Gaya Hidup By: Ad Ops July 3, 2019 @ 4:00pm

​Saintis dapati lipas kini semakin sukar untuk dibunuh!

Penulis tidak mudah gayat dan memang berani menonton filem seram.

Tetapi penulis akui, salah satu benda yang paling menakutkan ialah sejenis spesies yang kita panggil lipas.

Dahlah ia boleh bergerak dengan cepat, cirinya yang kotor itu membuatkannya lebih menjijikkan. Lagi membencikan jika kita berhadapan dengan spesies lipas yang boleh terbang. Seram!

Ada di antara anda yang takut juga? Jika ada, kita geng!

Jika anda perlu berlawan dengan lipas, apakah strategi anda? Sesetengah orang gunakan selipar atau surat khabar yang dilipat.

Sesetengah orang pula gunakan racun serangga supaya mereka tidak perlu mendekati lipas itu. Jika anda memilih racun, ada berita buruk untuk anda!

Menurut kajian terbaharu, spesies lipas sekarang telah berjaya tingkatkan ketahanan terhadap racun serangga yang dicipta khas untuk membunuh mereka!

Kajian ini mendapati, spesies lipas Jerman yang paling biasa dijumpai di mana-mana kini mampu menepis serangan daripada pelbagai jenis racun serangga kerana mereka nampaknya sudah imun!

Menurut laporan Daily Mail, penyelidik yang terlibat bukan sahaja gagal mengurangkan jumlah lipas yang mereka perhatikan sepanjang enam bulan kajian itu dijalankan.

Tetapi mereka mendapati bahawa daya ketahanan bagi satu generasi lipas berkenaan meningkat sebanyak enam kali ganda!

Foto: monkeysee.com

Profesor di Universiti Purdue Michael Scharf berkata cabaran ini langsung tidak dijangka.

“Apabila lipas sudah mampu melawan pelbagai serangan racun serangga pada masa yang sama, susahlah bagi kita untuk menanganinya dengan bahan kimia sahaja,” katanya.

Kajian ini yang diterbitkan di dalam jurnal Scientific Reports lebih memfokuskan spesies lipas Blattella germanica L.

Pasukan penyelidik menguji jenis racun serangga daripada kelas yang berlainan, serta kombinasinya juga untuk memastikan lipas yang berjaya menahan serangan salah satu jenis racun tadi.

Hasilnya, mereka berjaya memastikan populasi lipas stabil di sepanjang kajian ini dijalankan tetapi dari segi penurunan jumlah lipas, hasilnya tidaklah memberangsangkan.

Walaupun dua jenis racun serangga digabungkan dan disembur, jumlah lipas itu nampaknya meningkat!

Lipas yang hidup ini kemudiannya melahirkan anak yang juga mampu bertahan daripada serangan racun.

“Kami dapat lihat ketahanan mereka berganda empat ke enam kali di dalam satu generasi. Kami tidak sangka situasi ini boleh berlaku sebegitu cepat,” kata Michael.

Foto: People.com

Walaupun peratus daya ketahanan mereka rendah tetapi mereka berpotensi untuk melawan serangan pelbagai jenis racun, populasi lipas ini tidak akan lupus.

“Jika anda terus menggunakan racun walaupun ia tidak mendatangkan hasil, anda hanya membuang duit,” kata Michael.

Jadi nampaknya kita perlulah gunakan pelbagai teknik untuk membunuh lipas. Kita tidak boleh harapkan bahan kimia sahaja.

Alamak, takutnya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Apr 2020
Featured Thu, 15 Mar 2018

Diberi Jolokan Maldives Indonesia, Pulau Derawan Buat Anda Enggan Pulang!

Pulau yang terkenal dengan jolokan Maldives Indonesia itu, sememangnya sebuah pulau yang mempesonakan dengan pesisiran serta kehidupan laut yang berbagai.

Acara Fri, 26 Jul 2019

Starbucks Malaysia rai 3 barista ‘istimewa’

Penggemar kopi, cuba buat langkah ini!

Gaya Hidup Sun, 2 Dec 2018

9 Petanda Anda Sedang Dipergunakan Oleh Pasangan Cinta Anda

Tak kiralah anda dah kahwin atau belum, anda tak patut dibuli!

Featured Fri, 13 Dec 2019
Gaya Hidup Thu, 4 Oct 2018

Tip Pemanduan Ketika Musim Hujan Yang Perlu Anda Praktikkan

Paling banyak kematian berpunca daripada kemalangan jalan raya.

Gaya Hidup Wed, 25 Apr 2018

Secawan RM220, Kopi Tahi Gajah Paling Mahal Di Dunia!

Kopi tahi gajah? Wujud ke kopi jenis ini?

Featured Wed, 25 Jul 2018

Tumit Kaki Pecah & Merekah? Jom Guna Bahan Ini, Gerenti Licin!

Meskipun ramai yang tidak memandang serius mengenai permasalahan ini, namun ia juga sama penting dengan merawat wajah.

Gaya Hidup Tue, 31 Mar 2020