Gaya Hidup By: tex_admin April 5, 2019 @ 2:10pm

4 selebriti ini membuktikan mereka ‘wanita besi’ dengan menjalani pembedahan C-Section!

 

Wanita di luar sana pasti ada yang pernah mengalami komplikasi semasa melahirkan anak sehingga terpaksa menggunakan cara Caeserean Section (C-Section) atau pembedahan.

Sempena bulan C-Section ini, Hijab & Heels ingin berkongsi kesedaran dengan masyarakat di luar sana untuk menghargai  wanita terutamanya ibu yang sanggup bertarung nyawa melahirkan  cahaya mata yang dikandung selama sembilan bulan sepuluh hari ke dunia ini.

Untuk memahaminya, berikut adalah beberapa sebab wanita yang sudah tiba masa melahirkan  harus menjalani pembedahan.

1. Bayi berada dalam keadaan songsang.

2. Ibu yang bersalin lebih awal dari tarikh yang dijangka dan melahirkan anak pramatang.

3. Proses kelahiran tidak berjalan dengan lancar dan ibu terlalu lemah untuk meneran.

4. Terdapat jangkitan berbahaya seperti hepatitis C atau HIV.

5. Ibu mempunyai plasenta previa iaitu komplikasi kehamilan yang mana uri berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks.

Foto: PregMed

Bagi selebriti wanita antarabangsa ini, ada yang memilih untuk melakukannya tanpa sebarang komplikasi tetapi tidak kurang juga yang terpaksa melakukan C- Section bagi menyelamatkan nyawanya dan permata yang disayangi.

Angelina Jolie

Pada  2006, Angelina Jolie menjalani C-Section bagi melahirkan anaknya Shiloh Jolie-Pitt atau lebih mesra dengan gelaran John.

Dalam satu temubual dengan Vanita Fair, beliau berkata, “Saya pernah menjalani C-Section dan ia adalah sangat menakjubkan,” katanya.

“Saya tidak menganggapnya sebagai satu pengorbanan dan ia juga tidak menyakitkan. Saya mengagumi kemampuan badan manusia untuk melakukan ‘keajaiban’ seperti itu.”

Foto: Vattuphongtai.com

 

Britney Spears

Dalam satu temubual dengan MTV, beliau menjelaskan bahawa C-Section dilakukan kerana beliau tidak mahu melalui kesakitan yang akan dirasai ketika bersalin.

Foto: HD Fine Wallpaper

Kate Winslet

Beliau pernah berbohong mengenai proses kelahiran anaknya dengan mengatakan bahawa dia bersalin secara semula  jadi.

Ini kerana, beliau berasa seolah-olah gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai  ibu apabila dia terpaksa menjalani pembedahan C-Section bagi melahirkan anaknya.

Foto: Romper

Gwyneth Paltrow

Pelakon tinggi lampai yang menjadi tunang Robert Downey Jr dalam filem Ironman ini juga pernah menjalani proses kelahiran yang amat sukar.

Beliau terpaksa menjalani waktu yang sukar ini selama 70 jam!

Oleh itu, C-Section adalah jalan terbaik buatnya.

Sesungguhnya, kesakitan bagi melahirkan cahaya mata yang disayangi tetap akan berlaku tanpa mengira cara dan proses kelahiran tersebut.

Foto: disruptionmag.com

Bersalin secara semula jadi atau melalui C-Section, anda tetap wanita besi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 30 Aug 2018

Nak Tahu Bagaimana Anda Mentafsir Sesebuah Kehidupan, Jom Layan Kuiz Ini

Objek pertama yang anda lihat menerusi gambar ini bakal mengungkap bagaimana anda mentafsir sesebuah kehidupan selain goals yang ingin dicapai!

Gaya Hidup Thu, 5 Apr 2018

Wajib Pergi 10 Tempat Ini Jika Anda Holiday Ke Langkawi

Memiliki keindahan semula jadi dan warisan geologi seperti gunung-ganang, pulau dan pantai yang indah menjadikan Pulau Langkawi sebagai tempat pelancongan di Malaysia yang dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa.

Gaya Hidup Sat, 10 Nov 2018
Featured Sun, 5 Apr 2020

Selain memasak, ini satu lagi bakat terpendam Raja Permaisuri Agong

Untungnya Agong miliki isteri yang serba boleh

Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Cabut Bulu Dengan Menggunakan 3 Bahan Ini, Simple dan Gerenti Licin!

Pastinya kalau anda nak cabut bulu menggunakan pencabut bulu itu akan mengambil masa yang lama kan? Ada juga dalam kalangan kita tidak mahu mencukur sebab takut kesan cukur itu akan menjadi hitam.

Cahaya Mata Wed, 14 Dec 2022

“Jarang Ayah Nak Manjakan…” – Aliff Syukri Mahu Terus Kerja Keras, Tak Kisah Kecaman Orang

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak kisah jika dirinya menjadi bahan kecaman warganet dalam mencari rezeki yang halal.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris) Menerusi […]

Gaya Hidup Fri, 7 Dec 2018

Anak Tidur Di Rumah Kawan, Larang Atau Benarkan?

Boleh saja nak tidur rumah kawan, tetapi adab harus diutamakan!

Featured Wed, 25 Jul 2018

Tumit Kaki Pecah & Merekah? Jom Guna Bahan Ini, Gerenti Licin!

Meskipun ramai yang tidak memandang serius mengenai permasalahan ini, namun ia juga sama penting dengan merawat wajah.

Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018

Ketahui Kegunaan Garfu Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Fikir Selama Ini

Peralatan dapur yang memiliki cabang dipanggil gigi ini juga mempunyai banyak fungsi lain.

Featured Wed, 29 Apr 2020