 2021

“Akak Nak Adik Sampaikan COVID-19 Is Real, Tolonglah Dapatkan Vaksin..”- Nasihat Jururawat Buka Mata Shuib

Setelah pemergian isteri tercinta akibat virus COVID-19 , pelawak dan pelakon terkenal Shuib Sepahtu menyeru orang ramai agar membuka mata dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan segera mendapatkan vaksin. Menurut Shuib lagi, pada mulanya dia tidak […]

Featured Thu, 8 Jul 2021

MKN Diharap Terus Tutup Ekonomi, Industri Non Essential Lepas Tamat PKPD

Majlis Keselamatan Negara (MKN) diharap terus menutup sektor ekonomi dan industri yang telah ditetapkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tamat di banyak daerah di negeri Selangor. Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari perkara […]

Featured Mon, 22 Aug 2022
Featured Wed, 7 Aug 2019

1,500 pasangan dedah rahsia kebahagian jangka panjang mereka – ia bukan komunikasi

Inginkan hubungan yang tahan lama? Jom ketahui rahsianya.

Featured Mon, 16 Jan 2023
Gaya Hidup Thu, 11 Oct 2018

Kalau Pilot Jatuh Sakit Ketika Di Udara, Jangan Panik Relaks-Relaks Sudah!

Standard SOP syarikat penerbangan akan menyediakan dua juruterbang dalam sesebuah pesawat sebagai langkah berjaga-jaga.