Featured By: tex_admin May 11, 2018 @ 2:00pm

Wahai Para Ibu, Jangan Pernah Rasa Bersalah Lakukan 6 Perkara Ini

  • Apabila diberi mandat untuk bergelar ibu, adakah anda pernah berasa bersalah apabila anda lakukan sesuatu untuk anak anda?

Penulis rasa, mungkin ada sesetengah dalam kalangan para ibu yang melahirkan rasa bersalah dengan semua benda dan juga takut dengan tanggapan orang luar yang sentiasa menghakimi dan mempertikaikan apa yang kita lakukan terhadap anak kita.

Mungkin anda tak perasan tentang rasa bersalah ini, penulis faham menjadi seorang ibu kita lakukan sesuatu perkara adalah demi kebaikan anak-anak. Tapi ketahuilah 5 perkara ini yang tidak perlu rasa bersalah untuk lakukan kepada anak anda.

1. Rasa bersalah beri anak menonton televisyen

Foto: Huffpost

Pasti ada dalam kalangan anda yang rasa bersalah kerana memberi anak menonton televisyen kan? Takut akan merosakkan minda mereka betul tak? Sebenarnya, tidak salah sekiranya anak menonton televisyen, yang penting anda harus memilih rancangan yang sesuai dan berilmiah untuk ditonton oleh mereka.

2. Rasa bersalah ambil epidural

Foto: Thedinscinstitute.com

Semua wanita tahu bahawa bersalin itu adalah sakit dan epidural adalah penyelesaian untuk sakit tersebut. Tapi mungkin ada dalam kalangan anda yang rasa bersalah untuk mengambil epidural ini. Tak perlu rasa bersalah sebenarnya, mengambil epidural bukan bermakna anda lemah. Itu adalah hak anda, kesakitan anda sendiri yang rasai jadi anda berhak membuat keputusan untuk diri anda!

3. Rasa bersalah beli makanan bayi di pasaraya

Foto: Theasianparent

Mungkin ada dalam kalangan anda yang menyiapkan makanan bayi atas kerelaan. Tapi ada juga para ibu yang terpaksa melakukan sebab takut atau malu dengan cakap-cakap orang sekeliling. Ketahuilah bahawa zaman serba moden ini , makanan bayi sudah tersedia di pasaraya yang cukup memudahkan anda. Tidak salah rasanya untuk anda membeli makanan bayi untuk anak anda asalkan ia mengandungi nutrisi yang baik.

4. Rasa bersalah beri susu formula pada anak

Foto: Today

Menyusukan bayi menggunakan susu ibu yang sepenuhnya adalah sesuatu perkara yang sangat bagus dan baik untk bayi. Tetapi ketahuilah, tidak semua para ibu mempunyai peluang ini! Penyelesaiannya adalah memberi susu formula kepada bayi. Susu formula juga mempunyai  nutrisi yang cukup untuk tumbesaran bayi anda. Jadi, tidak perlu rasa bersalah untuk membuat apa-apa pilihan untuk susukan anak.

5. Rasa bersalah bila anak merengek di tempat awam

Foto: Unilad

Sebenarnya, kita tidak boleh menjangka mood anak kita. Mereka boleh meltdown pada bila-bila masa sahaja. Ketahuilah, setiap ibu bapa akan menghadapi maalah yang sama. Jadi, anda tidak perlu berasa bersalah ataupun malu jika anak anda merengek dan buat perangai di tempat awam. Biasnya, orang yang judge bila anak merengek di tempat awam adalah mereka yang belum mempunyai anak. Abaikan sahaja mereka itu!

Kesimpulannya, sebagai ibu anda tahu apa yang terbaik untuk anak-anak anda. Tidak perlu rasa bersalah sekiranya apa yang anda lakukan itu adalah yang terbaik untuk anak anda.

Selamat Hari Ibu kepada seluruh wanita kuat, tabah dan cekal di luar sana! Terima kasih atas segala pengorbananmu.

Sumber: TheAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 1 Apr 2022
Featured Thu, 8 Sep 2022

Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau Kritikal Akibat Paru-paru Berair

Allahuakbar 😢 Sedihnya tengok 😔 Semoga Allah permudah segala urusan beliau 💕

Featured Tue, 20 Jun 2023
Featured Fri, 11 Nov 2022

“Six Seratus Sudah Sayang!” – Gelagat Maryam Tersasul Buat Netizen Ketawa

Sudah pasti ramai yang mengenali pasangan suami isteri Maryam Younarae dan suaminya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim yang sering kali mencuit hati peminat dengan telatah comel mereka. Terbaharu, rakaman siaran langsung pasangan itu telah dimuat […]

Eat Travel Fri, 21 Dec 2018

3 Menu Si Manja Berasaskan Avocado Yang Penuh Berkhasiat

Avokado mengandungi serat makanan yang baik untuk kesihatan usus.

Featured Mon, 4 Nov 2019

Produk kecantikan perlu disimpan di dalam peti sejuk?

Semakin ramai pengguna memilih untuk menyimpan produk kecantikan dan kosmetik mereka di dalam peti sejuk.  Ia kini menjadi gaya hidup, terutamanya bagi mereka yang bersolek setiap hari dan rutin mereka melibatkan lebih daripada 10 langkah. […]

Featured Tue, 11 Jul 2023
Featured Tue, 23 Aug 2022

Balik Kampung ‘Boyfriend’ Di Amerika Syarikat, Mimi Fly Dapat Jolokan Rihanna Malaysia

Betul sebijik Rihanna baju color orange tu kan? 🔥🔥🔥

Featured Wed, 1 Feb 2023