Gaya Hidup By: tex_admin March 8, 2018 @ 4:34pm

10 Perkara Anda Kena Tahu Jika Haid Tak Teratur, No. 6 Paling Penting!

Apabila haid tidak teratur mengikut perkiraan, anda pasti mula merasa cemas kan? Pelbagai andaian mula timbul. Tak subur ke? Ada penyakit ke atau dah mengandung ke? Betul tak? Yela, biasanya datang haid pada setiap bulan, tiba-tiba pada bulan yang berikutnya haid tidak muncul-muncul dan berlarutan sehingga bulan yang berikutnya. Mestilah risau!

Kebiasaannya, wanita akan didatangi haid pada setiap bulan yang akan mengambil masa selama 6-7 hari. Mesti ada dalam kalangan anda keliru jika didatangi haid selama 3 hari sahaja, adakah itu normal? Ya, sebenarnya lingkungan 3-10 hari adalah dianggap masih normal jika mengikut rutin kitaran haid bagi seseorang. Tetapi bagi mereka yang mengalami masalah haid tidak teratur macam mana pula ya? 

https://pondokibu.com/siklus-menstruasi-tidak-teratur-ini-dia-faktor-penyebabnya.html

Anda pernah ambil tahu tentang perkara-perkara yang menyebabkan haid tidak teratur ini? Kami senaraikan 10 perkara yang perlu anda ketahui dan lepas ini anda akan menjadi lebih peka.

1. Perlu Tahu Corak Haid ‘Normal’ Untuk Diri Anda

http://life-of-pearl.blogspot.my/2015/03/masalah-haid-tidak-teratur.html

Setiap wanita mempunyai corak haid yang berlainan, dan mungkin adalah normal bagi wanita itu sendiri. Anda perlu mencatat hari-hari anda datang haid pada kalendar dan juga tarikh bila ia dijadualkan akan berhenti. Ambil masa untuk mengenal pasti corak haid, berapa hari haid dan juga pendarahan yang berlaku di tengah-tengah bulan sementara anda menanti haid yang berikutnya. 

Anda perlu peka dan mengingati tarikh hari pertama haid! Sekiranya anda lupa tarikh tersebut, jumlah hari dalam kitaran anda mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke ‘hari subur’ dan kesilapan menjangka kedatangan haid yang seterusnya.

2. Jangan Malu Atau Segan Untuk Bertanya Doktor

https://innovativegyn.com/second-opinion-gyn-surgery/

Ada segelintir wanita malu untuk berjumpa doktor jika mengalami masalah haid ini kan? Jangan ambil mudah ya, kalau anda mengalami perubahan yang anda rasakan tidak normal untuk kitaran haid pada bulan itu, cepat-cepat berjumpa doktor ya! Kemungkinan, haid yang tidak teratur menandakan tanda-tanda anda mencapai umur menopause, ataupun ada sesuatu yang tidak kena pada perubahan hormon badan yang memerlukan pemeriksaan doktor.

3. Hamil

https://www.livestrong.com/article/516638-how-soon-can-a-pregnant-woman-feel-changes-in-her-body/

Perkara ini mungkin anda sudah tahu kan? Tetapi anda juga perlu ketahui bahawa pada peringkat awal kehamilan sesetengah wanita ada yang mengalami pendarahan. Ini juga akan menyebabkan anda keliru sama ada darah haid atau tidak, tanpa anda sedari sebenarnya anda sudah pun hamil. Ujian air kencing juga membantu anda untuk memastikan kehamilan.

4. Penyusuan Badan

https://www.cbsnews.com/news/cdc-more-us-mothers-are-breast-feeding-but-overall-rates-still-low/

Pasti ramai para ibu yang sudah mengetahui perkara ini kan? Para ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif, hormon badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk bayi. Ada juga sesetengah ibu yang menyusu tidak langsung didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun. Lamanya!

5. Menopause

https://markstengler.com/health-concerns/menopause/

Kebiasaannya wanita yang mencecah umur 50 tahun akan mengalami Menopause. Menopause atau putus haid adalah keadaan di mana seseorang wanita itu tidak lagi didatangi haid. Anda juga perlu tahu bahawa, dalam tempoh peralihan ini perubahan hormon yang berlaku akan menyebabkan haid menjadi tidak teratur, pendek atau tidak datang langsung.

6. Anda Mempunyai Masalah-Masalah Kesihatan Yang Berkaitan?

http://pregnancyanddiabetes.com.au/en/for-women-with-diabetes/contraception/diabetes-during-pregnancy/morning-sickness/

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, kencing manis yang tidak terkawal, ketumbuhan yang merembeskan hormon prolaktin adalah antara tanda-tanda penyakit yang mempengaruhi kitaran haid. Selain itu, berat badan yang berlebihan juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita sekaligus menyebabkan gangguan kitaran haid. Jadi, pastikan anda membuat pemeriksaan doktor okay!

7. Tekanan Emosi

http://lospromotores.net/como-escribir-una-cancion-pegajosa/

Jangan terkejut ya! Masalah emosi atau tekanan perasaan sebenarnya boleh mengganggu kitaran haid. Kegiatan fizikal yang berlebihan seperti senaman yang berlebihan, kehilangan berat badan yang mendadak, menghadapi masalah pemakanan juga turut menyumbang kepada perubahan haid ini. Oleh itu, anda perlu meluahkan masalah dan berbincang dengan berjumpa doktor sama ada anda mengalami tekanan emosi di sekolah, rumah ataupun di tempat kerja.

8. Ubat-Ubatan

http://best-weightlosspills.info/3-diet-supplements-women/

Perkara ini juga penting ya, sekiranya anda ada mengambil ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu juga boleh menganggu kitaran haid. Contohnya seperti ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan dan pil-pil hormon. Anda perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum memberhentikan ubat-ubatan tersebut. Jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik yang lain juga boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita ya!

9. Anda Tetap Subur Walaupun Haid Tidak Teratur

https://ofpof.com/merak/merak-uyandiran-bazi-olaylarin-nasil-oldugunu-gosteren-15-gif

Ingat ya sekiranya anda tidak datang haid, ia tidak bermakna anda tidak subur dan tidak boleh mengandung! Jika ada dalam kalangan anda yang ingin menjarakkan kehamilan atau merancang keluarga, anda perlu menggunakan cara yang efektif dan berkesan walaupun tidak datang haid. Jika ragu-ragu, dapatkan nasihat doktor.

10. Ingin Hamil Mungkin Menjadi Masalah Dengan Haid Yang Tidak Teratur

Jika anda tidak didatangi haid, tidak bermakna anda tidak subur. Tetapi bagi mereka yang hendak hamil kemungkinan akan mengalami kesukaran. Bagaimanapun, rujuklah segera dengan doktor sebarang masalah kesihatan yang anda hadapi. 

Kesimpulannya, janganlah berdiam diri sekiranya kitaran haid anda tidak teratur. Berjumpa dan dapatkan khidmat nasihat daripada doktor supaya dapat mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Sayangi diri anda okay!

Sumber: MM Gazette 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Aug 2018

Wow! Makan Kimchi Boleh Kuruskan Badan?

Kimchi mempunyai kandungan serat yang tinggi akan menjadikan anda berasa kenyang!

Gaya Hidup Mon, 19 Mar 2018

Jika Anda Kempunan Makanan Malaysia Di Seoul, Cari Lelaki Sabah Ini. Gerenti Hilang Homesick

Ketika seronok menikmati makanan Korea yang halal serta authentic di Seoul, tak sah kalau anda tak rindukan masakan Malaysia.

Gaya Hidup Fri, 22 Jun 2018
Acara Sat, 14 Dec 2019

Jurusolek, pintu gerbang untuk menjadi usahawan kosmetik

Langkah kecil yang boleh menguntunkan jika kena gayanya

Gaya Hidup Sat, 14 Apr 2018

Adakah Hujung Minggu Anda Membosankan? Jom Luncur Ais Di MYNISS

Stadium Luncur Ais Kebangsaan Malaysia (MYNISS) terletak di Empire City, Damansara Perdana.

Gaya Hidup Wed, 21 Feb 2018

Cara Putihkan Gigi Secara Mudah Dan Semula Jadi Dalam Masa 2 Minit!

Makeup cantik-cantik nak pergi berdating tapi gigi nampak kekuningan. Memang spoil!

Gaya Hidup Tue, 26 Feb 2019
Gaya Hidup Mon, 29 Jul 2019

Jom ‘mandrem’ tikus dengan uncang teh!

Deria bau tikus akan terganggu sebaik menghidu uncang teh!

Featured Sun, 17 Nov 2019
Gaya Hidup Fri, 9 Mar 2018

Pernah Try Omurice? Nasi Goreng Telur Special Style Jepun Yang Meleleh!

Peminat-peminat telur! Anda pernah tak dengar masakan Omurice yang popular di Jepun? Omurice ini sebenarnya singkatan kepada gabungan perkataan omelette (telur dadar) dan rice (nasi).

| Live TV