Featured By: Ad Ops November 1, 2018 @ 3:00pm

Wanita Ini Buta Selama 2 Jam Setelah Memakai Bulu Mata Palsu

Golongan Hawa sanggup melalui macam-macam prosedur kecantikan semata-mata nak tingkatkan mutu rupa mereka.

Pada zaman sekarang, dah ada sesuatu standard kecantikan yang ramai daripada mereka ingin ikuti, jadi mereka sanggup ubah suai apa yang telah dikurniakan oleh Tuhan. 

Walaupun besar kemungkinan prosedur tersebut akan berjaya, ada juga segelintir daripada mereka yang hanya akan membawa duka kepada wanita yang melaluinya.

Salah satu prosedur adalah eyelash extensions, iaitu sambungan bulu mata palsu. Ramai sangat wanita sekarang dah biasa dengannya, betul tak? Tak susah atau menyakitkan pun.

Itulah tanggapan seorang wanita dari Britain, Megan Rixson apabila dia pergi ke sebuah salun kecantikan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. 

Dia tak sangka langsung yang bulu mata palsu yang dipakainya itu akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat, malah merosakkan penglihatannya hingga dia buta selama 2 jam!

Menurut Tweet yang dimuat naik bulan lalu, punca masalah ini adalah gam yang digunakan untuk lekatkan bulu mata palsu itu.

Sepatutnya orang itu menggunakan gam khas untuknya tapi dia pergi guna gam untuk lekatkan kuku palsu. Tak sama, ya!

Akibatnya mata wanita ini bengkak dan berair tak henti-henti. “Mata sebelah sini tengah pedih. Sebelah ini pula tak boleh dibuka besar-besar,” katanya dalam video Tweet tersebut.

Tonton videonya di bawah ini.

Dia berkata ke Buzzfeed News, “Apabila orang kedai itu tengah menggamkan bulu mata pertama, mata saya dah mula rasa pedih yang amat.

“Tapi dia kata tak perlu takut, ini adalah normal; dan menyuruh saya untuk terus buka mata.”

Bahaya!

Ini sekadar peringatan, ya! Prosedur bulu mata palsu selalunya tak membawa padah langsung. Tapi untuk mengelakkan situasi yang dilalui oleh Megan daripada terjadi kepada anda, perkara yang paling penting adalah untuk membuat research lebih dahulu.

“Keselamatan patut diutamakan apabila anda memilih pakar eyelash extension yang akan melakukan prosedur itu,” kata pakar kecantikan berlesen Clementina Richardson.

“Anda kena cari seseorang yang betul-betul certified; kalau ada lesen lagi bagus.”

Foto: Hit Network

Clementina juga mengingatkan anda yang ingin pakai bulu mata palsu supaya check dulu dengan pakar tadi jika mereka menggunakan pelekat yang selamat.

Dia mengesyorkan agar anda elak daripada guna gam yang mengandungi formaldehyde yang akan memedihkan mata, ataupun gam yang berbau seperti bahan kimia dengan kuat.

“Besar kemungkinan, ia mesti penuh dengan bahan kimia dan gerenti boleh menyebabkan kesakitan. Gam bulu mata tak sepatutnya mengandungi banyak bahan kimia pun; ada 3 ke 5 bahan saja dan semua patut bergabung untuk menjadi gam melekat yang kuat.”

Bagi anda yang ingin atau selalu memakai bulu mata palsu, ingat ya! Jangan gunakan gam sebarangan!

Sumber: PopSugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Sep 2022

“Hanya Lambaian & Flying Kiss..” – Cucu Najib Hadir Mahkamah Sebagai Pengubat Rindu

“Saya rindu dan sayang atuk seribu juta kali,” – Cucu DS Najib Razak

Featured Wed, 7 Sep 2022

Justin Bieber Batal Konsert Jelajah Dunia

Semoga cepat sembuh Justin! Jangan sedih-sedih tau semua.

Oh Lawa Fri, 11 Jan 2019

Lady Gaga attends a formal event… carrying a ball of feathers as her accessory?

Well, she’s always been skilled at turning heads but what is that thing?

Featured Fri, 10 Sep 2021
Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018
Featured Mon, 30 Jan 2023

“Best Ke Mabuk-Mabuk? Bukan Dah Ikut Tabligh?” – Tular Video Berhibur Di Kelab Malam, Netizen Persoal MK K-Clique

Alamakkk, betul ke ni? Ada yang dakwa MK pergi kelab malam setiap hari?? 🥵