Gaya Hidup By: tex_admin May 15, 2019 @ 6:24pm

4 bahan dalam penjagaan wajah yang perlu anda elakkan! Ini sebabnya

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Ramai orang kini gemar membeli produk penjagaan wajah berdasarkan ulasan dalam media sosial, kononnya daripada beauty guru tanpa melihat label di belakangnya.

Bagaimanapun, anda sebenarnya harus memahami bahan-bahan yang terkandung dalam produk penjagaan wajah sebelum membelinya!

Ada produk yang mengandungi bahan terlarang yang mungkin bahaya pada kulit dan tidak kurang juga yang berpotensi merosakkan alam sekitar yang akhirnya akan meninggalkan kesan pada manusia.

Lihat produk penjagaan kulit anda dan semak kandungan atau ramuannya. Berikut adalah beberapa bahan yang bahaya untuk kulit yang perlu diketahui setiap wanita! 

1. Oxybenzone dan octinoxate

Anda mungkin pernah mendengar mengenai larangan menggunakan produk pengjagaan kulit seperti krim pelindung matahari yang mengandungi  bahan ini di Hawaii, tahun 2018.

Kajian menunjukkan kedua-dua bahan kimia ini memberi kesan buruk pada terumbu karang di lautan, antaranya memudarkan warna dan membantutkan pertumbuhannya.

Melindungi kulit daripada matahari adalah penting, tetapi anda boleh menggunakan produk yang tidak mempunyai bahan-bahan seperti di atas.

Foto: Liputan6.com

2. Paraben

Jika anda teliti bungkusan tisu basah, pasti perkataan paraben akan selalu dilihat.

Paraben merupakan bahan pengawet yang digunakan dalam produk rawatan wajah. Begitupun, bahan ini sebenarnya antara punca gangguan hormon dalam badan.

Meskipun pakar dermatologi mengatakan bahawa paraben selamat jika digunakan pada kadar yang rendah dalam produk kecantikan, tetapi ia masih lagi berbahaya kepada alam sekitar.

Hal ini kerana paraben sering digunakan dalam produk kecantikan, maka ia akan dilepaskan ke dalam sistem pengaliran air seperti sungai dan laut, sekali gus akan memberi kesan pada hidupan laut.

Banyak jenama-jenama terkenal dalam bidang kecantikan menghentikan penggunaan paraben dalam produk mereka, justeru anda juga haruslah berhati-hati dalam memilih produk yang berkaitan dengan bahan ini.

Foto: blog.honeyhaircare.com

3. Siloxanes

Bahan ini sebenarnya adalah sebahagian daripada keluarga silikon dan boleh ditemui dalam produk penjagaan wajah seperti pelembap, primer dan serum. Ciri-cirinya yang boleh menjadikan kulit halus dan lembut membuatkan ia cukup popular dan sering digunakan dalam produk terbabit.

Persoalannya, adakah ia berbahaya?

Pelbagai kajian sedang dijalankan termasuk di negara seperti Norway selepas beberapa produk jenama tempatan di negara terbabit menggunakan siloxanes dalam kadar yang berlebihan.

Meskipun masih dalam perbincangan, siloxanes dikatakan berupaya merosakkan rantaian makanan hidupan laut.

4. Microbead dalam plastik 

Meskipun sudah diharamkan dalam produk kosmetik di United Kingdom dan Amerika Syarikat, kebanyakan negara masih membenarkan microbead digunakan dan dijual di pasaran.

Bahan-bahan ini kebiasaannya dijumpai dalam produk penyental (skrub) wajah dan badan serta ubat gigi.

Apabila bahan ini dibawa ke dalam sistem saliran setelah digunakan, ia akan terdedah kepada hidupan laut yang akan memakannya.

Foto: Blue Growth

Di negara ini, larangan terhadap bahan-bahan ini tidak terlalu didedahkan. Oleh itu, jika produk penjagaan wajah anda mengandungi bahan-bahan berikut, buat sesuatu mengenainya!

Sayangi bumi kerana anda juga tinggal di dalamnya!

Sumber: Vogue

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 19 Jul 2018

Paha & Punggung Besar? Ketahui Punca Kepada Permasalahan Ini

Lebih senang untuk mengurangkan lemak di bahagian paha berbanding lemak di bahagian perut.

Oh Lawa Tue, 8 May 2018

Hilangkan Mata Panda Hanya Gunakan Serbuk Kopi Dan Minyak Kelapa Dara. Berkesan!

Hilangkan mata panda dengan cara yang cukup mudah! Jom try!

Oh Lawa Mon, 15 Apr 2019
Oh Lawa Fri, 15 Jun 2018

Untuk Hasil OOTD Raya Yang Meletop! Memang Tak Sah Tanpa Bulu Mata Palsu

Melihat kanak-kanak comel atau teman yang berbulu mata lentik membuatkan hati terasa geram sehingga terdetik alangkah bestnya kalau kita juga dikurniakan kelebihan itu.

Yang selalu merasakan sebegini tentulah orang perempuan, kerana memiliki bulu mata tebal dan lentik menjadi impian setiap kaum hawa. Apatah lagi di zaman sekarang ini, ke pasar, ke pusat membeli-belah atau melepak dengan teman-teman pun wajib berbulu mata!

Gaya Hidup Sat, 22 Dec 2018
Gaya Hidup Wed, 28 Nov 2018
Gaya Hidup Tue, 24 Dec 2019
Oh Lawa Wed, 21 Feb 2018

‘Powder Makeup’ Anda Hancur Berkecai? Ini Cara Mudah Untuk Selamatkannya & Guna Semula

Kalau powder makeup anda terjatuh ke lantai dan terus hancur berkecai, gerenti anda akan rasa seperti hati anda yang hancur sekali, bukan?

Featured Tue, 12 Feb 2019

Mengenakan bengkung sambil melakukan senaman tarian, berpeluh sakan dibuatnya!

Wow! peserta lelaki dan Erul AF pun ber’salsation’ sambil berbengkung? Terujanya!

Gaya Hidup Thu, 26 Apr 2018

Nak Potong Buah Seperti Nanas Tapi Tak Reti? Jom Belajar Dari Video Ringkas Ini

Anda akan rasa, “Kenapa aku tak terfikir nak buat macam ini?”