Gaya Hidup By: Ad Ops November 3, 2018 @ 5:00pm

15 Info Menarik & Pelik Yang Anda Tak Tahu Mengenai Kedai Perabot IKEA

Bagi yang duduk di Lembah Klang dan Johor, bila nak pergi perabot, mesti teringat kepada IKEA. Barangan kedai perabot antarabangsa ini memang disukai ramai kerana nampak moden dan smart.

Tapi apa lagi yang anda tahu tentangnya, selain ia datang dari Sweden?

Di bawah ini ada macam-macam info yang anda mungkin tak pernah dengar tentang kedai popular ini. Jom baca!

1. Perkataan “IKEA” merupakan sebuah akronim

  • Ingvar
  • Kamprad – nama pengasas rangkaian kedai perabot ini
  • Elmtaryd – nama ladang di mana dia telah membesar
  • Agunnaryd – nama kampung halamannya

2. Semua produk dinamakan sempena nama benda yang wujud seperti tempat di Sweden atau di Norway

Contohnya, sofa, coffee table, rak buku dan tombol pintu dinamakan sempena nama tempat di Sweden (Klippan, Malmö). Rujuk laman web ini untuk ketahui maksud nama-nama produk IKEA.

Foto: Ikea

3. Susun atur kedai IKEA berlainan dari negara ke negara yang lain.

Pameran di setiap cawangan disuaikan untuk mencerminkan budaya dan kastam negaranya. Contohnya, di Korea, pameran perabot bahagian dapur disusun bagi memuatkan peti ais khas untuk kimchi.

Satu lagi contoh, cawangan di Amsterdam dan Sendai, Jepun mungkin mempunyai pameran katil dan kabinet yang sama. Tapi versi Jepun itu mungkin melibatkan dekorasi tikar tatami, manakala bilik tidur di cawangan Holland itu akan ada siling serong yang sama seperti seni bina tempatan.

4. Bila IKEA membuka cawangan pertamanya di UK, ramai pelanggan runsing

Mereka ingat pekerja di situ akan berjalan ikut mereka di seluruh kedai dan mengambil order. “Kedai perabot yang sama macam pasaraya” adalah sebuah konsep yang pelik bagi mereka.

Foto: Ikea

5. Di Finland, pelanggan boleh kitar semula perabot IKEA lama mereka di cawangan di sana

Sebagai pertukaran, mereka akan diberi gift card.

6. Saiz standard bagi setiap cawangan IKEA adalah 30,000 meter persegi

Setiap aspek bagi bilik pameran IKEA adalah hasil daripada perancangan yang penuh detail. Setiap cawangan boleh memuatkan dari 50 ke 55 buah set bilik dan 3 buah “rumah”.

Tapi cawangan IKEA terbesar di dunia, iaitu di Sweden, merangkumi saiz 594,000 meter persegi. Wow!

7. Kedai IKEA mengitar dan mengguna semula bahan daripada produk berlainan

Contohnya, pasu kecil PS ini dibuat daripada gelas lebihan daripada produk IKEA lain ataupun gelas yang telah kena reject.

Foto: Ikea

8. Pelanggan dibenarkan lepak dan tidur di atas perabot IKEA

Bukan semua cawangan yang benarkan, ya. Yang boleh adalah seperti cawangan di negara China.

9. Hampir kesemua rak buku jenama Billy diperbuat di sebuah perkampungan di Sweden

Rangkaian rak buku Billy dihasilkan oleh pengeluar IKEA dari Sweden Gyllensvaans Möbler. Satu dalam enam orang di perkampungan ini merupakan pekerja syarikatnya. Hanya segelintir daripada produksi Billy dijalankan di China.

10. Dalam setiap 10 saat, ada sebuah unit rak buku Billy yang terjual

Billy adalah produk IKEA paling popular. Info ini adalah tepat menurut dokumentari BBC Flatpack Empire.

11. Ada sebuah hotel IKEA di Älmhult, Sweden 

Anda juga boleh inap di bilik dengan katil bertingkat.

Foto: Ikea

12. Småland – tempat permainan kanak-kanak di IKEA – dinamakan sempena nama wilayah di mana pengasas IKEA, Ingvar Kamprad telah membesar

13. Setiap katalog IKEA direka khas untuk pasaran berlainan

Katalog-katalog IKEA datang dalam 32 jenis bahasa dan 67 versi, dengan setiap satunya mencerminkan pelanggan dan budaya tempatan.

14. IKEA telah melancarkan restoran dalaman kerana para pelanggan kelaparan ketika menyinggah bilik pameran di IKEA.

Kerana lapar sangat, mereka terus balik tanpa membuat sebarang pembelian.

15. Ada sebabnya manual untuk produk IKEA langsung tidak mempunyai arahan bertulis

Kalau ada, mestilah manualnya lagi tebal. Lagi tebal, lagilah mahal!

Foto: Maritsa Patrinos / BuzzFeed

Anda terkejut tak apabila mengetahui info di atas?

Sumber: Buzzfeed, Business Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 10 Sep 2018

Ini Dia Cara Paling Mudah Untuk Tajamkan Semula Gunting Anda

Mesti ada dalam kalangan anda yang tak pernah tahu cara ini. Hehe!

Gaya Hidup Wed, 15 May 2019

4 bahan dalam penjagaan wajah yang perlu anda elakkan! Ini sebabnya

Keempat-empatnya berpotensi merosakkan alam sekitar.

Featured Wed, 26 Sep 2018
Featured Wed, 9 Nov 2022

Pernah Dihina Hidup Susah, Madammu Jadi Inspirasi Warganet Untuk Berjaya – “Dia Ni Anak Terbiar!”

Usawahan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu tular di media sosial kerana berkongsi kisah perjalanan hidupnya ketika susah dahulu. Madammu memberitahu tidak mudah untuk dia mencapai kejayaan sehingga berada di tahap yang sebegini […]

Featured Wed, 23 Nov 2022

“Awkward & Malu Sedikit…” – Adam Lee Lebih Gembira Selepas Menikah

Pelakon Adam Lee yang baru sahaja menamatkan zaman bujang bersama aktres Sweet Qismina mendedahkan banyak perkara baharu yang dilaluinya setelah bergelar seorang suami. Menurut Adam, kehidupannya selepas berumah tangga lebih gembira kerana kini ditemani oleh […]

Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Anak Masuk Hospital, Ajak Shiro Titip Pesan Hubungan Adik Beradik Tak Akan Terputus

Perkongsian yang dimuat naik oleh pelawak Ajak Shiro berkenaan anaknya yang terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital meraih perhatian netizen.   View this post on Instagram   A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) Menerusi […]

Featured Fri, 19 Jul 2019
Gaya Hidup Sun, 2 Dec 2018

9 Petanda Anda Sedang Dipergunakan Oleh Pasangan Cinta Anda

Tak kiralah anda dah kahwin atau belum, anda tak patut dibuli!

Featured Wed, 15 Jan 2020
Gaya Hidup Mon, 22 Oct 2018

‘Sistem Imbuhan Untuk Tidur’ Diperkenalkan Di Jepun Bagi Meningkatkan Mutu Kerja

Point yang mencapai tahap tertentu akan mendapat ganjaran, contohnya 100 point bersamaan 100 yen.