Filem By: Ad Ops May 31, 2019 @ 3:07pm

Dari Siri Manga ke Layar Perak, ‘Kingdom’ Sah Masuk Malaysia!

Berita baik buat peminat siri Manga, ‘Kingdom’ adaptasi dari siri Manga popular oleh Yasuhisa Hara sah ke Malaysia seawal Julai tahun ini! Team xtra berkesempatan menyertai rombongan khas media ke Tayangan Debut filem aksi ini di Singapura awal minggu lalu dan bertemu sendiri dengan bintang popular Jepun, Kento Yamazaki!

Diedarkan oleh Primeworks Studios di Malaysia, tayangan perdana ‘Kingdom’ arahan Shinsuke Sato berlangsung buat pertama kalinya di luar Jepun bakal memulakan debut di Singapura pada 20 Jun dan Malaysia menjelang Julai tahun ini.

Berlatar-belakangkan zaman China purba, Shin (lakonan Kento Yamazaki) seorang anak yatim mengimpikan menjadi seorang jeneral demi mengubah status hidupnya sebagai hamba. Pengembaraannya menjadi jeneral terhebat Kerajaan Qin bermula apabila dia dan Eisei, seorang pemuda yang bakal menjadi maharaja Qin, mula bersekutu. Mereka bekerjasama untuk menuntut semula takhta Eisei dan menyatukan kesemua negeri yang berperang. Nah, enjoy the trailer!

Bintang popular Jepun, Kento Yamazaki yang juga teraju utama filem aksi ‘Kingdom’ turut hadir ke acara pelancaran yang berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura.

“Shin adalah pemuda yang mahu menjadi seorang terbaik di zamannya, saya sendiri mahu menjadi seperti dirinya dan hidup sepertimana yang dia jalani,” tutur Kento Yamazaki.

Kento Yamazaki sendiri adalah penggemar berat siri manga popular ini yang telah terjual lebih 40 juta salinan semenjak tahun 2006.

Nak tahu lebih lanjut tentang sosok tampan Kento Yamazaki yang baru berusia 24 tahun ini? Nantikan artikel susulan akan datang di xtra (korang layan dulu gambar-gambar cun di bawah)!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 2 Nov 2023
Featured Wed, 21 Sep 2022

Ayie Elham Kongsi Perubahan Selepas Bergelar Bapa

Ayie kongsi perubahan selepas bergelar bapa

Filem Thu, 27 Sep 2018

盛天俊撇清关系「与陈俐杏相处似姐弟」

八度空间2019爱情励志喜剧《开餐吧!吃货小妹》正式开机拍摄;盛天俊与陈俐杏撇清关系,直呼两人相处像姐弟!

Filem Fri, 28 Sep 2018

《中国好声音》李健陷「团灭危机」成语自嘲空前绝后

今晚《中国好声音》导师终极决战将展开最后的七强争夺!上周引发「团灭危机」悬念的李健战队将在本期节目迎来结局,面对窘迫状况李健依然不忘用成语自嘲。

Filem Tue, 25 Sep 2018

八度空间929独家播出《中国好声音中秋演唱会》

《中国好声音》开「中秋演唱会」!导师谢霆锋为“好声音”写新歌,而周杰伦送另类中秋祝福“少喝奶茶”。

Filem Mon, 19 Nov 2018

Tell Us Your Love Story and Stand a Chance to Win Some Special Prizes

There are cash prizes and special VIP tickets up for grabs!

Filem Fri, 17 Aug 2018

《中国好声音》盲选收官!原唱大壮《我们不一样》现身

本周《中国好声音》迎来盲选收官!除了有神曲《我们不一样》的大壮本人现身,导师惊掉下巴,更是有不少“隐藏的宝藏”齐齐登场,让收官之战看点十足。

Filem Wed, 20 Sep 2023
Filem Thu, 28 Nov 2019