Featured By: Ad Ops October 7, 2018 @ 9:00am

Walaupun Sakit Menyerang Bertubi-Tubi, Pesakit-Pesakit Kanser Ini Tekad Teruskan Hidup

Bukan semua pesakit kanser payudara berpeluang untuk menumpaskan penyakit tersebut dan tampil sihat 100%.

Dua orang wanita, Hiba Abd Rahman, 28, dan Wan Musfirah Aimi Wan Supian, 34, dikira bernasib baik kerana berjaya mengesan penyakit itu ketika di tahap awal.

Setelah melalui proses kemoterapi dan mastektomi (pembedahan untuk membuang payudara), mereka sangka tamatlah penderitaan mereka. Malangnya perjuangan mereka belum lagi selesai.

Aimi diberitahu oleh doktornya yang lebihan sel-sel kansernya telah merebak ke tulang dan paru-paru. Dia kini berada di Stage 4, tahap kanser yang paling kritikal.

Rawatan radioterapi yang dilaluinya mengeruhkan lagi keadaan apabila ia menyebabkan dia mengalami menopause pada usia 33 tahun.

Bagi Hiba pula, setelah mengakhiri sesi kemoterapinya, doktor mendapati bahawa protein HER2 (yang menggalakkan pertumbuhan sel kanser) di dalam kanser payudaranya bersifat agresif. Dia perlu melalui rawatan tambahan untuk betul-betul pulih.

Bukan itu saja, Hiba berkata setiap kali dia habiskan sesuatu rawatan, penyakit lain pula menimpanya. Salah satu daripadanya adalah ovarian cyst yang dia terpaksa bedah dan buang sebanyak 3 kali.

Nampaknya tuah tak menyebelahi mereka dan pengalaman menghidap kanser pada usia muda dan tua adalah berbeza. Jadi bagaimana wanita-wanita muda ini teruskan hidup?

Sempena bulan ini adalah ‘Pinktober’, iaitu Bulan Kesedaran Kanser Payudara, jenama pakaian dalam wanita terkemuka Wacoal Malaysia ingin highlight kisah perjuangan mereka untuk kita ambil sebagai pedoman.

Garis masa perjuangan Hiba

Foto: NSTP/Rosela Ismail

Ketika berusia 25 tahun, dia mendapati puting payudara kirinya berdarah. Dia disahkan menghidap kanser payudara Stage 2 pada Februari 2015.

Sebelum itu, ada ketulan di dalam payudaranya tapi doktornya terlepas pandang selama 4 tahun.

Dia melalui 6 kitaran sesi kemoterapi dan rambutnya mula gugur. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mencukur kepalanya.

“Rasa seperti kehilangan sebahagian daripada diri kita sendiri, tapi bila saya berjumpa dengan ibu, dia memeluk saya dan berkata ‘cantiknya anak ibu’,” Hiba mengingati semula. “Dia selalu tunjukkan yang dia tabah, tapi pada waktu itu saya nampak yang dia hampir menangis.”

Setelah berjaya menjalani pembedahan mastektomi, dia disahkan HER2-positive dan diminta menjalani lebih banyak rawatan.

Hiba berasa sangat terkilan kerana hidupnya sudah tergendala sebegitu lama. Namun begitu, dia mula menerima rawatan Herceptin pada November 2015.

Disebabkan oleh ubat yang diambil untuk menahan hormon estrogennya, ovarian cyst kerap terbentuk. Selain itu, kakinya pernah terseliuh, dan kini ada pula sebuah cyst berdekatan dengan tulang pipinya disebabkan oleh sinus.

Garis masa perjuangan Aimi

Foto: NSTP/Aziah Azmee

Pada November 2014, Aimi rasa ketegangan urat di ketiak. Doktor kata ia mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman ketika mencukur.

Hujung tahun itu, kesakitannya berterusan. Doktor akhirnya melakukan pelbagai ujian termasuklah biopsi. Aimi disahkan menghidap kanser Stage 2 pada Januari 2015 ketika berumur 30 tahun.

“Saya dah dapat agak tapi pada mulanya suami saya enggan percaya. Apabila mendapat diagnosis, dia yang menangis lebih kuat,” kata Aimi yang akhirnya menjalani pembedahan mastektomi pada Jun 2015 selepas melalui sesi kemoterapi.

Menyangka yang dia telah berjaya menutup satu jilid dalam hidupnya, Aimi menerima berita buruk apabila suaminya dibuang kerja dalam tempoh 24 jam pada Jun tahun lepas.

“Bila sakit, tak pernah rasa sedih atau tertekan, tapi bila orang buat begitu kepada suami, saya tak boleh terima,” kata Aimi sambil menitiskan air mata.

Situasi mereka bertambah buruk sebulan selepas itu apabila Aimi diberitahu kansernya telah merebak dan dia kini berada di Stage 4. Tiga bulan selepas itu pula, dia melalui menopause.

Liku-liku kehidupan

Bila seseorang wanita menopause pada usia muda, kandungan hormon dalam badannya masih aktif.  

Itulah sebabnya Aimi selalu terlebih emosi hingga dia tak ingin berjumpa dengan orang lain. “Orang lain salah sikit pun saya melenting. Kadang-kadang anak saya pun jadi mangsa.”

Menurut Aimi, pesakit kanser Stage 4 yang muda hanya tinggal dia seorang. Dia tak pernah menyoal kenapa dia diberi dugaan hidup sebegini. “Tuhan boleh memberi dan menarik balik kesusahan. Saya terima saja kenyataan.”

Aimi juga rasa bersalah kepada anak bongsunya yang baru berusia setahun lebih apabila Aimi menghidap kanser.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

After almost 1 month Hospital Break and now IM BACK.. dont worry, im all fine despite my naked face malas make up and kening-less muka mcm alien ni.. . Alhamdulillah today.. just my normal blood check & injection for my CT Scan tomorrow.. i is sooo nervous! . Nasib baik ada my bff teman arini.. @nikhadiffdani cakap mummy dhlama xbwk adik pergi hospital kan.. yela buat Chemo 5 mths aritu kids not allowed.. now dh habis chemo baru bole bwk adik! . When i think back again, its because of him i become stronger.. dia xpernah takut tgk wyre cocok kt mummy sana sini, jarum ubat inject sana sini.. dia relax je so mummy pun kena kuatlah kan ? . #prayforaimi #1monthbreak #imback #checkup #followup #cancerstory #hadiffandmummy #keepcalm #bestrong #pinkwarrior #bismillah #beginsnow #breastcancericon #pinkribbonidol #alhamdulillah #pinkbluemove #saythanks

A post shared by Pink Luxe Lady (@pinkluxelady) on

“Saya kecewa kerana dengan keadaan saya macam ini, dia tak berpeluang membesar seperti dua orang abangnya. Sebab itulah saya cuba luangkan sebanyak masa yang ada dengan mereka.

Hiba pula kerap menangis kerana disebabkan penyakit ini, keupayaannya terbantut. “Saya rasa kecewa apabila melihat orang lain maju dalam kerjaya mereka. Saya pula tak berkesempatan.”

Nasib baik dia menjumpai majikan di National Cancer Society Malaysia (NCSM) yang memahami situasinya. Bila dia rasa tak sihat, dia diberi izin untuk kerja dari rumah.

Sokongan orang tersayang

Aimi dan Hiba terhutang budi kepada suami masing-masing yang berada di samping mereka selama ini.

Hiba berkata suaminya tetap setia walaupun mereka baru berdating selama dua bulan ketika Hiba disahkan menghidap kanser.

“Setiap hari dia akan berjumpa saya untuk bertanya khabar. Dia siap tubuhkan sebuah group chat untuk memberi update tentang kesihatan saya kepada kawan-kawan.

“Dan sebaik saja sesi kemoterapi saya berakhir, dia ajak kahwin,” kata Hiba sambil tersenyum.

Sama juga seperti suami Hiba, suami Aimi serta 3 orang anak mereka banyak memberi sokongan moral dan membantu melakukan kerja rumah.

Mereka baru saja membuka gerai makanan bulan lalu sebagai usaha untuk membina balik momentum dalam mencari sumber rezeki.

Foto: NSTP/Muhammad Motta

Sumber inspirasi

Ketika mereka melalui rawatan kanser, Hiba dan Aimi mengalami kesukaran dalam mencari pesakit-pesakit lain yang sebaya.

Mungkin sebab itulah mereka rasa lebih bersemangat untuk berkongsi kisah perjuangan mereka kepada orang ramai.

Dari segi tip untuk mengharungi hari-hari sukar sebagai pesakit kanser, Hiba berkata seseorang itu harus belajar untuk menyayangi diri sendiri.

“Mereka akan berubah dari segi kebolehan dan rupa. Ramai yang tak dapat terima kenyataan. Mereka patut terima saja ‘versi’ diri mereka yang baru.”

Jika anda merasa down atau lemah, jangan paksa diri untuk merasa ceria dan jangan pendamkan perasaan.

“Penerimaan terhadap emosi anda adalah langkah pertama ke arah pemulihan.”

Perjuangan Hiba dan Aimi ini juga telah mengajar mereka supaya lebih menghargai masa dan peluang yang ada.

“Baru saya sedar yang ada banyak lagi perkara yang saya tak sempat lagi buat,” kata Hiba.

Dan sebab inilah Aimi berazam untuk luangkan masa dengan keluarganya sebanyak mungkin.

“Semua parti hari jadi mesti perfect kerana ia mungkin parti terakhir saya dengan mereka. Saya nak wujudkan memori indah sekiranya saya pergi dulu.”

BONUS!

Dapatkan bra khas untuk pesakit kanser

Bagi pesakit yang telah menjalani mastektomi, Wacoal kini menawarkan rangkaian coli Remamma serta silikon prostesis yang direka khas untuk menjanjikan keselesaan kepada pemakai.

Bra tersebut menawarkan sokongan manakala silikon ini dihasilkan dalam pelbagai dimensi dan berat untuk memberikan fit terbaik seolah-olah anda masih mempunyai payudara asal.

Foto: NSTP/Muhammad Motta/Rosela Ismail

“Saya ada bra mastektomi yang lain tapi mereka tak selesa langsung. Prostesis yang saya pakai sebelum ini pun lama-lama akan rasa berat,” komen Hiba.

“Setelah mencuba Remamma bra, rasa lega sangat kerana ia memang perfect dari segi pemakaian. Prostesisnya juga memberi sokongan penuh.”

Jika anda tak menggunakan prostesis yang betul, nanti anda akan mengalami masalah tulang belakang dan bahu serta gangguan keseimbangan!

“Betul, kalau tak pakai, lama-lama nanti leher, bahu dan bahagian belakang anda akan rasa lenguh. Walaupun kebanyakan bra mastektomi tak begitu cantik, pemakai patut lebih pentingkan fungsi daripada rupa,” tambah Hiba.

Bercakap mengenai rupa, pelanggan Wacoal tak perlu risau kerana bra mastektominya semuanya cantik-cantik!

Foto: Wacoal

Jika berminat untuk membeli, anda perlu membuat tempahan dan fitting di pejabat Wacoal di Plaza Hamodal, Tingkat 5, Lot 15, Jalan 13/2 (Section 13), 46200 Petaling Jaya. Hubungi 03-7960 8308 untuk membuat temu janji.

Jom periksa sendiri!

Tak payah buat appointment dengan doktor untuk ketahui sama ada anda bebas daripada kanser payudara atau tidak. Anda sendiri boleh check! Ikut saja cara-cara yang ditunjukkan di bawah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jan 2023

Bapa Syamel Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Ernie Zakri Mohon Doa

Mari kita sama-sama doakan kesembuhan buat bapa Syamel dan bapa mentua, Ernie Zakri ❤️ Semoga dipermudah segala urusan mereka

Featured Wed, 24 Aug 2022
Eat Travel Thu, 16 Apr 2020

Mahu cari hasil laut segar, murah? Ini lubuknya!

Syurga penggemar makanan laut

Featured Wed, 15 Apr 2020

Pelakon Avengers bantu BeautyUnited sumbang dana perangi COVID-19

Pengasas jenama kecantikan AS bersatu taja PPE

Featured Wed, 10 May 2023

‘Survey’ Resort Mewah Di Langkawi, Janna Nick & Dini Bakal Berkahwin 10 Jun Ini?

Wahhhhh, syoknya Janna nak kahwin dah ke hehe patut la semangat bersenam yaa 🤪🤣

Featured Wed, 19 Oct 2022