Featured By: Yanie Baharom April 23, 2020 @ 5:55pm

“Yang duduk di bandar nak balik ke kampung tak boleh…tidak boleh,” – Ismail Sabri

Perbincangan Kerajaan untuk memberi kelonggaran pergerakan hanya membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan warga kota yang terkandas di kampung sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu, bukannya untuk pulang bercuti ke kampung.

Semalam, pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan mengumumkan sedang mempertimbang untuk memberi kebenaran kepada warga kota yang terperangkap di kampung untuk pulang ke rumah masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat yang menganggap pengumuman berkenaan seolah-olah Kerajaan memberi kelonggaran untuk masyarakat pulang ke kampung menyambut Ramadan.

“Ada kekeliruan berlaku disini. Yang duduk di bandar nak balik ke kampung tak boleh. Dari awal lagi kata tak boleh. Ramai ingin balik menyambut bulan puasa (Ramadan) esok, nak berbuka di kampung.

“Jangan ada yang keliru dan pergi lapor polis untuk balik kampung… tak boleh. Seperti yang dikatakan, tidak boleh ada pergerakan dari bandar ke kampung, itu tidak dibenarkan,” katanya sidang media harian selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai PKP di Putrajaya, sebentar tadi.

Bagaimanapun, cadangan untuk memberi kebenaran kepada pelajar IPT dan warga kota yang terkandas di kampung itu masih dalam peringkat perbincangan dan kelulusan hanya diambil berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, ketika ini orang ramai yang terkandas di kampung diminta untuk membuat permohonan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan Kerajaan mengenal pasti jumlah sebenar pemohon yang ingin kembali ke rumah sebelum sebarang kelulusan diberikan.

Katanya, cadangan untuk membenarkan pelajar IPT pulang ke rumah berdasarkan beberapa faktor yang munasabah termasuk status kesihatan berikutan pelajar berkenaan seolah-olah sudah dikuarantin di kampus.

“Berbeza dengan pelajar, mereka ini boleh dibawa balik dengan bas. Selama sebulan berada di kampus, tiada gejala dan bersih daripada COVID-19.

“Sedangkan orang ramai (yang terkandas di kampung) yang ingin balik sendiri, status kesihatan mereka pun kita tidak tahu,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas keluhan penduduk di kawasan Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) membuat aduan terputus bekalan makanan.

Beliau berkata, penduduk di kawasan terbabit boleh membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) JKM yang ditempatkan di pusat operasi di PKPD berkenaan.

“Sebenarnya pengagihan makanan berlaku, tetapi mungkin ada yang tertinggal, terlepas waktu pengagihan dilakukan. Bantuan hanya diberikan kepada rakyat Malaysia sahaja.

“Penghuni di kawasan Pusat Bandar Utara dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur boleh menghubungi pusat operasi jika ada apa jua isu atau permasalahan. (Ini termasuk) penduduk yang ada masalah untuk membeli barang keperluan lain seperti susu bayi, lampin dan lain-lain, mereka boleh menghubungi pusat operasi berkenaan,” katanya.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP DBKL di 03-4026 7222 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-4048 2212.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Apr 2022
Acara Fri, 26 Apr 2019

Mencari makanan kucing halal dan bermutu? Powercat ada jawapannya

Powercat perkenal Elizabeth Tan sebagai duta

Featured Mon, 5 Jul 2021

“Celakalah Kami Kalau Tak Tolong Jiran Sendiri..”- Altimet Gesa Kibar Bendera Putih, Bakal Salur Bantuan

Penyanyi hip hop terkenal, Altimet menggalakkan orang ramai yang mengalami kesempitan hidup untuk berani tampil ke hadapan dan terus mengibarkan bendera putih sebagai tanda memerlukan bantuan. Altimet menggunakan platform Instagramnya untuk terus menggalakkan orang ramai […]

Gaya Hidup Tue, 26 Feb 2019
Featured Thu, 8 Nov 2018

4 Perkara Yang Menunjukkan ‘Period Pain’ Anda Tidak Normal

Jika anda mengalami tanda-tanda ini, segeralah berjumpa doktor!