Trending By: Syafiqa Irdina March 3, 2020 @ 10:07am

Nyanyikan Lagu “Tak Mungkin Bersama”, Judika Bikin Bunga Citra Lestari Menangis Teresak-esak

Kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair pada 18 Februari lalu semestinya membuatkan bukan sahaja Bunga Citra Lestari berduka, malah kehilangan insan itu meruntun jiwa rakyat Malaysia dan Indonesia.

Terbaharu, Bunga tampil profesional apabila hadir di malam Result and Reunion Show Indonesian Idol X yang berlangsung di Studio RCTI Kebon Jeruk, Jakarta Barat semalam sebagai juri. 

Namun begitu, Bunga tidak dapat menahan sebak apabila mendengar persembahan daripada Judika yang mendendangkan lagu terbarunya iaitu ‘Tak Mungkin Bersama’.

Lagu tentang kehilangan seseorang yang dicintai yang dinyanyikan Judika itu membuat suasana menjadi penuh suram dan sedih. Daripada kerusi Indonesian Idol, BCL dilihat tidak dapat menahan tangisannya dan berkali-kali dia mengelap air mata yang mengalir deras di pipinya.

 

 

 

 

Ditenangkan Ari Lasso 

BCL sehinggakan nampak menangis sehingga menunduk dan meletakkan kepalanya di meja. Melihat keadaan tersebut, Ari Lasso terus menghampiri dan memeluknya untuk menenangkan BCL. Kamu kuat Bunga!

 

 

Beri Pujian Untuk BCL

Selesai nyanyian, Judika memberikan pujian kepada Bunga kerana menjadi seorang wanita yang kuat.

Menurut Judika, beliau menerima khabar kehilangan sahabat artis, Ashraf Sinclair semasa menyiapkan lagu tersebut dan turut berduka kerana lagu seakan-akan berkait dengan kisah cinta BCL. Lagu tentang kehilangan insan 

“Boleh tepuk tangan buat Unge. Satu orang yang sangat mengajarkan saya banyak hal, wanita yang sangat kuat, tetap kuat kami support Unge,” katanya.

 

 

Namun, usai membawakan lagu cinta, Judika kembali menghiburkan BCL serta penonton dengan membawakan lagu “Aku yang Tersakit” versi  Nella Kharisma. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 17 Feb 2019

Bapa Salah Bancuh Susu Campur Dengan Serbuk Racun Lipas

Bayi Setahun Nyaris Maut, Bapa Salah Bancuh Susu Campur Dengan Serbuk Racun Lipas

Trending Tue, 24 Mar 2020
Featured Tue, 13 Dec 2022
Featured Thu, 25 Aug 2022

Tahniah Wira Malaysia! Ramai Sokong Abang Viva Terima Pingat Jasa Kebaktian

Penghargaan yang amat membanggakan. Setimpal dengan usaha murninya. Tahniah! 🤩🤩🤩

Featured Thu, 18 Aug 2022

Didakwa Guna Pengaruh Bapa Mertua, Jovian Akui Terkilan

Jovian terkilan dengan sikap netizen