Gaya Hidup By: tex_admin September 23, 2019 @ 5:59pm

10 buah untuk kulit cantik

Kesihatan kulit bergantung pada dua faktor, produk yang dipakai dan makanan yang diambil. Ada yang sanggup berhabis beribu ringgit membeli pelbagai produk semata-mata ingin memperoleh kulit yang cantik, namun sebenarnya seseorang itu boleh mendapatkan apa yang apa diidamkan hanya dengan menggunakan bahan semula jadi yang mudah didapati.

Antaranya, buah-buahan yang sering dimakan boleh memainkan peranan amat penting dalam membantu seseorang itu untuk memperoleh kesihatan kulit yang diidamkan. Vitamin dan bahan yang terdapat pada buah-buahan sememangnya mampu berfungsi sebagai agen penjagaan dan pemulihan kulit.

Terdapat beberapa jenis vitamin utama yang berperanan dalam memelihara dan membaik pulih kulit:

Vitamin C – Meningkatkan tahap keoksidan pada kulit

Vitamin A – Mencegah proses penuaan dan pengeluaran jerawat pada wajah 

Vitamin E – Mencegah kekeringan pada kulit 

Vitamin B3 – Merawat kulit yang terdedah pada cahaya matahari

Vitamin k – Merawat bintik-bintik hitam dan luka pada kulit 

Berikut disenaraikan 10 jenis buah-buahan yang boleh membantu seseorang itu memperoleh kulit yang sihat dan cantik.

1. Lemon

Foto: USDA

Buah yang kaya dengan vitamin C itu merupakan agen antioksida penting dalam membuang toksin yang memberi pengaruh buruk pada kesihatan kulit. Selain itu, lemon secara semula jadi akan menegang dan mencerahkan kulit, di samping memberikan pembersihan yang lebih mendalam pada kulit.

Bagi wanita yang mempunyai masalah kulit tidak sekata, bintik-bintik hitam dan parut jerawat, lemon merupakan buah-buahan yang patut diambil setiap hari.

2. Betik

Foto: healthline

Enzim papain dan kimopapain yang terdapat pada buah betik boleh membantu dalam pencegahan kulit rosak akibat daripada radikal bebas. Selain itu, betik juga sesuai dimakan untuk seseorang yang mengalami masalah ketuat, kematu, bisul dan ekzema.

3. Avokado

Foto: reflex.cz

Kaya dengan vitamin lutein dan zeaxanthi, buah avokado berperanan untuk memastikan penuaan kulit yang lebih sihat dengan melindungi kulit daripada sinar ultralembayung (UV). Lemak sihat yang terdapat dalam avokado turut membantu dalam meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan radang kulit dan mempercepatkan pemulihan kulit.

Buah yang boleh dimakan begitu saja atau dihidangkan dalam salad itu turut diperkayakan dengan vitamin E, A, dan K.

4. Oren

Foto: Fruits Blog

Oren merupakan buah yang kaya dengan vitamin C. Dengan bahan antioksida yang terdapat di dalamnya, oren boleh membantu untuk mencegah kerosakan kulit akibat sinaran matahari dan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) serta oksidatif yang berpunca daripada ketidakseimbangan radikal bebas dan antioksida di dalam tubuh.

Selain itu, pengambilan oren dapat membantu mengurangkan radang kulit dan meningkatkan proses sintesis kolagen.

5. Tembikai

Foto: Rasa

Dengan kandungan peratusan air yang tinggi, buah tembikai tentunya boleh membantu melembapkan kulit. Tembikai turut membantu mendapatkan kulit yang sihat melalui molekul organik asid amino dan likopena yang terdapat di dalamnya.

Antara vitamin lain yang terdapat dalam tembikai adalah vitamin C dan A.

6. Timun

Foto: health.com

Popular dengan fungsinya yang membantu melembap dan menghidratkan kulit, timun juga mampu menjadi agen penyejuk badan memandangkan timun kaya dengan antioksida. Selain itu, timun turut diperkayakan degan vitamin C dan K yang berfungsi meningkatkan kesihatan jantung, kepadatan tulang, memulihkan kesihatan mulut, mengurangkan masalah jangkitan dan bersifat antikanser.

7. Mangga

Foto: primer.com

Mangga merupakan buah yang kaya dengan vitamin A, E, C, dan K, justeru mangga boleh membantu dalam memberikan perlindungan kepada kulit dan badan anda daripada kerosakan DNA dan radang kulit. Selain itu, krim kulit badan yang diperbuat daripada ekstrak buah manga turut dipercayai mampu membantu dalam perawatan luka.

8. Delima

Foto: healthline

Biji benih, kulit dan membran yang terdapat pada buah delima merupakan bahan yang kaya dengan antioksida, sekali gus dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran UV dan pigmentasi yang tidak sekata.

Buah delima juga kaya dengan vitamin C dan K. Vitamin C yang terdapat dalam buah delima turut membantu menguatkan sistem imun badan, di samping memastikan kesempurnaan proses penyembuhan kulit.

9. Pisang

Foto: One Green Planet

Kaya dengan vitamin A, C, K, dan E, pisang pastinya merupakan buahan yang penting dalam rutin penjagan kulit. Mineral kalium yang terdapat pada pisang juga membantu melembap dan menghidratkan kulit.

Di samping itu, kulit pisang juga mampu untuk menghilangkan parut luka di kulit kerana kulit pisang mengandungi antioksida dan antimikrob yang berfungsi memusnah atau menyekat perkembangan mikroorganisma.

10. Epal

Foto: jesmond fruit barn

Vitamin A dan C, kalium, magnesium, kalsium dan serat yang terdapat dalam buah epal berupaya untuk membuang oksigen radikal bebas yang berbahaya untuk tubuh. Anda turut disaran supaya menikmati buah epal bersama-sama dengan kulitnya kerana kerana terdapat bahan antioksida yang tinggi pada kulit buah epal.

Selain itu, asid malik daripada epal juga mampu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit serta dapat membantu mencerahkan kulit jika sering diamalkan.

Sumber: hellodoktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 11 Dec 2019

Rambut tidak lagi gugur dengan syampu dan perapi ini

Herbalife Nutirition lancar dua produk penjagaan rambut

Featured Thu, 9 Aug 2018
Oh Lawa Mon, 27 May 2019

Rancangan kecantikan Get It Beauty On The Road kembali dengan Edisi Raya!

Saksikannya di Astro Ria untuk mendapatkan panduan kecantikan ala Korea!

Featured Wed, 18 Mar 2020

Telekung bertangan mudahkan wanita jalani pelbagai aktiviti

Hijabista pasti perlukan persalinan sebegini

Featured Wed, 15 May 2019
Featured Mon, 23 Mar 2020
Featured Thu, 21 Mar 2019

9 gaya kasut sneakers pilihan Nabila Razali. No 3 ‘cool’ habis!

Apa sahaja yang digayakan artis sama ada di Malaysia atau luar negara, pasti akan menjadi ikutan peminatnya. Begitu juga dengan gaya penampilan penyanyi popular Nabila Razali yang sering menjadi perhatian peminat muzik tanah air terutamanya […]

Gaya Hidup Mon, 2 Jul 2018
Oh Lawa Mon, 28 May 2018

Koleksi Lebaran Selebriti Cilik Yusuf Iskandar & Lara Alana Comel Sungguh!

Koleksi lebaran si cilik ini memang cantik dan bergaya. Sesuai untuk anak anda!

Featured Mon, 13 Apr 2020

| Live TV