Featured By: Ad Ops June 13, 2018 @ 10:00am

YB Nurul Izzah Setia Dengan Item Pakaian Ini Ketika Di Rumah. Baju Kurung Juga Ke?

Bila YB Nurul Izzah muncul di mana-mana, dia mesti memakai baju kurungnya dengan tudung bawal. Memang dah jadi “signature look” beliau.

Tapi pernah tak anda terfikir, kalau di rumah, ketika dia tak sibuk bekerja sebagai seorang ahli politik, bagaimanalah rupa ikon wanita ini? Apakah pilihan pakaiannya? Takkan pakai baju kurung juga kot?

Hijab & Heels sempat mengorek rahsia ini daripadanya di acara Anggun Life di Johor Baru yang beliau hadiri minggu lalu. Ini jawapannya:

“Saya suka kain batik. Kain batik Malaysia, ya, bukan Indonesia. Kalau kita tak sayangi batik Malaysia, siapa lagi?

“Saya juga suka lounge wear tapi fokus saya adalah kepada kain batik kerana kita kena pertahankan budaya Melayu kita.”

Dengar tak? Berapa ramai antara anda yang memakai kain batik di rumah, macam nenek moyang kita dulu?

Memanglah pakai seluar lagi senang, tapi bukankah orang perempuan yang memakai kain batik nampak lebih ayu dan bersopan-santun? Ala perempuan Melayu terakhir gitu.

Dan pilihan Nurul Izzah untuk memartabatkan seni Melayu memang patut dicontohi. Untuk anda yang tak pernah pakai kain batik itu, cubalah pakai sekali sekala.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Aug 2019
Featured Sat, 27 Feb 2021

Pasangan Saintis Temui Penawar Covid-19 Terima Darjah Kebesaran

Nama pasangan suami isteri saintis Ugur Sahin dan Ozlem Turecis semakin mendapat perhatian ramai. Pasangan itu semakin dikenali kerana menjadi antara individu yang membangunkan vaksin COVID-19 yang pertama dengan keberkesanan tinggi. Susulan sumbangan mereka, Pejabat […]

Featured Thu, 7 Sep 2023
Featured Tue, 13 Dec 2022

[VIDEO] Aznil Nawawi Sebak Jawab Isu TikTokers Biadap! -“Dia Kena Hadap Risiko”

Dari sudut positif betul apa yang Pak Nil lakukan. Tapi prank sebegini patutnya tak berlaku lagi gaiss! Sakit hati rakyat Malaysia tengok.