Featured By: Fadzlena Jafar January 31, 2020 @ 12:06pm

WHO umum darurat kecemasan kesihatan awam global bagi bendung koronavirus

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan wabak novel koronavirus (2019-nCoV) sebagai darurat kecemasan global apabila koronavirus itu sehingga semalam disahkan meragut 170 nyawa, semuanya di China.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam satu sidang media di Geneva semalam mengumumkan darurat kesihatan awam global berikutan 82 kes jangkitan 2019-nCoV dikesan di 18 negara lain, selain 7,700 pesakit disahkan dijangkiti virus terbabit.

“Kebimbangan utama ialah virus ini berpotensi merebak di negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah. Pengumuman ini bukan bermakna kita tdiak percaya dengan keupayaan China.

“Tetapi, semua negara perlu melakukan tindakan sama bagi membendung virus ini daripada terus merebak dan ini hanya boleh dilakukan jika semua pihak berganding bahu,” katanya.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, ketika mengumumkan darurat kecemasan kesihatan awa, global bagi membendung penularan 2019-nCoV. Gambar thehindu.com

Beliau yang terbang ke China untuk bertemu dengan Presiden Xi Jinping, berulang kali menekankan tindakan bagi mengumumkan darurat kecemasan kesihatan awam global itu dilakukan bagi membantu negara lain yang mungkin tidak mempunyai keupayaan sama untuk membendung wabak berkenaan.

Beliau yang memuji tindakan segera kerajaan China bagi menangani wabak 2019-nCoV berkata, ketika ini keadaan masih terkawal dan tidak perlu untuk mengumumkan sekatan perjalanan antarabangsa seperti penutupan sempadan, memberhentikan penerbangan atau mengkuarantin pelancong yang sihat.

Sehingga semalam, beberapa syarikat penerbangan utama seperti Air France, British Airways dan Lufthansa sudah menghentikan sementara atau mengurangkan penerbangan ke China.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagaikan Mayat Hidup, Mangsa Koronavirus Di Kuarantin Dalam ‘Keranda’

Kerajaan china mengumumkan arahan kuarantin di beberapa daerah khususnya Wuhan menyebabkan ramai warga asing terperangkap. Gambar Financial Times.

Jawatankuasa Kecemasan WHO, iaitu majlis penasihat yang merangkumi pakar perubatan antarabangsa, dalam satu kenyataan menyatakan pergerakan yang terhad membabitkan manusia dan barangan ketika darurat kecemasan kesihatan awam itu mungkin cara kurang berkesan dan boleh mengubah sumber bagi inisiatif intervensi.

“Sekatan hanya akan menyukarkan bantuan dan sokongan teknikal, selain menjejaskan perniagaan dan memberi kesan negatif kepada ekonomi di negara yang terbabit dalam kecemasan ini.

“Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, sekatan dilakukan terhadap pergerakan manusia dalam tempoh tertentu mungkin boleh membantu,” kata kenyataan itu yang merujuk pada tindakan China untuk mengenakan arahan kuarantin kepada semua penduduk di Wuhan.

WHO tidak mengumumkan darurat kecemasan itu minggu lalu kerana jawatankuasa berkenaan gagal menemukan kata sepakat cara terbaik bagi membendung wabak 2019-nCoV.

Sehingga kini, kes baharu jangkitan dikesan di beberapa negara antaranya Jerman, Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Kamera thermal bagi mengesan suhu badan di Pusat Pemantauan Saringan Suhu Badan bagi mengesan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang berfungsi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Sejak undang-undang berkaitan darurat kecemasan kesihatan awam global diluluskan pada 2007, WHO hanya pernah mengumumkan darurat kecemasan kesihatan global sebanyak lima kali iaitu ketika berlaku wabak selesema babi, polio, Zika dan dua kali membabitkan wabak Ebola di Afrika.

Kebanyakan negara sudah melakukan tindakan untuk membawa rakyat mereka keluar dari Wuhan, termasuk Malaysia yang sedang melakukan rundingan untuk membawa pulang lebih 60 rakyat negara ini yang masih berada di wilayah berkenaan. AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Sep 2022

Menguji Kekentalan Jiwa, Generasi Z Kembali Dengan Musim Kedua!

Dengar cerita macam lagi mencabar je musim kedua ni! Wajib tengok 🤩

Featured Tue, 25 Jun 2019
Featured Fri, 4 Nov 2022

Yana Lancar Lagu Balada “Escape”, Inspirasi Kisah Cara Mencintai Diri Sendiri

Muncul dengan identiti muzik tersendiri sejak awal kemunculan, Yana yang dahulunya menggunakan nama Shalma Eliana kini terus melangkah jauh mempertaruhkan kelebihan dan bakat yang ada pada dirinya. Selepas beberapa single seperti Janji Terindah, Aroma, Rambang, […]

Featured Thu, 25 Aug 2022

Tauke Cili Berjaya, Ella Bersyukur Dilantik Sebagai Figura Peladang

Alhamdulillah tahniah! Ella rasa Ella sukaaa..

Featured Tue, 6 Mar 2018

Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga, Neelofa Tak Habis-Habis Dikecam Dan Difitnah. Apa Lagi Yang Tak Kena?

Tidak habis-habis dikecam netizen, terbaru, timbul pula khabar angin mengatakan nama bekas pengacara Nona ini digugurkan sebagai Ikon Wanita Negara.

Featured Thu, 16 Aug 2018

KL Fashion Week 2018 Bagai Acara Untuk Selebriti, Bukannya Industri Fesyen

Standard KL Fashion Week ini sama saja seperti 6 tahun lalu.

Featured Wed, 7 Dec 2022
Featured Sun, 17 Oct 2021

“Alhamdulillah”- Berat Badan Naik 15 KG, Elyana Kongsi Perkembangan Terkini

Umum maklum keadaan penyanyi Elyana yang menghidap kanser limfoma sejak dua tahun lalu. Perkembangan kesihatan Elyana kini dilihat semakin memberangsangkan dan menunjukkan tanda tanda positif. Menurut Elyana, setelah selesai menjalani rawatan kemoterapi sesi kedua sejak […]