Eat Travel By: Yanie Baharom April 13, 2020 @ 12:00pm

Usah tua sebelum usia, ini 6 jenis makanan pulih kecerdasan minda wanita

Kenapa perlu mendera diri kelihatan tua, sakit dan lemah otak (lembab), apabila kita punya pilihan untuk tampak cantik, sihat, muda, lentik dan minda cerdas?

Sekiranya wanita mendambakan semua kualiti yang disebutkan, amalkan pengambilan makanan superfood setiap hari.

Apa itu superfood? Superfood adalah makanan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin, mineral, antioksidan dan enzim-enzim sihat.

Khasiat luar biasa terdapat di dalamnya, maka terhasil istilah super menjadikannya dikenali sebagai superfood. Jenis makanan ini juga meningkatkan sistem kekebalan tubuh sekali gus berupaya melawan bakteria berjangkit.

Dr Rizal Abu Bakar, mencadangkan jenis-jenis makanan ini untuk diamalkan wanita agar terlihat cantik, sihat dan cerdas secara luaran mahupun dalaman.

Foto: YouTube

Hal ini kerana wanita, adalah makhluk Tuhan yang mudah mengalami tekanan. Bahkan pengorbanan wanita melahirkan zuriat antara sebab mengapa wanita cepat tampak tua dan mudah lupa.

Jenis-jenis makanan dengan khasiat luar biasa (superfood) yang baik untuk wanita.

1. Greek Yogurt/Dadih Greek

Kaya dengan probiotik, ianya baik untuk otak dan usus. Selain mengurangkan risiko kanser payudara.

Dadih Greek ini mengandungi 448mg kalsium, bermakna kuantiti kalsium lebih banyak daripada susu.

2. Lemak ikan

Wanita harus memperbanyak pengambilan ikan seperti sardin dan makerel.

Jika berkemampuan, boleh masukkan ikan salmon dalam senarai anda.

Pengambilan lemak tiga jenis ikan ini dapat menghindarkan wanita daripada penyakit jantung, strok, lupus, artritis dan nyanyuk.

3. Kekacang

Foto: AG Canada

Kacang dal, kacang kuda, kacang merah dan hitam termasuk dalam jenis makanan ’superfood’.

Isaflavone dalam kekacang ini mampu menstabilkan hormon.

Ia juga membantu kelancaran ketika wanita datang haid, perimenopaus dan menopaus.

Kebaikan kacang kuda misalnya, mengandungi khasiat seperti estrogen tumbuhan, kalsium dan zat besi. Selain itu, kacang kuda juga mengandungi kanji yang sukar dicerna (resistant starch) yang dapat membantu pembakaran lemak secara semula jadi.

4. Avokado

Sejenis buah-buahan yang cukup enak dibuat jus, salad dan rampai dalam masakan Barat. Avokado kaya dengan folat, magnesium, kalium (potassium), protein, vitamin B6, E dan K. Avokado mengandungi lemak sihat dengan lebih daripada 20 kebaikan.

5. Sayuran berdaun hijau

Foto: Organic Facts

Sangat baik diamalkan ibu hamil kerana kaya vitamin K,C,E dan B serta tinggi kandungan antioksidan.

6. Beri

Foto: Tinycards

Tidak kisahlah sama ada beri biru, beri hitam atau strawberi, semua jenis beri ini kaya dengan antosianin atau antioksidan kuat.

Antosianin adalah pigmen tumbuhan yang merangsang kesuburan sel baik dan minda.

Segala informasi telah dikongsikan, tugas wanita hanyalah mengamalkan saja jenis makanan yang disebutkan.

Otak kita tanggungjawab kita!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Apr 2022
Eat Travel Thu, 28 May 2020
Featured Wed, 30 Nov 2022

“Lawa Gila!” – Netizen Puji Rupa Paras Qadejah Anak Aliff Syukri

Anak perempuan kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra yang semakin menginjak dewasa berjaya mencuri perhatian ramai dengan kecantikan semula jadi. Terbaharu, tular sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Qadejah di laman TikTok memaparkan […]

Featured Wed, 16 Nov 2022

“Sayang, Itu Anak You Ke Anak Bergson?” – Gelagat Putera Sulung Eyra Hazali & Pemain JDT Curi Tumpuan

Anak pertama kepada pelakon Eyra Hazali, Hayder Qhalish sering mencuri tumpuan netizen kerana kecomelannya. Kali ini, Hayder mencairkan hati ramai dengan gelagat mesranya bersama pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Gustavo Silveira da Silva. Menerusi […]