familuv By: tex_admin September 2, 2018 @ 12:00pm

Wajib Atau Tidak Pakai Stokin Ketika Berpantang? Doktor Ini Ada Jawapannya

Bagi anda yang pernah berpantang selepas melahirkan bayi, pasti akan menyarungkan stokin di kaki. Mungkin juga, anda akan dengar bebelan ibu anda yang menegur untuk memakai stokin setiap masa dan ketika sepanjang tempoh berpantang.

Katanya, ‘angin’ boleh masuk ke dalam badan melalui kaki yang tak berstokin. Tapi, betul ke? Sejauh manakah kebenarannya? 

Menurut Dr. Muhammad Eizat, tidak menjadi masalah sekiranya ibu yang berpantang memakai stokin, tapi perlulah sentiasa berhati-hati, kadang-kadang stokin ini licin tak pasal-pasal anda terjatuh pula. Bukan itu saja, memakai stokin untuk elakkan kedinginan malam juga tidak menjadi masalah.

Tapi, ‘angin’ masuk melalui kaki ibu berpantang yang tak pakai stokin itu sebenarnya tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan tersebut. 

Sebenarnya, tak salah kalau anda nak memakai stokin ketika berpantang, lagi bagus jika anda guna T.E.D stokin (anti-embolism stockings) atau compression stokin adalah lebih bagus daripada stokin biasa. 

Foto: Cardinal Health

Kalau anda nak tahu, T.E.D stokin ini agak ketat dan betul-betul mengikut bentuk kaki serta akan cover tapak kaki sehingga ke betis dan ada yang sampai ke peha. 

Stokin yang ketat ini akan membantu proses pengaliran darah pada kaki menjadi lebih lancar sekaligus membantu mencegah pembentukan darah beku pada kaki anda. 

Tapi ingat ya, pemakaian T.E.D stokin ini untuk cegah darah beku pada kaki bukan untuk cegah ‘angin’ dari masuk ke dalam badan!

Sumber: Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 28 Feb 2019
Acara Sun, 13 Nov 2022
Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Terhibur Ustaz Azhar Idrus Ajar Seorang Wanita Cara Nak ‘Wefie’

Memang kelako ustaz ni.. Dengar cerita dulu UAI photographer yeke?

Featured Thu, 26 Aug 2021

Isteri Pelakon Badrol Shah Meninggal Dunia Selepas Ditidurkan Akibat COVID-19

Pelakon Badrol Shah atau Bad, 39, reda dengan pemergian isterinya, Farah Sheila Mazlan selepas 45 hari bertarung dengan COVID-19. Bad mengumumkan berita duka itu menerusi hantaran di laman Instagramnya. “Kali pertama masa pihak hospital membuat […]

Featured Sun, 5 Apr 2020

Selain memasak, ini satu lagi bakat terpendam Raja Permaisuri Agong

Untungnya Agong miliki isteri yang serba boleh

error: Content is protected !!