Filem By: SGMS Faida September 26, 2018 @ 2:30pm

#tontonKOPI : Ketagih Seks Dengan Ibu Sendiri?

Senario berkahwin dengan ‘Anak Emak’ atau ‘Mommy’s Boy’ bukanlah satu hal yang baru. Situasi ini mungkin pernah terjadi pada sekeliling atau anda sendiri yang sedang membaca artikel ini melaluinya sendiri.

Mungkin pada mulanya, anda sendiri rasa rimas atau tidak selesa apabila semua aktiviti mahu melibatkan ibu si suami atau ibu si isteri. Perlu faham, Kecenderungan si anak untuk lebih bersama dengan si ibu adalah disebabkan beberapa faktor antaranya kerana sifat si ibu yang lebih lembut dan penyabar. Siapa yang tak sayang ibu sendiri kan?

Sebenarnya, ‘Anak Emak’ ini banyak kelebihannya. Antaranya; 

  1. Bertanggungjawab Terhadap Keluarga

Mereka peka dengan apa yang terjadi dalam keluarga. Hubungan rapat bersama si ibu membuatkan mereka selesa untuk ekspreskan luahan rasa termasuk pada isteri juga. Jika dulu merek kongsi segalanya dengan si ibu, hal yang sama MUNGKIN akan dikongsi dengan si isteri. Kebiasaanya anak emak ini tidak memiliki rasa ego yang over tau!

  1. Rajin Membuat Kerja Rumah

Satu kajian dari Universiti Havard oleh professor Dr. William Pollack iaitu seorang pakar di dalam bidang psikologi mengesahkan bahawa anak lelaki yang lebih rapat dengan ibunya tidak akan menolak untuk membantu kerja-kerja rumah. Contohnya seperti mengemas rumah, membasuh pinggan dan membuang sampah. Menjadi ‘anak emak’ bukanlah satu kelemahan malah satu bonus point yang patut diambil kira dalam mencari calon suami. Pendek kata, rajinlah!

  1. Peluang Untuk Lebih Berjaya Di Dalam Pekerjaan

Kebiasaannya anak lelaki yang lebih rapat dengan si ibu akan lebih pandai berkomunikasi. Ini adalah kerana sikap ibu yang suka melayan kerenah anak, suka berkongsi cerita, dan lebih penyabar membuatkan si anak cenderung untuk berkomunikasi. Secara tidak langsung ia dapat membantu meningkatkan keyakinan diri yang mana mampu membuatkan si anak lebih berjaya dalam bidang pekerjaan mereka.

  1. Manja Tak Bermakna TAK Maskulin

Bila melihat lelaki, mulalah kita ada stigma seperti ‘Eh dia ni bernaluri lembut ke, cenggeng sungguh,’. Amboi…simpan pendapat anda itu. Lelaki yang menangis atau rajin membuat kerja rumah tidak semestinya maskulinitinya lemah. Lelaki yang gagah lebih bertanggungjawab dalam hal sebegini. Mereka juga miliki emosi dan adakala ‘koyak’. Walaupun sedikit ‘emosi’, percayalah mereka juga akan menjaga hati kamu sebaik mungkin kerana mereka juga sensitif.

  1. Budak Bijak

Satu kajian yang telah dijalankan di sebuah sekolah di New York  melibatkan 400 orang anak-anak di usia belasan, mendapati bahawa anak lelaki yang memiliki hubungan yang rapat dengan ibunya terbukti tidak mudah berasa cemas atau mengalami masalah depresi. Selain itu, mereka juga sering mendapat keputusan yang baik di dalam bidang akademik jika dibandingkan dengan rakan sebaya yang tidak rapat dengan ibu mereka.

Ternyata ‘anak emak’ ini banyak kelebihannya.

TETAPI…JENG JENG JENG. Lain pula senario yang berlaku dalam drama KOPI lakonan hebat pelakon Jasmin Hamid, Hafidz Roshdi dan Hafreez Adam.

Jatuh cinta pada ibu sendiri adalah perkara yang HARAM dalam agama. Tidak salah menyayangi mereka tetapi bukan sampai ke tahap ke kamar tidur bersama ibu sendiri. Ish, itu sudah digelar sumbang mahram. 

Drama yang menyajikan aksi penuh mendebarkan ini bakal menemui anda di saluran Tonton bermula 16 September 2018. Jangan lupa tengok okay? 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Wed, 20 Sep 2023
Filem Wed, 26 Sep 2018

吕杨高艺「交友软件」擦爱火?

吕杨高艺「交友软件」擦爱火?吕杨为爱穷追不舍,追到机场挽留高艺?

Filem Thu, 31 May 2018

Busted! is Set for a Season 2 Before the First Season Even Ended

The show stars Yoo Jae Suk, Lee Kwang Soo, EXO’s Sehun and more.

Filem Tue, 10 Dec 2019

甲洞美食多不胜数!好料吃也吃不完

甲洞贵为美食天堂,好料多不胜数,所以主持人再次去到到甲洞觅食!

Filem Wed, 21 Feb 2024

Fattah Amin Buat Peminat Menangis, Watak Yusuf Jadi Buruan Di Indonesia

Fuh, lain macam penangan Fattah dekat Indonesia 🤩

Filem Fri, 6 Jul 2018

PIXAR新动画《Bao》够催泪「隐含亚洲家庭的矛盾感情」

暌违14年,充满童年回忆的《超人特攻队》终于出续集了!不少人已观赏《超人特攻队2》,但你是否也被开演前的小短片所感动了呢?

Filem Thu, 15 Aug 2019

A Malaysian Telefilm “Back To You” Touches Racial Issues and the Hearts of Viewers

“My heart’s with Sofia…” In the spirit of Malaysia’s 62nd Independence Day, 8TV brings to you a special telefilm that combines Malay and Chinese actor and actresses — Ernest Chong, Remon Lim, Jasmine Suraya Chin, Azizah […]