Gaya Hidup By: Ad Ops February 27, 2019 @ 10:00am

4 peraturan berkaitan gajet dan media sosial yang anda perlu diikuti ketika bercinta

Pada zaman ini, memang sukar untuk mengasingkan dunia digital daripada dunia yang anda bina bersama-sama teman istimewa.

Walaupun hubungan itu belum dimeterai dengan ikatan perkahwinan, pasti tidak sah jika anda tidak menyemak telefon pintar 30 kali sehari.

Dalam situasi begini, gajet akan berpotensi sebagai ‘pihak ketiga’ dalam hubungan berkenaan.

Jangan pandang remeh hal ini kerana tabiat menggunakan telefon pintar atau komputer riba boleh menjejaskan dunia percintaan anda tanpa disedari.

Di bawah ini adalah empat cara untuk memastikan bahagian digital dalam dunia percintaan anda kekal sihat.

Foto: The Ladies Coach

1. Kadangkala gajet boleh “potong” ikatan anda

Banyak kajian menyokong idea yang mana anda tidak patut terlalu terlekat dengan telefon pintar. Tabiat ini juga dianggap penting bagi hubungan percintaan anda.

Apabila anda mengabaikan teman untuk menyemak telefon pintar, ia bukan sahaja menyakitkan hati teman itu, tetapi boleh menjadi punca keretakan hubungan.

Menurut satu kajian, jika situasi ini melibatkan sepasang suami isteri, si mangsa berpotensi untuk mengalami kemurungan, selain boleh menyebabkan adanya rasa ketidakpuashatian antara mereka berdua.

Satu lagi kajian menunjukkan pergantungan terhadap telefon pintar, walaupun apabila anda tidak menggunakannya, ada kaitannya dengan tahap kepuasan yang rendah dalam hubungan percintaan.

Menurut pengkajinya, hal ini mungkin disebabkan oleh rasa terikat dengan telefon yang dikaitkan dengan rasa sunyi dan kesukaran untuk memberi perhatian.

Tetapi ada juga berita baik. Robert Weiss, seorang ahli terapi psikologi, berpendapat penggunaan telefon pintar dengan betul mampu mengukuhkan lagi sesuatu hubungan percintaan itu.

Robert berkata, sebagai contoh jika seseorang itu bermain permainan menerusi aplikasi mudah alih dengan temannya, mungkin dapat memberikan alasan untuk anda berdua berkomunikasi sepanjang hari.

“Anda boleh bermain di dalam dunia digital, tetapi libatkan juga teman istimewa anda,” katanya.

Foto: nounsite.com

2. Hati-hati apabila memuat naik entri di media sosial

Pernahkah anda membuat andaian mengenai sesuatu pasangan yang gemar berkongsi gambar mereka di laman media sosial?

Ramai yang menganggap tidakan demikian adalah langkah untuk mengaburi sesuatu yang tidak manis dalam dalam hubungan mereka.

Satu kajian menemui perkaitan antara “PDA” (public display of affection atau tindakan mempamerkan kemesraan antara dua insan bercinta) yang keterlaluan di laman media sosial dengan tahap kepuasan bercinta yang rendah.

Prof Madya Gwendolyn Seidman, pensyarah psikologi di Kolej Albright Pennsylvania, berkata mereka yang tidak gembira dengan hubungannya akan menganggap Facebook dapat membantu hubungan percintaan mereka.

“Sebenarnya tanggapan itu mungkin tidak betul,” katanya.

Sebelum ini, pernah ada kajian yang menunjukkan bahawa gaya memuat naik entri yang berbeza antara dua insan bercinta itu boleh menyebabkan konflik, tetapi itu tidak bermakna semua aktiviti berdasarkan pasangan adalah tidak baik.

Satu kajian mendapati memuat naik kandungan yang menunjukkan penyatuan dua insan bercinta, seperti gambar profil untuk Facebook, boleh membuatkan mereka rasa lebih rapat dan puas hati dengan hubungan mereka.

Menurut Robert, seseorang itu sebenarnya hanya perlu sentiasa memahami antara satu sama lain bagi mengeratkan hubungan.

“Anda perlu faham apa yang selamat untuk dimuat naik. Jangan dedahkan sesuatu yang memalukan pasangan anda.
“Semak dulu dengannya dan tanya apa pendapatnya jika anda memuat naik gambar anda berdua,” katanya.

Buat keputusan anda berdasarkan jawapan si dia.

Foto: keshafay

3. Tetapkan tabiat menghantar mesej

Sesetengah pasangan suka berkomunikasi dengan kerap, sebahagian lagi jarang menghantar mesej.

Robert berkata, tidak kira apa kaedah yang dilakukan dalam perhubungan, yang penting kedua-dua insan bercinta itu saling memahami.

“Persefahaman dan komitmen anda adalah yang paling penting, jadi anda perlu memastikan hubungan anda berdasarkan elemen terbabit. Jika anda berjanji akan menghubungi si dia sekali sehari, pastikan anda melakukannya.

Bagaimanapun, Robert berkata, perkara yang paling penting adalah jangan sesekali anda lupa tarikh penting dalam hidup pasangan anda atau perhubungan itu.

Roberti juga menasihatkan supaya jangan bimbang jika pasangan anda tidak membalas mesej kerana si dia mungkin sibuk.

Tetapi, katanya, jangan memandang rendah terhadap kekuatan sesuatu mesej itu. “Apabila seseorang itu sedang melalui tekanan, satu mesej indah daripada insan tersayang mampu menggembirakannya,” katanya.

Kenyatakan itu berdasarkan satu kajian baharu yang mendapati seseorang itu mampu menangani sesuatu tekanan apabila memikirkan mengenai teman istimewa mereka.

Foto: Exbackpermanently.com

4. Hati-hati dengan penipuan mikro

Penipuan ini merujuk kepada kelakuan yang menunjukkan seakan-akan anda berlaku curang kepada pasangan.

Robert berkata, istilah itu memang sukar untuk ditakrifkan kerana setiap orang menetapkan had yang berlainan dan komunikasi melalui digital menyukarkan lagi situasi ini.

“Batas ini boleh dilanggar dengan lebih mudah menerusi platform digital daripada dalam dunia sebenar,” katanya.

Tambahnya lagi, strategi terbaik ialah dengan mengekalkan komunikasi terbuka dan sama-sama menetapkan peraturan yang boleh diterima apabila berhubungan dalam atas talian, misalnya bincang dengan pasangan anda jika anda boleh berkomunikasi dengan bekas kekasih anda.

“Mendapatkan kepercayaan daripada pasangan anda adalah sesuatu perkara paling penting yang anda perlu buat,” katanya.

Jika sedar yang anda sedang menyorokkan sesuatu aktiviti dalam talian dengan sengaja daripada pasangan anda, itulah satu petanda yang anda telah melanggar persetujuan ini.

Foto: weekly.ahram.org.eg

Sumber: Time

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 21 Jan 2018

5 Cara Elak Stress Dengan Berkesan

Mengelak belenggu stress lagi mudah berbanding mengendalikannya. Tak semestinya perlu berbelanja ribuan ringgit untuk satu pakej staycation di pinggir kota, atau sesi spa berjenama popular.

Featured Wed, 5 Sep 2018

Kylie Jenner Berikan ‘Tour’ Ke Rumah Besarnya, Anda Pasti Akan Rasa Jealous

Haih, sesetengah orang memang bertuah dalam hidup.

Gaya Hidup Tue, 13 Feb 2018

Nak Kuruskan Badan Tak Semestinya Perlu Ke Gym, Ikuti 7 Tips Mudah Ini! Ramai Dah Berjaya

Nak kuruskan badan tak semestinya perlu kerap ke gym atau betul-betul mengawasi pengambilan makanan. sekali. Jangan seksa badan anda. 

Gaya Hidup Fri, 20 Dec 2019

9 cara mudah untuk buat majikan dan rakan sekerja sukakan anda

Setakat skil sahaja tidak mencukupi untuk menjadi pekerja yang bagus.

Featured Fri, 22 May 2020
Featured Mon, 19 Mar 2018

Kafe Masakan Mexico Ini Menghidangkan ‘Nachos Cheese’ Meleleh. Tengok Pun Dah Terliur!

Peminat cheese semua! Jom ke kafe Nachoslah di The Port, Damansara sebab ada hidangan istimewa untuk anda!

Featured Sat, 1 Dec 2018
Events Tue, 5 Apr 2022
Featured Tue, 28 Apr 2020

Tidak pasti jangan kongsi, tindakan tegas akan diambil!- Ismail Sabri

Amaran kepada mereka yang sebar berita palsu

Gaya Hidup Tue, 19 Jun 2018

Hanya Guna Gula Dan Lemon Untuk Tanggalkan Bulu Pada Anggota Badan. Memang Jimat!

Memang jimat! Anda tidak perlu berbelanja mahal untuk menanggalkan bulu, hanya guna cara ini saja!