Featured By: Ad Ops May 6, 2020 @ 12:00pm

Wanita ini hasilkan aiskrim daun ketumbar dan daun sup. Idea yang bernas!

Daun ketumbar, daun sup, kucai atau daun bawang adalah antara tumbuhan herba penyedap masakan, namun penggunaannya tidaklah banyak, cukup sekadar seranting dua sahaja untuk satu-satu menu.

Mungkin ramai bersetuju jika ke pasar, tumbuhan seperti itu dijual seikat dan boleh dikatakan agak banyak menyebabkan berlaku pembaziran setiap kali membelinya. Itulah antara masalah atau dilema yang sering dihadapi oleh kebanyakan daripada kita.

Seorang pemilik akaun Facebook, Santi Chentilicous berkongsi idea bernas mengenai cara penyimpanan lebihan daun sup dan ketumbar agar tahan lebih lama.

Menurut wanita berasal dari Kuala Lumpur itu, idea untuk membuat aiskrim daun sup dan ketumbar itu tercetus apabila dia kerap membuang banyak daun sup dan ketumbar yang sudah rosak.

“Beli seikat dalam harga lebih kurang RM3, namun penggunaannya tidak terlalu banyak dalam masakan. Biasanya kita akan pakai sikit sahaja dan selebihnya simpan dalam peti sejuk.

“Akhirnya, berlaku pembaziran kerana lebihannya dibuang kerana rosak, berlendir atau pun kecut tidak sampai seminggu. Dari situ saya mendapat idea untuk membuat aiskrim daun sup dan ketumbar,” katanya kepada Hijab & Heels.

cara simpan daun sup daun ketumbar bahan masakan tahan lebih lama

Pemilik nama Santi Wahab itu berkata, lazimnya dia akan membasuh bersih kedua-dua daun berkenaan sebelum memotong mengikut saiz yang diingini.

Kemudian, daun itu diasingkan dan dimasukkan ke dalam plastik aiskrim. Setelah memasukkan air, dia akan simpan di dalam peti sejuk bahagian beku.

cara simpan daun sup daun ketumbar bahan masakan tahan lebih lama

“Apabila nak masak, keluarkan sahaja daripada peti ais dan masukkan dalam masakan kita. Memang mudah dan daun pun masih segar walaupun dah lebih sebulan simpan.

cara simpan daun sup daun ketumbar bahan masakan tahan lebih lama

cara simpan daun sup daun ketumbar bahan masakan tahan lebih lama

“Selain daun sup dan daun ketumbar, boleh praktikkan juga untuk daun kari, daun limau purut dan daun kesum. Insya-Allah tahan lebih lama dan tidak membazir,” katanya.

Kredit gambar: Santi Wahab

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023

Kuat Demi Anak, Puteri Sarah Ingin Syaikhul Islam & Sumayyah Jadi Doktor

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana berkongsi momen anak-anaknya mengenakan uniform sekolah pada hari pertama persekolahan.   View this post on Instagram   A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) Menerusi hantaran terbabit, Sarah […]

Featured Tue, 6 Sep 2022

Bertahan atau Pergi? Ini Respons Nad Zainal Kepada…

Berikan anda peluang kedua – Nad Zainal

Featured Wed, 12 Jan 2022
Featured Fri, 13 Jan 2023

Didie Shazry Tampil Dengan Single Kedua Joget Jiwa Lara!

Penyanyi Didie Shazry muncul dengan single kedua daripada Joget Made In Malaysia berjudul Joget Jiwa Lara hasil ciptaan sepenuhnya oleh Hazim Yunan dan Amrul Amran manakala liriknya pula tulisan penulis lirik Azam Dungun. Lagu Joget […]