Eat Travel By: tex_admin September 6, 2018 @ 3:00pm

Wanita Ini Kongsi Cara Nak Buat Sizzling Yee Mee Di Rumah, Tak Payah Guna Hot Plate

Adakah anda penggemar ‘Sizzling Yee Mee’? Biasanya, kalau nak makan sizzling ini mesti perlu pergi ke kedai makan atau foodcourt. Memang sedap kalau makan panas-panas!

Tapi, tak semua tempat rasanya sedap, kadang-kadang bahan-bahan di dalamnya cuma sedikit saja. Rasa tak puas makan! 

Ha! Apa kata anda buat sendiri saja sizzling di rumah. Yang penting, tak perlukan hot plate untuk menyediakan sizzling yee mee ini. Anda boleh campurkan bahan-bahan seperti ayam, daging ataupun sayuran ikut kuantiti yang anda suka! Memang mudah dan sedap.

Nak tahu caranya, jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Norizaidah Sohefudin ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Foto: Facebook

Yee Mee

3 biji bawang merah, dihiris

5 biji bawang putih, dihiris

1 inci halia, dihiris

5 tangkai cili kering, digunting kasar

Ayam yang dipotong kecil

Cendawan shitake, rendam dan potong kepada 4 bahagian

6 sudu sos tiram

Kicap pekat

2 sudu kicap cair

1 kiub ayam

3 sudu kecil tepung jagung, dibancuh bersama sedikit air

Garam

Gula

Sawi, yang sudah dicelur

Cara-cara membuat kuah sizzling

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering. Apabila naik bau, masukkan ayam.

2. Kemudian, masukkan air, sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam, gula dan kiub ayam. Kacau sehingga mendidih dan masukkan cendawan.

3. Bila ayam dah masak, kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Kacau sehingga kuah likat dan tutup api.

Jika anda tidak mempunyai hot plate, anda boleh guna cara ini

1. Rendamkan yee mee dalam air suam. Jangan lama-lama nanti kembang sangat tak sedap. 

2. Masukkan 2 senduk kuah sizzling dalam kuali dan pecahkan telur.

3. Tunggu sehingga telur separuh masak dan tuang dalam pinggan berisi yee mee. Kemudian, letakkan sawi yang telah dicelur. Sedia untuk dinikmati.

Jom cuba!

Sumber: Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Aug 2023

[VIDEO] Sharnaaz Ahmad Terbuka Tentang Poligami – “Dalam Al-Quran Lelaki Boleh Kahwin Empat”

‘Kalau isteri pertama boleh terima, kahwin.. Kalau tak boleh, cerai’ – Sharnaaz Ahmad

Featured Fri, 4 Nov 2022

Tak Sampai 24 Jam Tular, Ebit Lew Hadiahkan Kereta Pada Ibu Tunggal & Anak OKU -“Ya Allah.. Anak Rezeki Kita..”

Alhamdulillah, terima kasih Ustaz Ebit Lew. Semoga Allah permudah segala urusan Puan Azimah dan anaknya ❤️

Eat Travel Thu, 1 Nov 2018

Mula Dibuka Disember Ini, Papan Luncur Terpanjang Di Dunia Kini Di Pulau Pinang!

Pengunjung yang mahu menaiki luncur ini perlu menaiki tangga pada aras ketinggian 420 meter ke puncak bukit tempat luncur bermula.

Featured Fri, 10 Mar 2023
Featured Fri, 5 Nov 2021

“Saya Kelihatan Seperti Alien” – Azhan Rani Tahan Seksa Demi….

Pelakon Azhan Rani terpaksa bertahan dengan warna rambut perang (blonde) selama enam bulan untuk menjayakan watak Alwi dalam drama Keluarga Untuk Disewa. Menurut Azhan semasa sidang media maya drama Keluarga Untuk Disewa pada Selasa, dia […]