Hiburan By: Del14 November 19, 2019 @ 11:57am

NICO G Sedia Gegarkan Negara Dengan ‘Siaga’

Selepas kejayaan lagu ‘KGB’ dari album  terbaharu pelopor muzik hip hop negara, NICO G iaitu ‘Black Edition Vol.1‘ ,  kini  mereka tampil dengan video muzik kedua bagi single kedua mereka yang berjudul ‘Siaga’.

‘Siaga’ yang bermaksud siap sedia adalah lagu ciptaan NICO G bersama Sabbala, KC dan Muariffah, anggota kumpulan Hip Hop tempatan bernama Lawalah Familia. 

Biarpun kedua buah lagu tersebut beserta video muziknya telah diperkenalkan sewaktu majlis pelancaran yang diadakan 9 Oktober lalu, NICO G telah memilih untuk menunda tayangan video muzik ‘Siaga’ buat tontonan umum kerana memberi jalan bagi lagu dan video muzik ‘KGB’ dahulu apabila lagu tersebut menerima reaksi luarbiasa daripada peminat-peminat dan pendengar muzik tempatan. 

Baca: Selepas 27 Tahun, Akhirnya Nico G…

Langkah tersebut dianggap strategi terbaik bagi mengambil kesempatan atas sambutan hangat terhadap lagu ‘KGB’ dan menyimpan karya istimewa ‘Siaga’ ke satu tarikh yang lebih sesuai.

Baca: NICO G Pertaruhkan KGB, Tampil Dengan Imej Lebih Ghetto!

Namun begitu, NICO G masih meneruskan aktiviti publisiti bagi album Black Edition Vol. 1 bagi program-program televisyen dan stesen radio tempatan bagi mempromosikan kedua-dua buah lagu sekaligus seperti perancangan awal. 

Video muzik ‘Siaga’ berdurasi selama lima minit telah diterbitkan secara usahasama antara NICO G Entertainment dengan Didz Squad Studio dengan mengetengahkan konsep drama muzikal dengan suasana dan tema ala mafia Itali. Think Godfather!

Di dalam video muzik tersebut, peminat-peminat dapat menyaksikan M.D. Nico, Dino G dan Affa melakonkan watak sambil menyanyikan lirik lagu ‘Siaga’ seolah-olah berdialog. 

Penggambaran video muzik dengan konsep yang pertama seumpamanya hanya mengambil masa selama tiga jam dan diadakan sepenuhnya di butik pereka sut tersohor, Bon Zainal yang bertempat di Sri Hartamas.

Bon Zainal juga telah memberikan sentuhan peribadinya dengan merias dan menggayakan setiap ahli NICO G dengan pakaian sut tajaan dari jenamanya sendiri. 

NICO G dijadualkan untuk melancarkan dua buah lagu lagi pada 14 Disember akan datang di sebuah pesta muzik anjuran mereka iaitu Kuala Lumpur Hip Hop Festival 2019.

Peminat-peminat NICO G boleh menantikan album penuh ‘Black Edition Vol. 1’ yang akan berada di pasaran pada bulan Februari 2020. 

Saksikan video muzik ‘Siaga’ dengan klik link YouTube berikut SIAGA BY NICO G | BLACK EDITION VOL. 1

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Sep 2023
Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Mila Bagi Amaran, Minta Maaf Atau…

Nampaknya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pakej perkahwinan yang dikendalikan syarikat penyanyi Mila Jirin, Bizmilla.  Tindakannya yang menulis di ruangan komen di laman sosial sebuah portal dengan menggunakan nama akaun @suesharudin membuatkan […]

Hiburan Thu, 24 May 2018

Maaf…Belum Sedia Tambah Zuriat

Kos hidup dan barangan anak-anak juga mahal pada masa kini. Untuk menambah zuriat, banyak aspek perlu diambil kira dengan teliti…

Hiburan Thu, 14 Mar 2024
Hiburan Thu, 25 Oct 2018

WOW! ‘ Baby One More Time’ Rai Ulang Tahun Ke 20

Korang masih ingat tak sekitar tahun 1998, lagu ‘Baby One More Time’ memang cukup digilai. Memang lain macam beb!

Hiburan Tue, 12 Sep 2023
Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Tajul Ariff Dedah Wajah Anak Menerusi Video Muzik Terbaru

Wah! Mesti ada yang dah tak sabar nak tengok wajah si cilik Adriana Carissa!