Gaya Hidup By: tex_admin December 10, 2018 @ 10:00am

4 Punca Badan Menjadi Lemah Ketika Bangun Pagi

Anda selalu rasa lemah badan setiap Kali bangun pagi? Bila menggeliat barulah lega sedikit badan, tapi masih malas untuk melakukan sebarang aktiviti termasuklah mandi!

Padahal anda sudah cukup tidur dan rehat, tapi masih lagi berada lemah dan letih. Sebenarnya, ada beberapa punca yang menyebabkan anda rasa lemah, penat dan malas pada setiap pagi. Jom kita semak puncanya!

1. Dehidrasi

Jika anda kurang minum air putih, ia boleh menyebabkan badan anda dehidrasi. Apabila badan mengalami dehidrasi, ia boleh menyebabkan penurunan tekanan darah sekaligus mengganggu gerak kerja jantung untuk menghantar oksigen dan nutrisi pada tubuh badan.

Pastikan anda minum lapan gelas air sehari, makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi kandungan air dan serat. Serat berfungsi mengikat cecair hingga pengambilan air bertahan lebih lama di dalam tubuh.

2. Kekurangan zat besi

Kekurangan zat besi dalam tubuh membuat anda berasa lemah, cepat penat, mudah marah dan tidak fokus. Ia disebabkan oleh otot dan sel-sel badan kekurangan oksigen. Selain itu, ia juga juga dapat meningkatkan risiko anemia. Untuk mengatasinya, perbanyakkan pengambilan makanan yang mengandung vitamin C.

Foto: Reader’s Digest

3. Tidak sarapan pagi

Makanan sememangnya memberikan energi kepada tubuh badan kita. Namun ketika anda tidur, tubuh akan mengepam darah dan oksigen melalui makanan tersebut. Ketika anda bangun pada keesokan paginya, tubuh perlu diisi kembali energi melalui sarapan. Jika anda tidak bersarapan pagi, badan anda menjadi lemah.

4. Junk food

Junk food antara makanan yang penuh dengan gula, namun karbohidratnya adalah sederhana. Makanan ini memiliki jumlah glikemik tinggi yang boleh meningkatkan kadar gula dalam darah. 

Peningkatan gula dalam darah boleh menyebabkan anda berasa penat. Sebaiknya, jagalah kadar gula dalam badan dengan mengambil hidangan yang mengandungi protein seperti ayam panggang, ubi, salmon, beras merah dan salad buah-buahan. Jadi, hindarilah daripada junk food!

Kesimpulannya, jagalah pemakanan seharian anda untuk tampil cergas setiap hari! Selain itu, anda juga boleh melakukan senaman untuk mengekalkan tubuh badan anda sentiasa sihat dan bertenaga.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Women Online Magazine

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 6 Jan 2019
Featured Mon, 18 Mar 2019
Gaya Hidup Mon, 10 Sep 2018

Ini Dia Cara Paling Mudah Untuk Tajamkan Semula Gunting Anda

Mesti ada dalam kalangan anda yang tak pernah tahu cara ini. Hehe!

Gaya Hidup Mon, 8 Oct 2018

Lebih 200 Ekor Siput Beraksi Dalam Kejohanan Lumba Siput Sedunia. Comel Sungguh!

Pemenang berpeluang untuk memenangi hadiah semangkuk salad.

Featured Wed, 15 Jan 2020
Featured Sun, 3 May 2020

Lisa Surihani luah rasa rindu? Siapa gerangan yang dirindui?

Turut kongsi cara kekal hidrat dan cantik ketika Ramadan

Gaya Hidup Mon, 16 Apr 2018

Belajar Buat Ramen Halal Ketika Melancong Ke Kyoto. Pengalaman Unik Yang Takkan Anda Lupa!

Jika anda ke restoran Ramen Factory di Kyoto, anda bukan saja dapat makan ramen halal, tapi anda boleh juga buat ramen anda sendiri!

Featured Mon, 9 Mar 2020

Cik Puan Sofie kesayangan rakyat Kelantan!

Sentiasa tampil manis, kelibatnya dinanti.