Eat Travel By: tex_admin September 11, 2019 @ 3:16pm

Walk Japan sedia bantu peminat sukan ragbi terokai keindahan negara Jepun

Oleh Mohamad Amnan Ibrahim

Perhatian peminat sukan ragbi di seluruh dunia pastinya sudah mula tertumpu kepada negara Jepun yang merupakan Tuan Rumah bagi Piala Dunia Ragbi 2019 dan pada masa yang sama, penggemar sukan ragbi tentunya tidak akan melepaskan kesempatan untuk melawat tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Jepun sepanjang berlangsunya kejohanan tersebut.

Dengan kedudukan stadium perlawanan yang terletak di serata daerah Jepun, para peminat sukan ragbi tentunya berminat untuk menikmati keindahan dan keunikan tempat, budaya dan kehidupan masyarakat Jepun yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh para pelancong.

‘Walk Japan’ merupakan sebuah agensi pelancongan terkemuka yang menyediakan khidmat panduan pelancongan sejak 25 tahun lalu untuk para pelancong sama ada yang mahu dipimpin oleh pemandu pelancong mahupun berjalan secara mandiri bagi lawatan ke tempat-tempat menarik serta luar biasa hanya dengan berjalan kaki.

Sekiranya mendapatkan panduan pelancongan daripada Walk Japan, pelancong pastinya berpeluang untuk melawati tempat menarik di serata Jepun: menelusuri jejak langkah para samurai dan sami di laluan keramat mereka; melawat kawasan desa yang subur dengan sawah padi, hutan hijau yang sebenarnya adalah dusun-dusun yang mempesonakan dan juga kuil-kuil kuno.

Walk Japan turut menyediakan peluang buat peserta untuk mengunjungi pulau-pulau terpencil dan perkampungan nelayan. Selain itu, peserta akan dibawa ke rumah-rumah penginapan masyarakat Jepun milik Walk Japan, dijamu dengan hidangan masakan daerah yang melambangkan setiap musim di tempat tersebut.

Perjalanan harian pelancong yang dipandu oleh Walk Japan selalunya akan diakhiri dengan kunjungan ke kawasan mandian air panas onsen yang tentunya menjanjikan kesegaran dan ketenangan kepada para peserta setelah seharian berjalan.

Berikut adalah beberapa lokasi pelancongan Walk Japan yang terletak berhampiran venue perlawanan di Tokyo, Yokohama, Kumagaya, Hizuoka, Hanazono, Toyota (Nagoya) dan Kobe:

Nakasendo Way

Ini  ialah destinasi pertama yang dirintis oleh Walk Japan dalam lawatan sambil berjalan kaki di Jepun. Dengan tempoh lawatan selama 11 hari, 10 malam, pakej ini sangat bagus untuk dijadikan sebagai pengenalan terhadap negara Jepun dengan peluang umtuk bersiar-siar di jalan-jalan bersejarah dari Kyoto ke Tokyo; berjalan melalui kawasan luar bandar yang berbukit-bukau; rumah inap gaya tradisional dan moden beserta dengan hidangan yang masih segar dari ladang.

 Tempat terhad.

Harga dari RM18,965.14.

Nakasendo Way: The Kiso Road

Versi pendek untuk pakej Naksendo Way ini memakan masa lima hari, empat malam. Pakej ini menumpukan lawatan di kawasan tengah Nakasendo Way yang bersejarah dengan melalui pergunungan di bahagian tengah negara Jepun; berpeluang untuk menelusuri banyak keunikan yang menjadikan Nakasendo Way sebagai destinasi pelancongan yang pastinya menyenangkan.

Tempat adalah terhad.

Harga bermula dari RM8,394.41.

Basho Tour: Narrow Road to the North

Foto: walkjapan.com

Lawatan selama sembilan hari, lapan malam ini akan mengikuti jejak langkah penyair terkenal Jepun Matsuo Basho. Selain itu, pakej ini juga menemukan pelancong dengan sebuah kuil mewah yang didedikasikan untuk para samurai, kepulauan pokok pinus di Teluk Matsushima dan taman-taman masyarakat Jepun yang mengagumkan di Hiraizumi. Sementara penginapan di kuil-kuil Shinto dan rumah inap tradisional akan turut dilengkapi dengan masakan masyarakat Jepun dan juga mandi-manda di kawasan air panas Onsen.

Tempat adalah terhad.

Harga bermula dari RM17643.80

Izu Geo Trail

Foto: walkjapan.com

Meneroka semenanjung Izu dengan lawatan selama tujuh hari enam malam. Kawasan ini kaya dengan daya tarikan untuk para pelancong seperti bentuk muka bumi yang mengagumkan, pantai, air terjun, sastera dan tempat peninggalan sejarah. Selain daripada masakan makanan laut dan kawasan mandian air panas Onsen, lokasi penginapan juga terletak di kawasan yang memiliki pemandangan yang mengasyikkan.

Tempat adalah terhad.

Harga bermula dari RM14,457.04

Shikoku Temple Pilgrimage

Foto: walkjapan.com

Lawatan 11 hari 10 malam di laluan yang dilalui oleh para sami bagi aktiviti kerohanian mereka; menghubungkan 88 kuil yang terkenal di Shikoku. Laluan yang berusia ratusan tahun tersebut turut disulami pemandangan alam yang indah. Penginapan di kuil-kuil  turut disertakan dengan kemudahan kawasana mandian air panas Onsen dan hidangan makanan tempatan.

Tempat adalah terhad.

Harga bermula dari RM14,690.21            

Kumano Kodo Pilgrimage

Foto: walkjapan.com

Lawatan sembilan hari lapan malam terletak di tengah-tengah Semenanjung Kii dan juga laluan kerohanian yang diiktiraf oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Pakej ini akan menelusuri laluan dari zaman purba yang terletak di  lembah hutan di kawasan luar bandar yang terpencil. Penginapan terletak di dalam kuil-kuil dan rumah-rumah inap yang turut berdekatan dengan kawasan mandian air panas Onsen.

Tempat adalah terhad.

Harga bermula dari RM13,990.68

Tokaido Trail

Foto: walkjapan.com

Jika anda mengunjungi Tokaido Trail,  lawatan itu akan melengkapkan lawatan anda ke Nakasendo Way yang mana lokasi pelancongannya dirintis oleh Walk Japan. Pakej lawatan dipandu selama lapan hari, tujuh malam ini akan memberikan pengenalan kepada para peserta berkenaan sejarah dan kemodenan Negara Jepun di samping meneroka lebuh raya kuno ikonik di Tokyo dan Kyoto. Tahap kesukaran untuk berjalan kaki bagi lawatan ini dikategorikan mudah dan sederhana kerana peserta akan melalui kawasan bandar dan luar bandar. Penginapan terletak di rumah-rumah inap tradisional dan moden serta turut dijamu dengan pelabagai aneka pilihan makanan tradisional.

Tempat adalah terhad.

Harga bermula dari RM13,990.68

Berikut merupakan tempat-tempat pelancongan Walk Japan yang terletak berhampiran venue perlawanan di Oita, Fukuoka dan Kumamoto.

Kunisaki Trek

Foto: walkjapan.com

Lawatan 10 hari, sembilan malam ini merupakan perjalanan ke salah satu permata perlancongan yang tersembunyi di Jepun iaitu Semenanjung Kunisaki: lawatan ke laluan yang pernah digunakan oleh sami Buddha semasa meditasi di kawasan desa yang terpencil dan indah, rumah penginapan yang mendamaikan, makanan yang cukup lazat dan terletak di sekitar kawsan mandian air panas Onsen.

Tempat terhad

Harga bermula dari RM16,633.36)

Kunisaki dan Yufuin Walk

Foto: walkjapan.com

Versi yang lebih relaks dan ringkas berbanding pakej lawatan Kunisaki Tour. Lawatan selama lima hari, empat malam ini akan dihidupkan dengan suasana pemandangan yang permai, dihiasi dengan relik-relik di kawasan yang pernah didominasi penganut Buddha; penginapan yang terletak di rumah inap tempatan yang mempesonakan, dijamu dengan  makanan tempatan yang masih segar dari ladang juga  berdekatan dengan kawasan mandian air panas Onsen.

Tempat adalah terhad.

Harga bermula dari RM8,860.76

Oita Hot Spring Trail

Foto: walkjapan.com

Lawatan enam hari lima malam ini akan menelusuri lauan yang berbukit bukau ke Beppu di Wilayah Oita. Lawatan ini akan melewati kawasan lembah, dataran tinggi, pemandangan gunung yang menjulang tinggi dan juga pesisir laut. Terdapat banyak kawasan mandian air panas di tempat penginapan yang juga turut menghidangkan makanan-makanan yang bervariasi dan mewah.

Tempat adalah terhad.

Harga bermula dari RM12,280.71

Berikut merupakan tempat-tempat pelancongan Walk Japan yang terletak berhampiran venue perlawanan di Sapporo dan Kamaishi:

East Hokkaido Walk

Foto: walkjapan.com

Lawatan berjalan kaki lapan hari tujuh malam akan memperkenalkan ladang lembu yang terletak di daerah utara Hokkaido, pemandangan hutan yang berlatar belakangkan banjaran gunung, Lautan Pasifik dan Laut Okhotsk. Terdapat juga banyak hidupan liar yang berada di kawasan lawatan di samping tasik kawah dan volcano aktif. Sesetengah makanan-makanan tempatan di sini juga diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti yang boleh ditemui di sekitar Jepun. Dan tentunya kawasan lawatan ini turut dilengkapi dengan kolam mandian air panas Onsen.

Tempat adalah terhad.

Harga bermula dari RM15,545.20

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Walk Japan bagi sebarang pertanyaan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 2 May 2019

Besarkan 6 anak dengan poket kosong, terpaksa tebalkan muka pinjam duit jiran

Penerima Anugerah Ibu Mithali Harian Metro 2019 kongsi kisah duka

Acara Mon, 6 Mar 2023
Featured Tue, 4 Oct 2022

[VIDEO] Tidak Tahan Bekas Isteri Teruk Dikecam, Bad Indigo Akhirnya Dedah Punca Perceraian – “Saya Tak Jujur”

Bukan mudah seorang lelaki untuk turunkan ego dan mengaku salah sendiri, respect!

Featured Mon, 23 May 2022
Eat Travel Fri, 12 Oct 2018

Bukan Saja Cantik, Kek Karamel Pelangi Ini Mudah Saja Nak Buat!

Puding karamel ini juga boleh digabungkan dengan pelbagai jenis kek yang lain.

Featured Sun, 18 Sep 2022
Featured Thu, 10 Aug 2023

Shila Amzah Tampil Respons Isu Ibu Bapa Bercerai – “Serabut! Doakanlah Saja Mereka Bahagia”

‘Suka hati merekalah nak buat apa. Nak cari kebahagiaan masing-masing’ – Shila Amzah

Featured Tue, 6 Sep 2022

Bertahan atau Pergi? Ini Respons Nad Zainal Kepada…

Berikan anda peluang kedua – Nad Zainal

Featured Fri, 3 Dec 2021

“Penat Bila Dapat Guest Macam Ini” – Tetamu Langgar Syarat Tempahan & Buat ‘Homestay’ Bersepah

Selepas kerajaan membenarkan rentas negeri, pasti ramai yang sudah mula rindu untuk pergi bercuti. Malah, kita juga boleh lihat tempahan homestay juga hampir penuh setiap hujung minggu. Namun, dalam keterujaan itu ada juga beberapa individu […]