Featured By: Shaidah Shafie March 19, 2020 @ 12:41pm

Warganet prihatin ajak masyarakat patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan memasuki hari kedua hari ini, namun media melaporkan masih ada yang tidak peka apabila kelihatan menjamu selera di premis makanan.

Dalam perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam beliau merayu rakyat untuk mematuhi perintah berkenaan bagi memastikan Malaysia dapat memutuskan rantaian penularan COVID-19 menjelang 31 Mac ini.

perutusan perdana menteri malaysia covid 19

Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dua hari lalu. Foto: Pejabat Perdana Menteri.

Kementerian Kesihatan (KKM) pagi ini melaporkan jumlah kes jangkitan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 790, berbanding 673 semalam membabitkan 117 kes baharu.

Warganet yang berang dengan sikap tidak bertanggungjawab sebahagian masyarakat mula berkempen untuk semua pihak mematuhi perintah terbabit dengan menggunakan tanda pagar #stayhome dan #stayathome.

Sehingga kini, #stayhome di laman sosial Instagram sudah mencecah lebih 652,000 hantaran, manakala #stayathome berjumlah 535,000.

Catriona Ross antara artis yang mengajak orang ramai patuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Sumber: Instagram @catrionabrianross.

Mungkin ada yang memberi alasan bosan terperap di rumah selama dua minggu dan perlu keluar untuk beriadah atau mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan.

Bagaimanapun, kerjasama setiap masyarakat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sepanjang dua minggu pelaksanaannya mampu membawa perbezaan besar.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto: BERNAMA

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menggesa masyarakat supaya bekerjasama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi memastikan Malaysia tidak dilanda gelombang ketiga COVID-19 yang dijangka lebih dahsyat.

Sementara itu, amalkan empat langkah mudah ini demi menyekat penularan Covid-19:

– Jarakkan diri anda satu meter daripada orang lain sekiranya terpaksa berada di luar kediaman

– Hindari bersalam, dalam situasi kini cukup sekadar meletakkan tangan ke dada kiri sahaja

– Amalkan sikap sentiasa membasuh tangan dengan sabun sehingga bersih

– Tutup mulut dan hidung jika anda mengalami gejala seperti batuk dan selesema

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 May 2022
Sihat Wed, 5 Sep 2018

Anti Vaksin? Jangan Menyesal Di Kemudian Hari

Jika tidak dibendung, tidak mustahil wabak akan berlaku semula.

Featured Sun, 27 Mar 2022

“Hubungan Kami Baik, Perbincangan Dah Ada Untuk Mendirikan Rumah Tangga” – Syafiq Kyle

Alhamdulillah, katanya mereka bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ini.. 😍❤️

Featured Wed, 3 May 2023

Selepas Didakwa Sengaja Tayang Aset, Fiza Halim Tampil Bersuara – “Dah Lali Kena Kecam, Lebih Bersemangat!”

What doesn’t kill you makes you stronger bak kata Kelly Clarkson 🤪🤣😌

Events Fri, 9 Jun 2023

Isu Artis Kekwat Layan Peminat, Dolla Tampil Beri Respons!

Setuju, nak tak nak artis penat ke, kena juga ambik gambar kalau peminat tu 2 orang je. Kesian tau!

Featured Fri, 1 May 2020

Applikasi MySejahtera, MyTrace bantu KKM kesan kontak rapat

Majikan diminta amal jadual kerja anjal, kerja dari rumah

Featured Fri, 13 May 2022
Featured Sat, 28 Jan 2023
Featured Wed, 29 Aug 2018

Kini Ada Seorang Lagi Putera Kacak Yang Digilai Wanita, William & Harry Boleh Ke Tepi!

Nampaknya ada potensi untuk mencuri hati gadis-gadis dunia!