Filem By: Salma Syahbuddin March 28, 2018 @ 6:41am

Filem Pulang, Penantian Yang Dipendam Selama 61 Tahun?

“Tiada laut yang terlalu luas buatku. Disebalik ombak yang cuba menjatuhkan, aku temui kekuatan diri.”

Bait-bait puisi itu jelas menggambarkan bahawa filem Pulang ini merupakan sebuah kisah penantian yang telah lama dipendam. Sebuah filem epik berlatarbelakangkan tahun 1940-an, Pulang mengisahkan tentang seorang lelaki yang nekad mengubah nasib keluarganya dengan mengikuti pengembaraan belayar ke merata dunia.

Dan, sebelum berlayar dia berjanji akan pulang bersama kekayaan. Dengan penuh kesabaran seorang isteri, beliau terpaksa akur dengan pemergian sang suami sehinggalah penantian itu mengambil masa selama 61 tahun. Namun, bagi si suami pula, tiap kali memikirkan tentang janji yang diucap kepada isterinya itulah yang membuatkan beliau sabar dan berusaha keras demi melunaskan janjinya kepada isteri yang ditinggalkannya.

Filem yang pastinya mampu memberikan elemen yang cukup padu kepada penonton ini pastinya turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Remy Ishak, Puteri Aisyah, Alvin Wong, Erwin Dawson, Juliana Evans, Azrel Ismail, Dato Rahim Razali dan ramai lagi barisan artis yang akan membuatkan anda kembali untuk menonton filem Pulang ini. 

Diterbitkan oleh Primeworks, Pulang pastinya akan menjanjikan sebuah perjalanan cerita yang cukup cantik berserta mesej yang cukup mendalam kepada penonton terutamanya dalam konteks kekeluargaan. Selain itu, penonton bakal disajikan dengan sinematografi yang cukup menawan dan efek CGI yang inovatif dalam sebuah karya filem yang indah dalam Pulang.

Justeru itu, Pulang sekali lagi melancarkan trailer ketiganya untuk tontonan peminat filem tempatan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Tue, 16 Apr 2019

E! News Takes a Sneak Peak of the Glamorous Ella Unplugged Wardrobe

What’s the Queen of Rock’s fashion sense?

Filem Fri, 3 Aug 2018

李健成语太深奥吓跑《好声音》学员?

本周《中国好声音》第三期,迎来曾被泰勒•斯威夫特本人点赞的华裔音乐人,在面对心仪的声音,李健试图用自己拿手的“成语“打动学员,不料却意外受挫,还差点吓跑学员!

Filem Wed, 18 Jul 2018

Cinema Filled with Tears as Pulang Moves Audiences

Everyone was so touched by the story.

Filem Tue, 16 Jul 2019

《学霸》参赛者泪洒拍摄现场!连主持人也忍不住落泪

《学霸》第六场16强比赛参赛者泪洒拍摄现场,就连主持人也抱着小小参赛者哭了起来。

Filem Thu, 30 Aug 2018

许亮宇高艺拍贺岁剧《开餐吧!》擦出爱火?

八度空间2019年贺岁剧《开餐吧!吃货小妹》即将开拍;久未参与电视剧拍摄的许亮宇和高艺首度合作,两人似乎「擦出爱火」让两位“老戏骨”张咏华和林奕廷直呼“你们可以不用理我们!”

Filem Tue, 26 Nov 2019

走一趟属于「幸福村」的美食之旅!

能和心爱的人去一趟旅行是一件幸福的事,所以村长就带着夫人来到幸福村走一趟幸福美食之旅。

Filem Thu, 31 Oct 2019

无人能改的祖宗规矩!揭秘摩梭古老民宅

摩梭人这个古老的民族,在中国以其母系社会而闻名;这一集的《启航》将跟随主持人郑瑞钥的脚步,进入充满神秘感的摩梭古老民宅。

Featured Tue, 23 Aug 2022
Filem Wed, 28 Feb 2018

Filem Pulang, Bukan Filem Skeptikal?

Mengambil masa pengambaran lebih daripada setahun, Pulang dijangka akan menyajikan anda dengan sentuhan magik Pengarahnya, Khabir Bhatia yang pastinya akan memukau penonton tidak lama lagi!