Gaya Hidup By: Yanie Baharom February 5, 2019 @ 10:00am

10 petua menghilangkan kesan kotoran degil

Baju atau tudung terkena gincu antara masalah yang sering menjengkelkan wanita. 

Ada kalanya sabun pencuci tidak dapat menanggalkan kesan gincu meskipun sudah berkali-kali diberus.

Hal ini membuatkan ramai yang akhirnya mengambil jalan mudah dengan membuang baju atau tudung berkenaan, lebih-lebih lagi jika kesan degil itu berada pada bahagian yang jelas kelihatan.

Sebenarnya, anda tidak perlu membeli bahan pencuci jenama mahal yang sering digunakan di kedai dobi kerana ada petua mudah untuk mencuci kesan kotor pada baju anda.

Selain gincu, ada beberapa kesan kotor yang sering menjadi masalah pada baju seperti darah, cat dan kunyit.

Berikut dikongsikan beberapa cara mudah untuk.mencuci kesan degil yang sering digunakan masyarakat sejak dulu lagi. Lebih menarik, bahan yang digunakan boleh didapati dari dapur anda.

1. Kesan gincu

Foto: idntimes.com

Jika kesan gincu itu tebal, kikis terlebih dulu dengan berhati-hati. Sapu sabun cecair di atasnya dan biarkan sehingga 40 minit. Kemudian gosok pada bahagian itu sehingga hilang kesan gincu itu dan bilas.

2. Kesan minyak

Foto: highlandsaromafresh

Ambil sedikit minyak tanah, gosok pada bahagian yang terkena minyak. Selepas itu gunakan limau nipis yang dipotong dua dan digosok pada bahagian berkenaan. Ulang sehingga kesan minyak hilang.

3. Getah buah-buahan

Foto: Surabaya Tribunnews

Taburkan sedikit garam di atas bahagian yang terkena getah buah-buahan. Tuangkan air mendidih ke atas kesan itu dan berus sehingga kesan getah buah-buahan hilang.

Anda juga boleh mengguna petua ini untuk menghilangkan kesan getah buah-buahan. Bancuh klorox dengan air panas dalam baldi. Rendam baju tadi dan biarkan selama 30 minit, kemudian cuci seperti biasa.

4. Kesan kunyit

Foto: ACE Clean UK

Penggunaan serbuk kunyit ketika memasak atau menumbuk kunyit boleh  menyebabkan kunyit terpercik pada baju. Berus bahagian yang terkena kunyit menggunakan sabun sehingga berbuih.    

Jemur baju yang masih bersabun itu di bawah cahaya matahari dan biar sehingga kering. Kemudian dicuci kembali sehingga kesan kunyit hilang.

5. Kesan minyak gris

Foto: wikihow

Basuh baju yang terkena minyak gris dengan air panas yang dicampur sabun. Kemudian gosok dengan klorox atau ammonia sebelum dibasuh seperti biasa.

6  Kesan sambal

Foto; Tribunnews.com

Jika makanan terpercik pada baju atau tudung, sapu bedak pada bahagian tercemar terlebih dulu. Biarkan kuah atau minyak makanan meresap pada bedak dan cuci seperti biasa.

7. Kesan cat

Foto: Forum Properti

Jika baju anda baru terkena cat, rendam bahagian yang terkena cat dalam minyak tanah. Pada masa sama gosok dengan berus gigi yang tidak digunakan, keluarkan dan cuci dalam air panas yang sudah dibancuh dengan sabun. 

Tetapi jika cat itu sudah kering, kikis cat itu terlebih dulu. Buat dengan perlahan bagi mengelakkan baju terkoyak. Kemudian gunakan kaedah tadi untuk membuang kesan cat.

8. Kesan darah

Foto: Siakap Keli News

Jika baju atau seluar terkena darah, gosok dengan air yang dicampur garam. Kemudian gosok menggunakan sabun mandi cecair, kesan tompokan darah terus hilang.

9. Kesan karat

Foto: Grid.ID

Gosok limau nipis yamg dibelah pada bahagian yang terkena karat. Selepas itu rendam bahagian yang terkena karat itu dalam air garam. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun.

10. Kesan deodoran

Foto: ehsembang

Gunakan serbuk penaik dan tabur di atas bahagian yang ada kesan deodoran. Pastikan baju anda dalam keadaan basah. Biarkan 10 minit dan cuci dalam air panas yang dicampur dengan sabun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Jun 2018

Pening Kepala Sebab Pokai Beraya? Ini Tip Untuk Tebalkan Kembali Dompet Anda

Mulalah tertanya-tanya, cukup ke duit yang ada untuk survive?

Gaya Hidup Thu, 31 Jan 2019

Apa nak hairan jadi janda, perpisahan dengan CEO jadikan MacKenzie wanita terkaya di dunia!

Bertuahnya dia, harta tujuh keturunan tidak habis makan! 

Featured Fri, 29 May 2020
Featured Fri, 8 May 2020

Majikan perlu patuhi Garis Panduan Pengurusan COVID-19 untuk lindungi pekerja

Pekerja juga bertanggungjawab elak penularan di tempat kerj

Featured Mon, 27 May 2019
Gaya Hidup Wed, 17 Oct 2018
Featured Mon, 24 Feb 2020
Gaya Hidup Mon, 8 Apr 2019

Nampak remeh, tetapi  5 benda ‘pelik’ ini membantu memudahkan hidup anda.

Inovasi teknologi pintar zaman sekarang memang mengagumkan!

Gaya Hidup Tue, 27 Feb 2018

5 Benda Di Rumah Ini Anda Tak Pernah Terfikir Pun Nak Cuci Tapi Sebenarnya Patut!

Bila nak bersihkan rumah, bukan setakat sapu dan mop lantai, atau lap dan susun perabot je tau. Sebenarnya ada beberapa alat atau perkakas rumah yang anda selalu pakai tapi mungkin tak pernah terfikir nak cuci. 

Featured Mon, 3 Dec 2018

| Live TV