Categories: FilemTrending

Nyanyi OST Saka Perawan, Gandingan Floor 88 Dengan Azlee & Yassin Senario Bakal ‘Rasuk’ Pendengar

Sudah menjadi kebiasaan untuk setiap filem mempunyai lagu runut bunyi atau OST tersendiri.

Begitu juga untuk filem terbaharu arahan Dr Ahmad Idham yang bertajuk Saka Perawan yang bakal ditayangkan di pawagam pada 27 Jun ini.

Lagu OST yang juga berjudul ‘Saka Perawan’ ini dinyanyikan oleh band Floor 88 ft Azlee dan Yassin Senario yang sedikit sebanyak menceritakan mengenai jalan cerita filem itu sendiri.

Floor 88 dilamar sendiri oleh Dr Ahmad Idham untuk membawakan OST ini kerana mempercayai kreativiti dan kebolehan band itu untuk lagu tersebut.

Dalam pada itu, Ayie selaku vokalis utama band Floor 88 menyatakan bahawa dia sedikit gugup kerana perlu nyanyikan bersama dua lagenda hebat iaitu Azlee dan Yassin Senario.

Namun begitu, dia amat berbesar hati dipilih untuk bergandingan bersama kerana ia sebuah peluang yang tidak semua orang dapat rasainya.

Oleh itu, Floor 88 juga berharap lagu OST Saka Perawan ini akan mendapat tempat di hati pendengar.

Filem yang bakal merasuki penonton ini akan memulakan tayangan di pawagam pada 27 Jun ini. Jadi, Save the date!

Filem bergenre komedi seram ini dibintangi oleh pelakon baharu dan pelakon senior seperti Sophia Albarakbah, Isyariana, Nelissa Nizam, Afieq Shazwan, Azlee Senario, Yassin Senario, Man Raja Lawak, Mamak Puteh, Datuk Fauziah Nawi, Wilma Muhammad dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan: Gabungan Pelakon ‘Legend’ & Baharu! Filem Saka Perawan Bakal Merasuk Dipawagam Bermula 27 Jun Ini

Artikel Berkaitan: Nama Masih Kurang Dikenali, Wilma Muhammad Percaya Pada Rezeki

@primeworksstudios.filmJom kita terjah sikit di sebalik pembikinan lagu Saka Perawan nyanyian band Floor 88 ft.Azlee dan Yassin Senario yang bakal dilancarkan tak lama lagi 👻🎙️♬ original sound – Primeworks Studios Film
Atiqah Johari